TAZKIRAH : SOLAT MENCEGAH KEJAHATAN




Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-‘Ankabut: 45)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang hasan dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu‘anhu, beliau berkata, “Solat tidaklah manfaat kecuali jika solat itu menjadikannya taat pada Allah.” Lantas Ibnu Mas’ud membacakan ayat, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.”
Dalam kitab Majmu’ Al-Fatawa disebut, “Mengerjakan ketaatan mengakibatkan seseorang akan meninggalkan maksiat. Begitu pula Meninggalkan maksiat mengakibatkan seseorang akan melakukan ketaatan. Kerana kesan solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Kerana solat itu juga akan mengakibatkan seseorang itu akan tercegah dari melakukan dosa dan kedua, seseorang akan terus mengingat Allah.”

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

No comments