TAZKIRAH : SOLAT SUBUH DAN ISYA'



Dua solat yang memiliki keutamaan yang besar adalah solat Subuh dan Solat Isya.Dua solat inilah yang terasa sangat berat bagi orang-orang munafik.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik selain dari solat Subuh dan solat ‘Isya’. Seandainya mereka tahu keutamaan yang ada pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walau sambil merangkak.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

Ibnu Hajar mengatakan bahawa semua solat itu berat bagi orang munafik sebagaimana disebutkan dalam firman Allah,
Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas
(Surah At Taubah: 54).
Akan tetapi, solat ‘Isya dan solat Subuh lebih berat bagi orang munafik kerana rasa malas yang menyebabkan kengganan melakukannya. Kerana solat ‘Isya adalah waktu di mana orang-orang bersitirahat, sedangkan waktu Subuh adalah waktu nikmatnya tidur. (Fathul Bari, 2: 141).
Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Orang munafik itu solat dalam keadaan riya’ dan sum’ah (ingin dilihat dan didengar orang lain). Pada waktu dahulu sola Subuh dan solat ‘Isya’ tersebut dilakukan dalam keadaan gelap sehingga mereka (orang munafik) tidak menghadirinya. Mereka enggan menghadiri kedua solat tersebut. Namun untuk solat lainnya, iaitu solat Zuhur, ‘Asar dan Maghrib, mereka tetap hadir kerana jama’ah yang lain dapat melihat mereka.
Seperti mana yang diketahui pada waktu dahulu juga belum ada lampu elektrik seperti zaman ini. Sehinggakan menghadiri dua solat itu terasa berat kerana mereka tidak dapat mempamerkan amalan mereka. Alasan lainnya kerana solat ‘Isya itu waktu istirahat, sedangkan solat Subuh waktu lelapnya tidur.” (Syarah Riyadhis Sholihin, 5: 82).
Hanya Allah yang memberi hidayah untuk kita beramal soleh.

No comments