Kenali lelaki

KENALI LELAKI
Lelaki dan perempuan bagaikan langit dan bumi. Orang perempuan kata sukar mengenali lelaki. Orang lelaki pula kata sukar memahami wanita.
Sebenarnya tiada salah dan betul. Kerana lelaki ini wataknya sangat berbeza dengan wanita. Mari kita kupas untuk sama-sama mengenali insan bernama lelaki ini

1. HIDUP LELAKI MUDAH
Cara hidupnya mudah. Sebab itu mereka sukar faham bahasa kuasan orang perempuan. Orang perempuan lebih suka berkias dari berterus terang.
Orang lelaki lebih suka benda mudah, direct to the point kata orang kampung saya. Jadi wahai wanita. Selepas ini, kurangkan berkias. Tanya sahaja terus.

2. BAHASA LELAKI BERBEDA
Mereka cakap dengan bahasa berlainan. Sebab itu lelaki dan perempuan saling sukar untuk berkomunikasi.
Lelaki agak sukar melahirkan rasa hati. Apa yang mereka cakap kadangkala kontra dari niat di hati.

3. DIAM MEMBISU
Haa yang ni ramai orang perempuan tak boleh tahan. Sebab lelaki lebih suka menyembunyikan dan membisu. Mereka lebih suka pendam sendiri.

4. LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. LELAKI TAK SUKA DIPAKSA
Berbeza dengan orang perempuan yang agak suka memaksa lelaki melahirkan perasaanya.
Adalah lebih baik bagi wanita belajar membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

6. LELAKI BERAHSIA DENGAN LELAKI LAIN
Berbeza dengan wanita, yang boleh canang semua cerita dia dengan kawan terdekat. Ia agak berbeza dengan lelaki. Merekaagak sukar berkongsi seperti wanita
Oleh itu wahai wanita, sebelum anda mahu difahami. Belajar untuk memahami



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments