TAZKIRAH : DIDIK ANAK ERTI HIDUP

TAZKIRAH : DIDIK ANAK ERTI HIDUP

Bising dalam group Whatsapps PASTI anak saya. Seorang ibu mengadu anaknya selalu hilang alat tulis. Ibu itu minta guru-guru pantaulah anak-anak yang suka pinjam atau terambil supaya hantar semula kepada anaknya.
Kata beliau, anaknya tidak akan pergi sekolah selagi tidak cukup kelengkapan alat tulis. Jadi, setiap hari beliau terpaksa beli baru untuk lengkapkan alat tulis.
Sahabat subahat, usia 5 dan 6 tahun adalah usia yang sangat bagus membina karakter dan mind set anak-anak.
Tanam dalam diri mereka erti hidup yang sebenar. Erti kehilangan sesuatu yang disayangi. Erti menggunakan apa yang ada demi mencapai matlamat dan tujuan. Erti berusaha menjaga hak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Satu hari, anak saya sedang melukis. Dia tersilap lukis lalu mahu memadamkannya. Dia datang mengadu. Saya arahkan dia ambil gelang getah di dapur.
Gelang getah diikat pada batang pensel. Saya tunjukkan cara memadam menggunakan gelang getah itu. Anak itu nampak kagum.
Di situ dia dapat belajar sesuatu. Apabila datang masalah fikirkan solusinya segera, tidak perlu siasat apa-apa. Kedua, dia belajar erti guna apa yang ada untuk laksanakan kerja. Walhal, ada sedozen pemadam yang saya simpan. Ketiga, dia dapat belajar sesuatu yang baru.

sumber penulis: Ahmad Saifuddin Yusof

No comments