TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.






TAZKIRAH : PENJARA BAGI KITA, NIKMAT DI SANA

TAZKIRAH : PENJARA BAGI KITA, NIKMAT DI SANA

Dunia itu penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ »
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Sahih Muslim menerangkan,
“Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari pelbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika dia mati, barulah dia rehat dari hal itu. Kemudian dia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, dan mendapatkan peristirahatan yang jauh dari segala sifat kekurangan.Manakala orang kafir, dunia yang mereka perolehi sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi.”
Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan,
“Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga.”
Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.

TAZKIRAH : NIKMAT HUJAN

TAZKIRAH : NIKMAT HUJAN

Waktu turunnya hujan adalah waktu emas untuk kita berdoa.

Sebahagian orang ketika memperhatikan hujan, ada yang sampai kegelisahan. Apatah lagi jika turunnya hujan dirasakan seolah-olah mengganggu aktivitinya, mungkin ada mesyuarat, temu janji atau yang lainnya. Sehingga ada yang mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh. Padahal jika kita merenung dan memahami hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, waktu hujan turun adalah saat mustajabnya doa, maksudnya doa kita semakin mudah dikabulkan oleh Allah.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni mengatakan, ”Dianjurkan untuk berdo’a ketika turunnya hujan, sebagaimana diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ
Dua doa yang tidak akan ditolak: [1] doa ketika adzan dan [2] doa ketika ketika turunnya hujan.
(Hadis Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)

Doa yang amat baik dibaca kala itu adalah memohon diturunkannya hujan yang bermanfaat. Doa yang dipanjatkan adalah,
اللَّهُمَّ صَيِّباً ناَفِعاً
Allahumma shoyyiban naafi’aa [Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat].

Itulah yang Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ucapkan ketika melihat turunnya hujan. Hal ini berdasarkan hadits dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ « اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ibnu Baththol mengatakan, ”Hadis ini menganjurkan kita untuk berdoa ketika turunnya hujan agar kebaikan dan keberkahan semakin bertambah, begitu juga semakin bertambahnya banyak kemanfaatan.”

Semoga dengan turunnya hujan membuatkan kita semakin bersyukur, bukan mengeluh. Manfaatkanlah moment tersebut untuk banyak memohon segala hajat pada Allah Ta’ala berkaitan urusan dunia dan akhirat. Jangan sia-siakan kesempatan untuk mendoakan kebaikan diri, isteri, anak, kerabat serta kaum muslimin lainnya.






TAZKIRAH : AKHLAK MULIA

TAZKIRAH : AKHLAK MULIA

Dalam sebuah nasihat berharga Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Dzar disebutkan,

اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Ikutilah kejelekan dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskan keburukan tersebut dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Di antara faedah hadis ini disebutkan oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah dalam Kitab Al Fawaid:
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menggabungkan antara takwa dan berakhlak yang mulia. Kerana takwa akan memperbaiki hubungan antara hamba dan Allah, sedangkan berakhlak yang mulia memperbaiki hubungan antara sesama manusia. Takwa pada Allah mendatangkan cinta Allah, sedangkan akhlak yang baik mendatangkan kecintaan manusia.”

Perhatikanlah faedah yang berharga ini. Milikilah selalu sifat takwa dan akhlak yang mulia. Mohonlah selalu pada Allah sifat yang demikian.

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى
“Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina.”
Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina.
(Hadis Riwayat Muslim)

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’
Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar.
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Moga faedah ilmu yang sederhana ini bermanfaat.









Tudung Pucci


Sekarang viral tudung bawal pucci. Dulu mula-mula keluar, rm29 tak silap. Pastu jumpa seller jual rm19, rm18, rm15..harini jumpa rm13!!

Mamajura tengok semalam kat pasar malam rm12 saja.

Kalau saya sebagai pembeli saya mestilah suka kan dapat beli yang murah! . Tapi kalau saya menjual... awak-awak yg menjual ape rasa..

TAPI percaya tak lg sebulan dua dah takde dah yang nk jual tudung tu. Sebab apa? Seller jual murah sangat sampai hampir harga kos! Korang seller ke nak buat amal? Kalau nak buat amal, bg je free terus. Senang!

Macam ni la fenomena yang selalu terjadi kpd produk2 melayu, bila seller melayu. Fikir shortcut. "Aku kena jual murah baru ada orang beli! Rezeki masing2!"

Hellooooo...
Kan lagi indah kalau sume orang jual harga yang sama. So siapa yang customer contact, itu baru rezeki dia. Bukan dengan cara bagi diskaun!

Harini jual bawal pucci dengan harga murah, esok lusa org dah tak nak beli sebab tak ada value dah. Pastu korg cari lagi produk yg viral, jual lagi murah..tak penat ke?

Saya perasan yang selalu jual murah ni dia hanya jual produk bermusim. Actually bukan produk tu bermusim, tp sbnrnye dia yang bunuh produk tu tanpa dia sedar!

#copypasteedit

TAZKIRAH : SYUKUR BUKAN HANYA UCAPAN ALHAMDULILLAH

TAZKIRAH : SYUKUR BUKAN HANYA UCAPAN ALHAMDULILLAH

Syukur yang tepat, bukan hanya pandai mengucapkan alhamdulillah. Sudah semestinya, syukur itu diwujudkan dalam amalan.
Cuba perhatikan ibarat syukur yang diungkapkan oleh Ibnul Qayyim,
“Syukur itu dengan hati, dengan tunduk dan merasa tenang. Syukur itu dengan lisan, dengan memuji dan mengakui. Syukur itu dengan anggota badan, iaitu dengan taat dan patuh pada Allah.” -(Kitab Madarij As-Salikin, 2: 246)
Seorang yang dikenali dengan sifat zuhud di masa silam, iaitu Abu Hazim menyatakan tentang bersyukur dengan anggota badan adalah,
“Engkau menahan anggota badanmu dari maksiat dan engkau gunakan dalam ketaatan pada Allah.”
Abu Hazim juga berkata,
 “Siapa saja yang bersyukur dengan lisannya, namun tidak bersyukur dengan anggota badan lainnya, itu seperti seseorang yang mengenakan pakaian. Ia mengambil hujung pakaian saja, tidak ia pakaikan seluruhnya. Maka pakaian tersebut tidaklah manfaat untuknya untuk melindungi dirinya dari cuaca sejuk, panas, salji dan hujan.” - (Kitab Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 84)

Semoga jadi renungan berharga di pagi ini.


Primer best yang murah.


Mamajura nak tanya, u ols nak ratakan foundation, pakai apa? 

Siapa jawab jari jemari yang mulus? Mengaku cepat?

Sebenarnya, mamajura pun buat perangai gitu. Rasa macam dah rata dan cun habis dengan kehabisan jejari mungil ini.

Sekali bila belajar dgn cikgu Nurfarahdina Hamdi kata "haippp, nda bulih gitu bah. Tu salah tu. Tu jaman dulu jak guna" Sekali salah daa. Ingat tangan dah gebus dan mungil ni menjamin keserataan. Rupanya nan ado! 

Teknik mamajura selama ni salah. 

"Oooooooooooo salah, Padan tak lawa-lawa" 6 harkat oooooooo tu. Teknik kelaut.

Rupanya kena guna sponge ala-ala telur rebus atau foundation brush. Ye la, dulu tahu toothbrush, toiletbrush n blusherbrush je. Rupa-rupanya foundation pon ada brush. 

Brush foundation best tau dan ada beberapa jenis. Baru rata. Tapi mamajura lagi suka guna oval brush. Rasa macam kena dengan jiwa mamajura. Kadang-kadang tu ada juga la guna sponge telur rebus tu 😀

Pergi je kedai, tanya foundation brush. Lepas tu pilih lah ikut selera dan budget yang ada di poket.

Kalau beli tu, risau satu benda je la, berus oink oink 🐷. Jadinya, sila cari brush yang sintetik atau bulu kambing okay.

Berus bulu manusia belum ada lagi, kalau ada pun..rasa seram je nak guna. Baik pinjam bulu kaki buat berus. Kikikikiki.

Yang nak lawa tapi belum lawa,
Mamajura a.k.a Izura Mohamad Sobri