#JomDetoxJutawan

AKAUNTAN SIBUK TETAP BOLEH BUAT DETOKS HILANG 15.1 KG

Saya mula naik berat badan bagaikan dipam pam selepas melahirkan anak ke 3. Lagi pulak saya tersangat sibuk. Makan aje apa yang ada depan mata walau tak sihat. Alasan ibu menyusu kena makan lebih selalu saya guna pakai hingga berat saya naik ke angka 7.

Sebelum detoks, saya rasa kecewa sebab tak dapat pakai balik cincin tunang, cincin risik, gelang nikah, baju nikah dan baju tunang. Agak lama saya pendam kekecewaan itu. 7 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Semua tu saya hanya pakai masa zaman kurus saja. Sedih sangat. Selepas mengandung dan melahirkan anak, semua tinggal kenangan. Saya boleh tengok, tapi tak boleh sarung kembali. Sayang sangat.  Benda tu semua bukan murah beb, mahal tau. Sobs!

Dulu saya ada masalah batuk berpanjangan. Setiap tahun macam dah jadi rutin tahunan, saya mesti terkena batuk. Dan batuk saya bukan makan masa seminggu dua untuk baik. Bahkan lebih dari 6 bulan untuk baik. Walaupun saya dah makan macam-macam ubat batuk dan macam-macam supplimen untuk sembuhkan batuk saya, tapi semua macam tak berkesan.

Saya rasa tak ada keyakinan diri sendiri. Nak pergi kerja berhadapan dengan orang, saya rasa malu. Saya rasa down secara tiba-tiba. Malu sebab saya gemuk. Masa tu, saiz baju saya XL. Saya rasa baju tu ketat. Erk..saya dah gemuk. Saya sedih sangat. Takkan saya kena tukar saiz baju saiz XXL. Saiz XXL baju banyak yang tak cantik. Kebanyakan baju yang cantik, yang berkenan di mata saya, semuanya bersaiz kecil. Sedih sangat.

Bila begitu, saya sangat teruja bila melihat kawan kawan yang sertai Jom Detox Jutawan dapat kurus dengan cepat. Saya sangat tak sabar! Rupanya ada peluang untuk saya dapat pakai apa yang saya nak sebelum ni.


Selepas saya sertai Jom Detox Jutawan, saya berjaya dapat balik berat masa zaman anak dara saya. Semua cincin tunang, cincin semasa risik, gelang lama, baju nikah, baju tunang, baju grand dinner masa zaman universiti, semuanya dah boleh pakai balik. Rasa macam tak percaya. Serius. Tapi tula hakikatnya. Saya gembira sangat!


Jom Detox Jutawan ni adalah program detoks secara keseluruhan badan. Bukan separuh separuh. Bila macam tu, kesan pengambilan vitamin akan diserap dengan cepat. Tahun ni, tak menjelma langsung batuk berpanjangan macam yang saya kena tahun-tahun lepas. MasyaAllah. Tabarakallah. Saya pelik. Tapi selepas faham bagaimana proses full body detox berjalan, saya akui, selepas toksin dikeluarkan dari badan, diri ini semakin sihat lepas detoks. Alhamdulillah. Amazing!

Kini saya berjaya turunkan berat badan. Yang paling saya puas hati tu, saya dah dapat tukar saiz dari XL ke M atau S (tengok cutting baju). Baju raya saya tahun ni saiz S tau. Ramai orang terkejut tengok saya beraya berbadan kurus tahun ni. Wowowow. Bestttt. Alhamdulillah. Lagi pula, jimat duit saya. Tak perlu beli baju yang tak suka disebabkan oleh saiz badan saya sebelum ini.

Berat saya sebelum join Jom Detox Jutawan ialah 70.1 KG. Selepas join program, berat saya ialah 55kg (Penurunan sebanyak 15.1 KG dalam masa kurang dari 6 bulan).

Syukur dipertemukan dengan program Jom Detox Jutawan ini. Selepas dapat balik berat idaman, saya sangat gembira. Bukan sahaja dapat turun berat dengan cara yang sihat dan dalam masa yang cepat, bahkan, tahap kesihatan saya semakin baik.

Kepada anda yang rasa tersangat sibuk sehingga abaikan kesihatan diri, fikirlah semula. Tak ada guna kalau kita sibuk hingga kita jadi overweight mahupun obes. Kita ada jalan mudah melalui Jom Detox Jutawan. Orang yang sibuk pun boleh lakukannya juga.

Sabariah, 31 tahun, Johor, Akauntan.

1 comment

  1. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete