Toner.



Ada pendapat mengatakan nak toner yang best dan memberi kesan yang lebih efektif, kena simpan dalam peti ais.

Banyak pula kerja nak pergi dapur dan tepek toner kan. Kalau rumah 3 tingkat, haihh bercinta. Memang tak lawa la kome.

Tapi kalau bilik u ols ala-ala hotel, ada peti ais kecik. MJ nak cakap – “huntunggg lah”
Hahaha.
Takpe la, mana2 pon boleh. Peti ais ke suhu bilik pon okay. Yang penting guna tau.

#YouthbyMJ

Toner.



U ols guna toner tak?

Toner membuatkan kulit anda segar, lembut, dan hidratkan kulit.
Rasa fresh itu sudah tentu. Selepas kita basuh muka dengan pencuci muka, seeloknya dalam kurang 10minit kita sudah sapu toner pada wajah tau.

Cara menggunakan toner: ada dua cara.
~titiskan di tangan dan dab dab manja di muka
~titiskan pada cotton pad dan dab dab dimuka. Jangan tonyoh ye.

#YouthbyMJ

LALAI.


Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai. 


 Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2.  Kurang berzikir
3.  Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  Banyak membuang masa; untuk hiburan
5.  Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.  Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7.  Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8.  Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.  

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.  

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama 
3.  Hilang fokus dalam hidup
4.  Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:
1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2.  Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  Tidak berzikir
5.  Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:
1.  Cari sahabat yang baik
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun mlm dan solat
4. bnykkan zikir
5. rajin baca quran
6.Bersangka baik dgn org lain. 

Bila masa sesuai nak guna toner?




Dalam tempoh 5-10minit selepas kita cuci muka tau.
Itu adalah tempoh yang efektif.

#YouthbyMJ

Apa isi kandungan PERFECTING SKIN TONER YOUTH?




  • ~Muscadine Grape extract
  • ~Green Algae Complex
  • ~Yeast extract
  • ~ Vital Repair. Ada 5 ingredients.


#YouthbyMJ

TIPS MEMBACA📗AL-QUR'AN


📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2  dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:

📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...

1. JUNJUNG📗
(Letak atas kepala),
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. CIUM📗
Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. PELUK📗
(Letak di dada dengan erat),
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat._

📕Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita.

📕Amalkan tips ini insya Allah.

📕Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Bagaimana u ols guna toner?


Toner. 
Tonyoh atau dab dab sahaja?

Ya, fungsi lain toner adalah membuang sel sel kulit mati atau kotoran yang tertinggal di wajah selepas mencuci. Tetapi, ini tidak bermaksud kita tonyoh tonyoh facial wipes di muka itu ye.

MJ sendiri ada kala menggunakan cotton pad dan adakalnya menggunakan tapak tangan saja untuk dab-dab toner pada wajah.

Bila kita perasan ada kotoran atau warna facial wipes kita bewarna coklat atau kelabu, ini bermakna kulit kita tidak cukup bersih. Pencuci muka atau mak-up remover kita tidak berfungsi dengan baik.
Kalau rajin, cuci lah muka semula. Baru kita yakin muka betul-betul bersih.

#YouthbyMJ