TAZKIRAH : MATLAMAT IJAZAH TAQWA



Bulan ramadhan mempunyai pelbagai gelaran yang menggambarkan kemuliaan dan kerahmatan bulan ini. Ada yang menyebut bulan Ramadhan dengan Ramadhan Al Karim, Ramadahn Mubarak, Ramadhan Maghfirah dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan bulan ini adalah bulan tarbiyyah. Bulan yang akan mendidik nafsu kita kearah yang terurus. Dimana dengan kemulian, kerahmatan dan keampunan pada bulan ini, setiap kita mencari luang dan peluang untuk mendambakan diri kepada Rabbul Jalil.
Jadi sesuai, bulan Ramadhan ini kita namakannya sebagai Universiti Ramadhan. Hampir tiga puluh hari kita akan duduk dalam Universiti Ramadhan ini. Kita dibekalkan dengan mata pelajaran umum iaitu puasa dan mata pelajaran khususnya adalah Quran, Terawih, Sedeqah, Sabar, Ikhlas dan dan beberapa mata pelajaran asas kehidupan muslim yang lain. Universiti Ramadhan ini terbahagi kepada tiga semester yang khusus iaitu semesta Kerahmatan, Keampunan dan Pembebasan Api Neraka. Ketiga-tiga semester tadi mesti lulus dengan jayanya.
Akhirnya kita akan mendapat ijazah Taqwa.
Penulis: Dr Suhazeli Abdullah



No comments