TAZKIRAH : DUNIA ITU PENJARA ORANG BERIMAN

TAZKIRAH : DUNIA ITU PENJARA ORANG BERIMAN

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ »
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.
(Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah dalam Kitab Syarh Shahih Muslim menerangkan, “Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari pelbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintahkan untuk melakukan ketaatan. Ketika iameninggal dunia, barulah dia dapat berehat dari hal itu. Kemudian dia akan memperolehi apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan yang kekal tanpa penghujungnya.

Adapun bagi orang kafir, dunia yang ia perolehi sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapat azab (siksa) yang kekal abadi.”

Al-Munawi rahimahullah dalam Kitab Mirqah Al-Mafatih menjelaskan, “Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan perkara yang disukai syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akanmereka berada di syurga.”

Jadi bersabarlah seketika sahaja di dunia ini dari melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah dengan menahan diri sebaiknya dan kekal istiqamah mengamalkan ketaatan. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat nanti pasti kita akan memperolehibalasannya.

Semoga bermanfaat.




No comments