Detox kulit part 5.1

Step no 5.



Lindungi kulit dari radikal bebas dan bahan yang boleh merosakkan kulit.

Ada 2 key point yang saya nak perjelaskan.

Pertama, lindungi dari radikal bebas.

Apa contoh radikal bebas?
Asap pencemaran, asap kenderaan, cahaya matahari yang berlebihan, asap rokok.

Kedua, lindungi daripada bahan yang boleh merosakkan kulit.

Apa contoh nya?
Produk penjagaan kulit yang memgandungi bahan kimia yang tinggi. Penggunaan produk make up yang merbahaya. Dan tidak menjaga kulit dengan betul.

Macam mana nak buat?

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Bagaimana nak join program #JomDetox

Insan hebat!

Anda berminat mahu join program #JomDetox

Kami menawarkan set Gold dan Platinum.



Detox kulit part 5

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• BeruS badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
(Refer post sebelum ini)

3• Seminggu sekali, mandi dengan air campuran garam.

4• Sapu mask tanah liat.

5• Lindungi kulit dari radikal bebas dan bahan yang boleh merosakkan kulit.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox kuliti part 4

Step 4.

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• BeruS badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
(Refer post sebelum ini)

3• Seminggu sekali, mandi dengan air campuran garam.

4• Sapu mask tanah liat.

Tanah liat bercaj negatif. Ia mampu membantu kulit untuk detox dengan menarik caj positif pada kulit.

Caj positif pada kulit adalah sel kulit mati dan bendasing yang tidak elok pada kulit.

Oleh itu, caj negatif dari mask tanah liat menarik caj positif sel mati pada kulit.

Jangan guna clay mask terlalu lama pada kulit. Nanti kulit terlebih kering. 10-15minit adaah masa yang sesuai.

Apabila sudah kering, cuci mask dengan air masak. Jangan lah cuci dengan air sejuk.

Ohhh nyaman sekali.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox kulit part 3.1

Mandi Garam Epsom.

Okay, saya sambung pasal mandi Garam Epsom

Sebelum tu, Garam Epsom bukan garam kita buat masak tau.
Cari Garam Epsom, atau garam Himalaya yang warna pink atau orange tu. Yang ketul ketul besar tu tau. Nanti saya snap picture gambar garam yang best.

Cara mandi Garam Epsom.
1* Garam  Epsom dan halia. Halia tu hiris halus dan masak dalam air mendidih. 1 cawan garam dilarutkan dalam 1 baldi air. Kemudian campurkan air rebusan halia itu kedalam campuran garam. Halia tu kalau boleh, rebus dengan akar dan kulit sekali.

2* Garam Epsom dan baking soda.
Campurkan 1 cawan baking soda dalam 1 cawan garam Epsom kedalam baldi mandian.

3* Garam Epsom, garam laut dan minyak bijan.
1 cawan garam Epsom, 1 cawan garam laut, 1 cawan minyak bijan.
Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan kedalam baldi mandian.

4* Garam Epsom dan Cuka Epal.
1 cawan cuka epal dan 1 cawan garam Epsom kedalam baldi mandian.

** Baldi mandian yang berisi campuran garam itu haruslah dibancuh dengan air panas. Kerana garam dan air panas, akan memberikan kesegaran!

Lagi satu pesan saya, bila masa curah bancuhan air garam tu, jangan buka mata dan mulut tau. Ahahaha. Masin.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox kulit part 3

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• BeruS badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
(Refer post sebelum ini)

3• Seminggu sekali, mandi dengan air campuran garam.

Best gila tau. Rasa sangat fresh.
Bilas bilas manja dalam 20minit-30minit. Kalau ada bathtub lagi boleh berendam.

Mandi garam boleh membantu membuang bendasing-bendasing yang menyumbatkan liang pori.

Juga, kalau kita jiruskan dari kepala, macam semacam aura datang. Serious tau.

Tak percaya, cuba lah.

Next post, saya cerita macam mana nak bancuh air garam ni.
Garam apa nak guna?

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox Kulit part 2

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• Berus badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
Selepas berus badan dalam keadaan kering, kita mandikan  badan kita dengan pembersih bebas sabun (sebolehnya) kerana sabun akan mengeringkan lagi kulit.

Periksa label pembersih/pencuci kulit kita. Pastikan pembersih yang natural, bahan kimia tidak terlalu kuat dan ph seimbang.

Cuba elakkan dari menggunakan yang bersabun dan berbuih  dengan banyak juga yang mengandungi biji atau skrub yang kasar.

Selesai mandi, lap badan dengan tuala yang lembut dan serap air. Jangan main rembat je kain selimut tau 😜

Ps:// Sabun yang tidak tulis foam lebih elok. Sebab sabun yang berbuih ni hanya “psycho” sahaja. Konon bersihkan kulit tapi disebalik bersih, ia sangat mengeringkan kulit.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101