Detox kuliti part 4

Step 4.

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• BeruS badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
(Refer post sebelum ini)

3• Seminggu sekali, mandi dengan air campuran garam.

4• Sapu mask tanah liat.

Tanah liat bercaj negatif. Ia mampu membantu kulit untuk detox dengan menarik caj positif pada kulit.

Caj positif pada kulit adalah sel kulit mati dan bendasing yang tidak elok pada kulit.

Oleh itu, caj negatif dari mask tanah liat menarik caj positif sel mati pada kulit.

Jangan guna clay mask terlalu lama pada kulit. Nanti kulit terlebih kering. 10-15minit adaah masa yang sesuai.

Apabila sudah kering, cuci mask dengan air masak. Jangan lah cuci dengan air sejuk.

Ohhh nyaman sekali.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox kulit part 3.1

Mandi Garam Epsom.

Okay, saya sambung pasal mandi Garam Epsom

Sebelum tu, Garam Epsom bukan garam kita buat masak tau.
Cari Garam Epsom, atau garam Himalaya yang warna pink atau orange tu. Yang ketul ketul besar tu tau. Nanti saya snap picture gambar garam yang best.

Cara mandi Garam Epsom.
1* Garam  Epsom dan halia. Halia tu hiris halus dan masak dalam air mendidih. 1 cawan garam dilarutkan dalam 1 baldi air. Kemudian campurkan air rebusan halia itu kedalam campuran garam. Halia tu kalau boleh, rebus dengan akar dan kulit sekali.

2* Garam Epsom dan baking soda.
Campurkan 1 cawan baking soda dalam 1 cawan garam Epsom kedalam baldi mandian.

3* Garam Epsom, garam laut dan minyak bijan.
1 cawan garam Epsom, 1 cawan garam laut, 1 cawan minyak bijan.
Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan kedalam baldi mandian.

4* Garam Epsom dan Cuka Epal.
1 cawan cuka epal dan 1 cawan garam Epsom kedalam baldi mandian.

** Baldi mandian yang berisi campuran garam itu haruslah dibancuh dengan air panas. Kerana garam dan air panas, akan memberikan kesegaran!

Lagi satu pesan saya, bila masa curah bancuhan air garam tu, jangan buka mata dan mulut tau. Ahahaha. Masin.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox kulit part 3

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• BeruS badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
(Refer post sebelum ini)

3• Seminggu sekali, mandi dengan air campuran garam.

Best gila tau. Rasa sangat fresh.
Bilas bilas manja dalam 20minit-30minit. Kalau ada bathtub lagi boleh berendam.

Mandi garam boleh membantu membuang bendasing-bendasing yang menyumbatkan liang pori.

Juga, kalau kita jiruskan dari kepala, macam semacam aura datang. Serious tau.

Tak percaya, cuba lah.

Next post, saya cerita macam mana nak bancuh air garam ni.
Garam apa nak guna?

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox Kulit part 2

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• Berus badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
Selepas berus badan dalam keadaan kering, kita mandikan  badan kita dengan pembersih bebas sabun (sebolehnya) kerana sabun akan mengeringkan lagi kulit.

Periksa label pembersih/pencuci kulit kita. Pastikan pembersih yang natural, bahan kimia tidak terlalu kuat dan ph seimbang.

Cuba elakkan dari menggunakan yang bersabun dan berbuih  dengan banyak juga yang mengandungi biji atau skrub yang kasar.

Selesai mandi, lap badan dengan tuala yang lembut dan serap air. Jangan main rembat je kain selimut tau 😜

Ps:// Sabun yang tidak tulis foam lebih elok. Sebab sabun yang berbuih ni hanya “psycho” sahaja. Konon bersihkan kulit tapi disebalik bersih, ia sangat mengeringkan kulit.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Sahabat baik ku yang baru.

My 3 new loyal companion.

• Botol air 2.8Liter. Dah tinggal banyak tu dah pagi ni. Mesti habis punya sampai petang. Tak habis, jangan balik rumah. Tidur kat opis.
Musim jerebu ni harus minum air banyak. Nanti tekak sakit. 

• Tasbih bling bling ku. Ada juga yang order dan ku tak sempat belikan. Maaf ye.


• Carotomax. Masalah mata kering dan pedih semakin menjadi-jadi masa jerebu ni. Mata pun nak keep hydrated tau. Carotomax kaya dengan carotenoid dan VitaminA. Sangat sinonim dengan penjagaan mata 👁 


Tips berus kulit kering.

Tips berus badan dalam keadaan kering?

* Mulakan pada mandi waktu pagi. Sebelum buka air shower tu, berus badan dulu.

* Gunakan berus badan yang lembut. Berus dalam gerakan membulat dan kearab jantung. Ehh, jangan silap capai berus tau. Berus jamban ke berus lantai ke. Serammm wei..

* Mulakan dengan berus tapak kaki dan terus ke atas. Kemudian tangan dan lengan. Then bahagian belakang badan dan akhir sekali bahagian depan badan. Dan arah memberus adalah membulat dan arah lawan jam tau. Jangan pening pula nanti.

* Sudah habis berus badan, lumurkan minyak detox (seperti minyak bijan atau olive oil, kalau ada argan oil lagi best!) biarkan selama 5 minit. Masa ni, anda harus ada perasaan sayang pada diri yang kuat.
Kata coach saya, masa sapu ni ucap pada diri sendiri.
“Aku sayang kau. Maafkan aku kalau aku buat salah kat kau. Aku sayang kau sangat-sangat.” Berambu ayaq mata la kalau buat dengan perasaan.

* Terakhir sekali, dah biar lumur badan selama 5 minit, boleh mandi. Tapi mandi bukan sebarang mandi..

Jeng jeng jeng..

Step seterusnya bersambung.
Stay tune.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

Detox kulit? Bagaimana?

Bagaimana nak detox kan kulit kita dengan betul dan cepat?

Jeng jeng jeng

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101