TAZKIRAH : PERSAINGAN TIDAK SIHAT

TAZKIRAH : PERSAINGAN TIDAK SIHAT

Suatu ketika dulu terdapat seorang lelaki yang hidup berjiran. Mereka sering menunjuk-nunjuk kekayaan mereka kepada satu sama lain. Satu hari, salah seorang dari mereka telah membeli sebuah kereta baru, Ferrari. Sewaktu dia memandu kereta baru itu untuk pulang ke rumah, jirannya juga sedang berada di bahagian hadapan rumah dengan sebuah kereta Rolls Royce.
"Cantik kereta awak." Kata jiran yang memiliki kereta Rolls Royce.
"Terima kasih. Kereta ini ada telefon. Kereta Rolls Royce awak ada telefon tak?" Tanya pemilik Ferrari.
Pemilik Rolls Royce itu menjawab, "ya, kereta saya ada telefon."
Kemudian jirannya bertanya, "awak ada peti sejuk tak dalam kereta tu? Kereta saya ada peti sejuk dekat kerusi belakang."
Pemilik Rolls Royce mula rasa tercabar. "Ya, saya pun ada peti sejuk."
Kemudian, pemilik Ferrari itu berkata. "Baguslah tu. Kereta awak ada televisyen tak? Kereta saya ada televisyen di tempat duduk belakang."
Kini pemilik Rolls Royce itu benar-benar merasa bengang. "Sudah tentulah saya ada televisyen. Ini kereta Rolls Royce lah!"
"Ye ke? Tapi tentu awak tak ada katil dalam kereta tu kan? Kereta saya ada katil." Kata pemilik Ferrari dengan angkuh.
Disebabkan rasa tidak puas hati, pemilik Rolls Royce itu terus pergi menemui penjual keretanya dan meminta mereka memasang sebuah katil di dalam keretanya.
Keesokan harinya, pemilik Rolls Royce itu bangun awal pagi kerana mahu menunjukkan katil yang baru dipasangnya itu kepada jirannya. Dia mengetuk pintu depan rumah jirannya, kemudian menekan loceng pintu rumah, tetapi tiada sesiapa membuka pintu. Tidak lama kemudia dia ternampak cermin kereta Ferrari jirannya berkabus dari dalam. Dia pun mendekati kereta itu lalu mengetuk cermin kereta. Beberapa saat kemudian, pemilik Ferarri itu menjenguk keluar.
Dengan bangganya pemilik Rolls Royce itu berkata "Saya pun dah pasang katil di dalam Rolls Royce saya sekarang."
Pemilik Ferarri itu memandangnya dan berkata, "Awak ganggu saya sedang mandi semata-mata untuk memberitahu hal sekecil itu!"
**************
Cerita ini sebenarnya mengingatkan bahawa kita tidak akan pernah dapat untuk hidup aman jika kita terus membiarkan diri kita dikuasai oleh perasaan hasad dengki terhadap orang lain bukan? dan jika diri kita tidak hidup aman, sudah pasti kita tidak boleh memberikan tumpuan dalam hidup; tidak boleh memberi perhatian terhadap matlamat hidup, mahupun terhadap kejayaan di dunia dan di akhirat kelak!
"Jauhilah sifat hasad karena hasad itu memakan (pahala) kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar."
(H.R. Abu Dawud)

No comments