TAZKIRAH : DOA BUAT MEREKA



Suatu pagi suasana di ladang Pak Ali ketika waktu ternakannya bersarapan pagi. Si Lembu dan Si Ayam berbual kosong ...
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor
aku,Macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau? "
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

…………………………………………………………
Jasa ibu dalam membesarkan anak-anak sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit. Tanpa didikan ibu, anak-anak tidak akan menjadi manusia yang berguna, kerana kesabaran ibu dalam mendidik menjadikan mereka warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, walaupun kadang-kadang dalam keadaan tertekan. Namun tidak selalu kita dengar ibu meminta untuk dibalas jasanya oleh anak. Apa yang penting anak-anak berjaya dan bahagia, itu sudah memadai bagi ibu.
Di sinilah anak-anak perlu lihat ibu adalah manusia sejati, tatapan matanya pengubat hati. Kata-katanya merawat luka. Kasih sayangnya sepanjang jalan dan cintanya membawa ke Syurga. Sememangnya ibu diberi amanah yang berat, namun mereka tetap terima dengan sabar.
Persoalannya, adakah anak-anak hari ini menyedari perintah Allah ini? Adakah anak-anak hari ini sedar penderitaan ibu yang mengandung selama Sembilan bulan, bahkan kadang-kadang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Adakah mereka tahu bahawa ibu amat sayang kepadanya hingga sanggup member susu ibu sendiri selama dua tahun? 

[Nukilan Pelita Brunei]

"Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
(Surah Al Isra': 23-24)





No comments