UltramanShow 2015


Izura nak cerita throwback kisah kejadian 21/03/2015. We ols sekeluarga pergi melawat geng lama. Ultraman!!! di Genting Highland.. Punya lah penuh manusia sebab ada banyak show kat sana. We ols pon tak tido sana, balik hari la jawabnya sebab hotel semua fully-booked. Izura amik tiket VIP dalam rm70+ macam tu la. tak ingat exact figure. Saja nak dok depan sebab bole tengok Ultraman dengan dekat. Member lama la katakan!




ni gambar selfie kitaorg masa amik angin kat luar. Sambil menikmati corn-in-cup rm5. Lumayan.. hahahaha

Gambar ni kecik kan? Nampak tak adam buat tangan gitu. kengkonon Ultraman Zero! Ambil mood nak perang kejap lagi.

Masa ni kami beratur nak amik gambar dengan Ultraman. Rm 35 wooo.
Once in a lifetime kot...


Opppps! mama posing gitu. anak posing Ultraman. saja nak tunjuk background tu tempat amik gambar dengan Ultraman. We ols dah lepasss..

Show pertama! Ultraman lawan dengan raksasa ketam! Boleh pulak tiba2 lampu semua tutup dan raksasa tu datang dekat kita. Memang melompat budak2 terkejut. Ada yang melalak sampai mak ayah kena keluar dewan. Tak kurang Adam yg sangat terkejut dan nak balik. Show baru 15 minit masa.. hehe

Oh ya, ada part ultraman menari2.. comellll.. Adam enjoy gile~!

haa.. nampak??? Ultraman datang kat kita!!


Weeeeehhhhhhhuuuuuuu.. Abam Ultraman kat kita! shake-hand gituuuuu

Show lagi! kali ni 3 ekor raksasa. Memang nampak real ke-hodoh-an raksasa ni..



Lawan !!
Lawan !!
menang Ultraman akan menang pon!
Bila Ultraman menang, seronok la hai kami dalam dewan. Bersorak macam tengok bola!

tu dia... HOK bapak segala raksasa! besar haaaaaa

yey... Ultraman menang! sorak sorak!
Tapi tengok berapa ramai abam Ultraman pulak!
9 abam ok!

Antara Barisan Ultraman, ada 9 adam ekceli!


Habis dah.... jom balik!
Dalam beg Adam tu penuh Ultraman. Memang semata2 bawa nak amik mood!
Semua happy hari tu!
Tahun depan kalau ada lagi, kita tengok lagi ok!