Assalamualaikum u ols. Semenjak saya cuba cut down sugar ni,
saya banyak baca dan mengkaji. Cuba cari alternative dalam makanan dan makanan
sihat. Cuba sebaik mungkin menolak gula. Tapi ada masa kantoi juga. Rasa sesedut
Milo ais kaw dan secalit asikrim okay kan? Kikiki.
Semalam research juga pasal minyak untuk masak. Kena tahu
kan. Sebab saya penggemar rancangan memasak. Tapi rancangan memasak jarang
cerita pasal the science of cooking. So jom antara kupasan la pasal minyak masak.
Antara minyak yang ada di dunia. Dan juga yang mana saya sempat
baca dan kaji. Banyak rupanya jenis minyak. Yang saya tahu minyak sawit n olive
je. Okay, jom kita review sikit.
Antara jenis minyak adalah minyak Kelapa Sawit, Minyak
Kelapa, Minyak Jagung, Bunga Matahari, Minyak Zaitun [Olive Oil], Sesame,
Avocado, Macadame Oil, dan lainnya.
Tapi yang selalu kita guna untuk menggoreng adalah minyak
sawit dan minyak zaitun. Kadang-kadang ada juga yang menggunakan butter kan?
Jom kita tengok satu persatu jenis dan pilih mana yang
sesuai untuk kehidupan kita.
Minyak sawit
Minyak kelapa sawit
terdiri dari lemak tepu.
Keburukkannya, minyak ini tidak boleh digunakan secara
berulang-ulang kerana dapat merubah ikatannya menjadi lemak trans. Bahaya untuk
kesihatan jantung. Jadi block pada salur jantung nanti.
Kebaikannya ia paling stabil pada suhu panas dan sesuai
untuk menggoreng. Tak kira minyak sikit atau deep fry. Sesuai dengan jenis
masakan rakyat Malaysia.
Minyak zaitun atau Olive Oil
Olive oil atau yang dikenali dengan minyak zaitun diketahui
baik untuk kesihatan. Minyak zaitun mudah terurai oleh suhu.
Kebaikan ,minyak ini dapat meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol
jahat) dan menurunkan jumlah kolesterol LDL (kolesterol baik) ada darah.
Olive oil tidak sesuai digunakan untuk memasak. Untuk dressing
salad okay je. Atau tumis light-light okay. Goring lama-lama NO NO NO. Mintak
zaitun cepat terurau dengan suhu panas. Kalau goring lama-lama, jadi chemical
reaction dan cepat hangus. Makanan hangus kan bahaya. Excess hangus lead to
cancer.
Butter
Antara sumber lemak yang tinggi. Nak menggorang dengan
butter tak sesuai sebab nanti ubah menjadi chemical reaction. Plus, banyak
makan butter boleh ke arah obesiti. Lemak tepu yang tinggi. Kalau kita lambat
masak, hitam kan jadi butter ni?
No comments