Banyak cerita KACANG TANAH dan JERAWAT.


Betul ke?
Kacang tanah atau jenis kekacang lain tidak sama sekali terlibat secara terus. Namun ada kajian yang mengatakan kacang ada memberi impak kepada kulit dan seterusnya jerawat.

Namun, kacang juga menjadi bahan substitutes kepada protein haiwan terutama bagi masyarakat vegetarian. Mereka sangat mahir dengan kekacang ni. Ye la kan, mereka improvises makanan mereka supaya dapat rasa macam ayam. Hebat kan?

Kenapa kacang tanah di jadikan bahan substitutes? Kerana protein dalam kacang adalah tinggi. Malah lebih tinggi dari protein dalam daging dan telur. Dari situlah sumber protein terbesar selain haiwan.

Bahkan kacang sangat sesuai dijadikan menu sihat. Banyak khasiat dalam kacang.
Namun, jika kita mempunyai hormon yang tidak stabil, karbohidrat dan protein dalam kacang dapat meningkatkan insulin dalam darah.
Bila ia meningkat, kacang tanah menjadi bahan yang merbahaya dan disitulah jerawat mula muncul seketika.
So Kacang penyebab jerawat?
Bergantung pada individu.
Lebih malang, jerawat menjadi banyak, jika seseorang itu mempunyai masalah kelenjar sebum yang aktif iaitu kulit wajah jenis berminyak.
Ps: Sedapnya ketupat cicah dengan kuah kacang. Nak nak pula disulami dengan satay ayam dan daging.. perghh!

RUTIN SEBELUM TIDUR 💤


Sebagai wanita, kita mesti mengutamakan rutin penjagaan wajah pada waktu siang supaya ingin kekal cantik dan menarik.
Tapi ramai yang lupa waktu malam. Sebelum tidur.. basuh kaki, terus tidur. Kan?

Meh Mamajura share panduan penjagaan sebelum tidur yang simple.

MEMBERSIHKAN WAJAH
• Cuci sisa make up, debu dan peluh yang melekat kat wajah. Guna kapas tau. Kalau tak cuci, nanti proses pertumbuhan kulit masa tidur terbantut. Lambat nak cantik 😜

GUNAKAN KRIM PELEMBAP MALAM
• Best sangat. Bantu kulit kita daripada menjadi kering. Dan bantu elak pigmentasi yang teruk tau. Nanti bangun pagi, u ols akan rasa kulit tu lembut sangat. Segar tau.

GUNAKAN MASKER
• Sekali sekala guna la. Paling banyak 3 kali seminggu. Paling kurang sekali seminggu. Kalau malas sangat, g spa je.
Tapi kalau dah guna masker, tak payah oles pelembap dah.
Masker pun dah ada pelembap.

Thanks for reading.
Tidur basuh kaki 👣 dulu tau..jangan lupa gosok gigi dan makan vitamin 💊

TAZKIRAH : ZIKIR SELALU



  
Kalimat subhanallah wa bihamdih sangat luar biasa keutamaannya. Berikut merupakan perbahasan dari Kitab Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi.

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,

ألاَ أُخْبِرُكَ بِأَحَبِّ الكَلاَمِ إِلَى اللهِ ؟ إنَّ أَحَبَّ الكَلاَمِ إِلَى اللهِ : سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

‘Maukah aku beritahukan kepadamu perkataan yang paling dicintai oleh Allah? Sesungguhnya perkataan yang paling dicintai oleh Allah adalah, ‘SUBHANALLAH WA BIHAMDIH’ (Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya).” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Malik Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الطُّهُورُ شَطْرُ الإيمانِ ، وَالحَمْدُ للهِ تَمْلأُ المِيزَانَ ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْ تَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ

Bersuci itu setengah keimanan, ALHAMDULILLAH itu memenuhi mizan (timbangan amal), dan SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH, keduanya memenuhi—atau memenuhi—ruang antara langit-langit dan bumi.” (Hadis Riwayat Muslim)
Faedah dari dua hadis di atas:

1- Kalimat yang paling dicintai oleh Allah adalah kalimat subhanallah wa bihamdih.
2- Kalimat subhanallah wa bihamdih berisi penyucian dari sifat-sifat buruk bagi Allah dan pujian bagi-Nya kerana Allah memang layak untuk dipuji.
3- Bersuci itu setengah keimanan.
4- Hadis ini menunjukkan keutamaan wudhu dalam Islam kerana menurut pendapat kebanyakan ulama, thuhur yang dimaksud dalam hadis adalah bersuci dengan air untuk menghilangkan hadas. Sedangkan iman yang dimaksudkan dalam hadis adalah solat seperti yang disebutkan dalam surat Al-Baqarah ayat 143, “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu.” Yang dimaksudkan dalam ayat adalah Allah tidak menyia-nyiakan solat mereka ketika sebelumnya menghadap Baitul Maqdis. (Kitab Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2:7.)
5- Wudhu adalah syarat sah solat. Sehingga disebut sebagai separuh iman walaupun bukan separuh iman secara hakiki.
6- Bacaan alhamdulillah akan memenuhi timbangan amalan. Subhanallah walhamdulillah akan memenuhi ruang antara langit dan bumi.
7- Subhanallah itu akan memenuhi separuh timbangan, sedangkan alhamdulillah akan menyempurnakannya hingga penuh. Kerana kalimat alhamdulillah bermaksu kita menetapkan segala puji untuk Allah. Sedangkan ucapan subhanallah adalah menyucikan Allah dari kekurangan, aib dan cacat. Penetapan itu lebih menunjukkan kesempurnaan dibanding penafiaan. Kerananya kalimat subhanallah tidak disebut sendirian, namun diiringi dengan penetapan kesempurnaan bagi Allah sehingga kadang digandingkan dengan alhamdulillah. (Kitab Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2:17-18.)
8- Seorang muslim wajib meyakini adanya mizan (timbangan) yang akan menimbang amalan pada hari kiamat.
9- Hadis ini menunjukkan keutamaan berzikir dan besarnya pahala dzkir.

Moga Allah meringankan lidah kita untuk terus berzikir memujiNya.

Kepentingan guna pelembap.





My favourite part of skin care, 
is pelembap atau MOISTURIZER 💎
Tak ada pelembap, rasa hari tu macam tak indah.

• Kenapa kita perlu pelembap wajah?

~Supaya kulit kita nampak bertenaga dan tak lesu. Kulit pon perlu tenaga tau. Kulit happy, kita pon happy. Orang yang tengok kita pon happy.

~Pelembap juga buat kulit kita sihat. Semakin berusia, kulit kita makin kering dan tidak bermaya. Tak cukup air nak support kulit dari kelihatan lebih kendur. Sebab tu kita perlu pelembap.

~Kulit kering akan menyebabkan jeragat. Itu betul.. jeragat akan ada bagai cendawan tumbuh selepas hujan 😜 jeragat nak ada senang, nak hilang punya payah tau.

~Nak make up kita tampak cantik, pelembap juga la jawapannya. The basic in make up. Jangan terus tepek foundation tau. Tak cantik u ols.

Bagi Mamajura, alwaysa apa pelembap. Even after solat Zuhur dan Asar di pejabat, even duduk rumah seharian.

😘

#MJkongsitips
#MJbyMJ
#better2017
#beYOUtiful
#MamaCantik
#LetsCantikMengataDosa

Cara minum air secukupnya.

Cara nak tahu kita cukup minum air ke tak?
Jeng jeng jeng

Teh o ais tak kira.
Air sirap limau tak kira.

Air masak je tau..

1- Sediakan botol yang kita tahu berapa ml ada. Macam Mamajura, sediakan botol Tupperware atau Rubbermaid Shaklee. Macam botol Tupperware tu 1Liter. So MJ topup 3kali 😜

2- Semasa dirumah susah nak minum air kan? Letak tepi katil 😜 mesti nampak dan teguk.

3- Selagi tak habis keperluan air harian, jangan tidur. Minum la deme 😜

4- Tengok berat badan kita.
25kg ~ 1Liter.
Kira la ye.. jangan malu kalau kata kita kena minum 4Liter. Mana tahu istiqamah minum air masak je, bulan depan turun 3Liter je. You got what i mean rite? 😋

#MJkongsitips
#MJbyMJ
#better2017
#beYOUtiful
#MamaCantik
#LetsCantikMengataDosa


7 tips jaga kesihatan kulit.


Macam-macam kita dengar tips jaga kulit. 
Mamajura nak share yang simple je.
Yang kita mesti boleh buat. Tips paling ringkas.

1- Minum air secukupnya dalam 2liter sehari. Minum air masak tau. Bukan air manis. Air suam lagi elok. Bonus, kita tak sembelit dan proses detox berjalan lancar 👌🏻

2- Cuci muka dengan pencuci muka 2-3kali sehari. Persekitaran kita terdedah dengan udara tercemar dan panas kering. At least kita cuci muka tu, muka tampak bermaya dan menghilangkan kotoran yang kita tak sedar melekat di muka.
Tak percaya? Cuba jangan basuh muka seharian, dan esok amik satu cotton pad, basahkan sikit, tonyoh kat muka. Komfirm hitam 😜

3- Sebelum tidur muka kena bebas make up tau. Bila kita tidur, satu badan kita rehat. Biarkan kulit kita bernafas bebas. Nak sapu krim malam lagi elok.

4- Buat skrub seminggu sekali. Cari produk skrub yang ada biji halus je tau. Jangan kasar sangat. Rosak muka kita. Tak ada skrub? Lenyekkan VitaminC dengan Alfalfa je. Dijamin puas hati.

5- Guna pelembap setiap masa. Bagi Mamajura, selepas solat tak touch up make up pon takpe. Asal tepek moisturizer. Tak la rasa togel sangat muka 😜

6- Krim SPF. Tak kira bekerja di pejabat atau duduk rumah saja. Krim SPF penting untuk elak jeragat ketika di mamah usia.
Duduk rumah pon kena pakai ke?
Ehhh, opkos. Takkan duduk rumah u ols tak sidai kain kat luar? Kena juga matahari kan? ⛅️

7- Kalau kita ada jerawat, jangan la picit. Kalau pict nanti ada parut dan ada kesan hitam. Nak pulij dari kesan tu, mak aih. Makan tahun 😜

Simple je tips kan?

#MJkongsitips
#MJbyMJ
#better2017
#beYOUtiful
#MamaCantik
#LetsCantikMengataDosa

TAZKIRAH : KISAH JARI


Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah tangan Ali boleh bercakap.
Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah yang paling hebat kerana orang lain akan gembira bila saya berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji.
Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat kerana apabila saya berdiri, semua orang akan patuh. Mudahnya memberi arahan jika saya berdiri.
Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling hebat sebab saya paling tinggi antara kita semua.
Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah. Saya yang paling hebat dan terkenal, sebab cincin yang mahal selalu disarungkan pada saya.
Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu melihat jari kelingking dan menunggu apakah yang akan diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan berkata: Antara kita semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah rendah, tiada apa-apa kepentingan lagi. Jari-jari yang lain ketawa.
Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa bermain bolasepak. Akibatnya, Ali menjadi susah untuk memegang pensil, makan, dan melakukan kerja yang menggunakan tangan. Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar, bahawa mereka semua tidaklah sehebat mana jika tidak bersatu.
Semoga kita semua saling bersatu padu tolong menolong antara satu sama lain untuk meningkatkan lagi prestasi ke arah kebaikkan.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya
[Surah al-Mâidah]