Ikat rambut tinggi. Fakta atau auta Mitos atau fakta?



Orang dulu-dulu berpesan, kalau mengandung, jangan potong rambut. Biarkan rambut panjang.
Mengurai macam kak limah pon takpe.

Orang tua-tua cakap tu ada maknanya tau. Ada betulnya..

Ikat rambut tinggi dan ketat-ketat semasa berpantang adalah untuk “Face Lift”

Apa itu Face Lift? Dan apa logiknya Face Lift?

Bila kita ikat rambut ketat-ketat, urat dan sendi muka tertarik keatas. Ternaik gitu. Supaya muka tak cepat kendur dan cekang.

Kalau tak ikat, muka cepat kendur dan otot muka tak kuat.

#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik



TAZKIRAH : MAKSIAT MENGHALANGI CAHAYA ILMU

Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran. Baik ilmu yang diperlukan untuk dunia ini sahaja seperti ilmu Sains, Kedoktoran, Astronomi dan sebagainya, mahupun ilmu yang diperlukan untuk dunia dan akhirat kita seperti ilmu-ilmu Fikih, Tauhid dan seumpamanya, kedua-duanya ilmu ini sangat penting untuk kita pelajari.
 Imam al-Syafie pernah menasihatkan kita:
 “Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mesti mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ILMU.”
 Namun demikian saudara, bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang kita pelajari, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh memadamkan cahaya dan keberkatan  ilmu itu sendiri. Sebaliknya, sebagai seorang penuntut ilmu, kita perlu menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti berakhlak mulia, jujur, amanah, menghormati dan memuliakan orang lain, tidak meremeh-remehkan, merendah-rendahkan, atau menyalahkan orang-orang yang berbeza pendapat dengannya dan sebagainya.

Ingatlah, kata-kata Imam al-Syafie dalam syairnya:
 “Aku mengadu kepada guruku Waqi’ mengenai buruknya hafalanku. 
Dia membimbingku supaya meninggalkan segala maksiat. 
Dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya. 
Dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat.”


sumber: Pejabat Imam Masjid Kampung Siglap






Kita lah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kita.

Kita mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, menghafal Al-Quran, orang berjaya, taat mak bapa, pemimpin negara...Tapi hari-hari dalam hidup, kita mengadap handphone lebih lama daripada masa kita mengadap anak-anak. Kita senyum depan gajet lebih banyak daripada kita senyum depan anak-anak.

Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kita mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kita terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kita marah dia depan orang ramai.

Anak kita demam, kita bawa pergi klinik. Sementara tunggu nombor giliran naik, kita layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu tak ada kawan nak bersembang. Paling kuat pun kita bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kita tak terganggu.

Hari sukan sekolah, anak kita semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kita berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.

Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kita lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian... Kita di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, "Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan" dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kita turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.

Kita letakkan harapan pada masa depan anak setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kita letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anak pun melalui "perantaraan" Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kita pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.

Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kita tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kita nak sedar, setelah kita nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.



“Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Penulis: Ahmad Hisyam Sabrani


Wallahu waliyyut taufiq






Kepentingan berpantang.


Berpantang ni bagi wanita ibarat dilahirkan semula.
Fragile sangat, seperti bayi baru lahir.
Badan ibu menjadi tidak kuat dek kerana
banyak kehilangan darah juga tenaga.

Bila berpantang, pentingnya kita sihatkan badan semula.
Supaya kita sihat luaran dan juga dalaman.
Kesihatan mental juga sangat penting.
Bila difikirkan balik, kesihatan mental yang paling penting. Kerana bila mental sihat, badan pon sihat kan?
Tak perlu kata ibu berpantang, kita yang setakat pantang tengok makanan pon, kalau dalam keadaan mental serabut dan letih, nak berjalan pon kalau boleh mengesot. Dan nak berselubung je atas katil.
Oleh itu kesimpulannnya, berpantang menyihatkan dalam, luaran dan mental.

Siapa yang perlu berpantang?


Bagi sekurang-kurangnya 44hari hingga 100 hari.
• Semestinya ibu lepas bersalin. Anak yang cukup minggu.
• Ibu yang keguguran. Anak dalam kandungan 6-9bulan.

Bagi ibu yang keguguran anak dalam kandungan berusia 1-5bulan, ibu hanya dinasihatkan pantang makan dan minum. Jikalau mahu berurut, selepas hari ke30.
Kredit to Noor Nadia Ishak sebab berjaya menjadi tukang urut professional.
Bukan senang nak jadi tukang urut. Macam-macam pe’el manusia.
Dapat customer macam MJ, mau MamiNad datang mengurut bawa pita pelekat paling power. Bising naw mulut. Sakit la. Suruh stop la.

TAZKIRAH : BANTU BAHAGIAKAN SAUDARAMU






Keutamaan orang yang memberi kebahagiaan kepada orang lain dan menolong saudaranya dalam kesulitan disebutkan dalam hadits Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ

Allah senantiasa menolong hamba selama dia menolong saudaranya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ

Siapa yang biasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan senantiasa menolongnya dalam hajatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini -masjid Nabawi- selama sebulan penuh.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani)

Lihatlah hebatnya bagaimana dengan membahagiakan orang lain dan melepaskan kesulitan mereka lebih baik dari i’tikaf di Masjid Nabawi sebulan lamanya.

Dalam kitab Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam Imam Al Hasan Al Basri pernah mengutus sebahagian muridnya untuk membantu orang lain yang sedang dalam kesulitan. Beliau mengatakan pada murid-muridnya tersebut, “Hampirilah Tsabit Al Banani, bawa dia bersama kalian”

Ketika Tsabit didatangi, dia berkata, “Maaf, aku sedang i’tikaf.” Murid-muridnya lantas kembali mendatangi Imam Hasan Al Basri, lantas mereka memberitahunya. Kemudian Imam Hasan Al Basri mengatakan, “Wahai A’masy, tahukah engkau bahawa bila engkau berjalan menolong saudaramu yang memerlukan pertolongan itu lebih baik daripada haji setelah haji?”

Lalu mereka pun kembali pada Tsabit dan berkata seperti itu. Tsabit pun meninggalkan i’tikaf dan mengikuti murid-murid Imam Hasan Al Bashri untuk memberikan pertolongan pada orang lain.

Moga Allah yang memberi taufik.

10 perkara WAJIB berpantang.


1. Pakai stokin seelok-eloknya paras betis. Stokin tebal ala-ala stokin bola gitu.
2. Bengkung jangan tinggal, untuk dapatkan bentuk badan idaman semula. Banyak bengkung dipasaran sekarang. Pilih je nak yang mana. Seelooknya cari yang senang nak buang air kecil dan menyerap peluh.

3. Sentiasa berpeluh, bagus untuk detox badan. keluarkan toksin yang u ols kumpul 9 bulan tu. Masa mengandung mana ada mind-set nak kurus kan? Makan je apa nak makan.
4. Ikat rambut tinggi dan ketat. Sebab tu orang tua tua kata, simpan rambut panjang bila mengandung. Nanti berpantang boleh tarik ketat-ketat.
5. Basuh kepala dengan air sejuk. Untuk mengurangkan risiko migrain dan keguguran rambut. Kepala sahaja ya. Dari bahu sampai ke kaki, haruslah air suam.
6. Bertungku. Sekarang banyak jenis tungku. Tak perlu guna dapur gas pon ada dah, guna elektril je 😊
7. Makan suplemen, jamu dan herba(bila anak bebas jaundis).
Banyak jamu dan herba sekarang, u ols kena study dulu. Especially yang full breastfeed anak.
8. Minum air secukupnya. Tapi
elakkan air manis dan air sejuk.
9. Elakkan bersedih dan stress. Nanti u ols cenderung terkena meroyan.
10. Jangan angkat benda berat selain dari bayi anda sendiri. Masa berpantang tak perlulah buat kerja berat. Angkat barang ke, sental lantai ke. Kerja rumah biasa boleh la buat. Tapi kalau ada bantuan lebih elok.