SEMAKIN TUA SEMAKIN MULIA

Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan hartanya untuk ditambah-tambah. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk menambah ibadat.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, saudara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. 
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [Hadis Riwayat Ibnu Majah].
Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita.
Oleh kerana itu, lihatlah diri kita, sudahkah kita mempersiapkannya…?!
Allah ta’ala berfirman (yang maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Moga Allah beri kekuatan untuk kita kekal istiqamah sehingga nyawa diambil dari jasad.

Sumber: Marman Mahmud WM

ZIARAHLAH KUBUR

Ya Allah Ya Tuhanku. Tengah merindui mak, nak berlari di dalam syurga terus memeluk mak, dukung mak, mencium dahi, tangan, kaki dan mendakap rapat-rapat.
Sebaik sahaja menuruni kenderaan, anak-anak semua berlari ke kubur dan terus berlari memegang dan bersandar di kubur mak saya.
”Assalamualaikum nenek, kami semua rindu nenek. Nenek tunggu kami semua ye. Nanti nak cium nenek di dalam syurga.”
Mereka bercakap seolah-olah mak saya masih ada lagi. Saya sebak, mereka berkata lagi;
“Nenek apa khabar di sana? Rindu nenek.”
Seorang anak saya berkata;
“Kakak pakai tudung, sebab ayah kata kalau nak jumpa nenek di syurga kena pakai tudung. Supaya Allah sayang.”
Anak-anak semua bersandar di kubur dan memegang batu-batu kecil di kubur. Kakak berkata;
“Ayah nanti kakak nak jumpa nenek lagi ye?”
Saya membalas;
”Boleh wahai anakku. Jaga solat. Jaga agama. Insyaa Allah. Dulu nenek suka nasihat keluarga dan saudara mara. Katanya jagalah solat, bila solat, Allah sayang kita. Jadi hamba Allah yang bersyukur.”
Anak saya membalas kembali;
“InsyaAllah ayah. Kami akan jaga solat. Nak jumpa nenek.”
Mak, Ebit datang lagi mak. Assalamualaikum mak. InsyaAllah tidak lama, Ebit dan kami semua akan menuruti jalan yang sama yang telah mak lalui. Kita akan dikumpulkan kembali bersama.
Mak, dulu masa hidup Allah jadikan, maklah penawar dan segalanya buat Ebit. Nikmat Allah paling besar. Hari ini kubur mak jadi penawar segalanya. Disinilah ubat bagi hati ini.
Walau apa pun musibah atau kesedihan, bila Ebit berada di sisi kubur mak, membuatkan semuanya lapang. Itulah ciptaan Allah paling indah seorang ibu. Sepanjang hidup tidak berehat membahagiakan anak-anak dengan kehendak Allah.
Saat terbaring di dalam kubur juga menjadi ubat bagi anak-anak. Ya Allah. Terima kasih Ya Allah tuhan kami kerana pinjamkan kami ibu ini di dunia ini.
Ibu kami selamanya dalam syurga kerajaan-Mu yang kekal selamanya. Saidina Usman R.A selalu menangis di kubur melebihi di tempat lain. Bila ditanya mengapa, jawabnya;
“Inilah tempat pertama, jika selamat, selamatlah di tempat lain. Jika disini kita gagal, gagal lah di tempat lain.”
Buat sesiapa yang bersedih ada masalah keluarga. Perbanyakkan menziarahi kubur orang tua kita. Jika ada masalah berniaga, masalah hidup dan terasa begitu sempit di dunia ini.
Di kubur membuatkan hati kita menjadi lembut, air mata deras, hilang segala sombong, hilang permusuhan, dan hilang masalah.
Ingatlah mati adalah penawar paling mujarab bagi segalanya. Penasihat yang diam tidak bersuara tetapi kesannya ke dalam hati paling dalam. Dekat dengan kubur buat kita dekat dengan akhirat.
Didiklah anak-anak kita dengan selalu menziarahi kubur. Kelak seandainya Allah mengambil kita dahulu, sekurang-kurangnya mereka tahu kematian itu pasti dan selalu mendoakan kita.
Sumber: Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew



BELAJAR IKHLAS DALAM AMALAN

Pelajaran penting yang boleh diambil dari amalan puasa Ramadhan ini ialah mengajar keikhlasan. 
Yang dimaksud ikhlas adalah memurnikan ibadah hanya untuk Allah semata.
Bulan Ramadhan sendiri adalah bulan yang di dalamnya diajarkan keikhlasan.
Lihat saja dalam amalan puasa disebutkan,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam amalan solat malam atau solat tarawih disebutkan,
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan kerana iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Hasid Riwayat Bukhari & Muslim)
Yang dimaksud qiyam Ramadhan adalah solat tarawih sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim.
Juga ketika seseorang menghidupkan lailatul qadar dengan solat malam disebutkan,
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Yang dimaksud ihtisaban dalam hadits di atas bermaksud beramal kerana mengharap pahala dari Allah. Itulah yang dimaksud ikhlasYang diharap bukanlah pujian manusia. Yang diharap bukanlah semata-mata harapan dunia.
Moga Allah memberi taufik dan hidayah untuk kita terus menggandakan amalan dengan ikhlas dalam Ramadhan ini.












Testimoni pengguna YOUTH™️

• Pori mengecil
• Bangun tidur kulit tak berminyak. Tak perlu cuci muka dengan sabun pon dah rasa okay.

-HM-

TANDA AMALAN PUASA RAMADHAN DITERIMA

Apakah antara tanda amalan puasa Ramadhan diterima?
Cuba kita gali dari perkataan ulama, Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berikut. Ketika membicarakan faedah melakukan puasa Syawal, beliau rahimahullah berkata,
“Kembali lagi melakukan puasa setelah puasa Ramadhan, itu tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Kerana Allah jika menerima amalan seorang hamba, Allah akan memberi taufik untuk melakukan amalan soleh setelah itu. Sebagaimana dikatakan oleh sebahagian ulama, ‘Balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.’ Oleh kerana itu, siapa yang melakukan kebaikan lantas diikuti dengan kebaikan selanjutnya, maka itu tanda amalan kebaikan yang pertama diterima. Sedangkan yang melakukan kebaikan lantas setelahnya malah ada keburukkan, maka itu tanda tertolaknya kebaikan tersebut dan tanda tidak diterimanya.”
(kitab Lathaif Al-Ma’arif)

Salah satu pelajaran yang bisa kita petik adalah dari perkataan,
“Balasan dari kebaikan adalah kebaikan setelahnya.”

Atau perkataan yang lainnya yang diutarakan oleh Ibnu Katsir ketika membahas tafsir surat Al-Lail,
“Di antara balasan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya dan di antara balasan keburukkan adalah keburukkan selanjutnya.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim)

Bererti tanda amalan Ramadhan kita diterima adalah menjadi lebih baik selepas Ramadhan atau minimum menjaga kebaikan yang telah ada. Contoh kebaikan yang dilakukan setelah Ramadhan adalah puasa Syawal. Tanda amalan kita di bulan Ramadhan tidak diterima adalah setelah Ramadhan tidak lagi ada kebaikan, bahkan sampai meninggalkan kewajipan seperti kewajiban solat lima waktu.
Dan ingat, para salaf selama 6 bulan mereka berdoa supaya dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan dan 6 bulan lagi yang berbaki mereka berdoa supaya amalan mereka diterima.
Semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Testimoni YOUTH.







Pagi-pagi dapat feedback YOUTH. 

YOUTH mengecilkan pori wajah. 
Feedback dari pengguna sendiri.



PERHATIKAN KADAR BICARAMU

Rasulullah SAW bersabda:
"ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت" [رواه البخاري والمسلم]
Maksudnya:
“dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah (perkara) yang dinilai baik (di sisi agama) atau (sebaiknya) dia diam.” [Riwayat Bukhari dan Muslim].
Pesan baginda SAW lagi:
"لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله، فإن كثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة للقلب، وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي" [رواه الترمذي]
Maksudnya:
“janganlah engkau memperbanyak bicara yang jauh dari peringatan kepada Allah SWT, kerana banyaknya berbicara selain (yang membawa kepada) mengingati Allah membawa kepada kekerasan pada hati. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah adalah yang keras hatinya.” [Riwayat al-Tirmizi]
Muhammad bin ‘Ajlan menyebutkan bahawasanya bicara yang baik itu ada 4:
1. engkau berzikir kepada Allah SWT
2. engkau membaca al-Qur’an
3. engkau ditanya tentang (sesuatu) ilmu, lalu engkau menjawabnya (dengan ilmu), dan
4. engkau berbicara tentang apa-apa (perkara) yang memberi manfaat kepadamu pada urusan duniamu
[Jaami’ Al-Ulum wal Hikam]

#BroSyariefShares#
#SampaikanDakwah#
Pentahqiq: Afif El-Din Muhd