FAKTOR-FAKTOR KULIT KERING.



#1 Faktor genetik. Tetapi jangan khuatir u ols, faktor genetik boleh “adjust” jikalau u ols tahu caranya.

#2 Kesan sampingan dari penggunaan ubat. Ada ubat-ubatan yang memberi kesan pada kita. Contoh dehidrasi. Oleh itu, kita kena kenal ubat kita.

#3 Pendedahan pada matahari dalam jangka masa yang lama. Kalau satu kolah air, pon boleh jadi kering, apatah lagi kulit manusia yang nipis kan? 

#4 Pemeruapan kelembapan dari kulit menyebabkan kulit menjadi kering dan mengalami dehidrasi.

#5 Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit. Bagi jenis kulit kering, u ols kena tahu jenis tekstur produk make up dan penjagaan kulit tau. Ikut thread post #kulitkeringkulitberminyakMamajura ni.

#6 Ada pendapat yang mengatakan, terlalu kerap mandi dengan shower atau air panas boleh menghancurkan lapisan lemak permukaan kulit yang merupakan pelembap semula kulit. Ada betulnya kan? 

#7 Banyak masa anda habiskan dengan berada dalam ruang yang ber’aircond’. Betul tau, aircond boleh menyebabkan kulit kita kering dan cepat naik pigmentasi.

#8 Sabun dan deodorant juga boleh menghilangkan lapisan lemak dan air dari kulit. Mamajura nak pesan, sabun badan untuk badan. Sabun muka, untuk muka. Bukan sekali harung LifeBouy korang atas bawah, atas bawah. 😜 jangan nak jimat masa sangat. Kulit pon rosak.

#9 Bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti Penghidap penyakit Dermatitis Opotik. Kulit mereka menjadi sensitif dan kering. Pesakit psoriasis. Kulit mereka menjadi kering, kasar dan bersisik berlapis-lapis.

#10 Gangguan kelenjar tiroid. Akibat terlalu rendahnya kadar hormon tiroid menyebabkan aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak kulit menurun. 

#11 Faktor usia juga menyebabkan risiko kulit kering kerana kelenjar minyak yang berfungsi melembapkan kulit semakin berkurang. Menambahkan lagi masalah lain seperti kedut dan kulit kendur.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik