DEMAM PETUNJUK AWAL PENYAKIT BERBAHAYA




Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau.

Ianya membantu untuk anak-anak dapat rawatan awal tanpa berlengah. 

Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah -:



🤒 Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi

🤒 Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya

🤒 Sawan

🤒 Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)

🤒 Muntah atau cirit birit yang berterusan

🤒 Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan

🤒 Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)

🤒 Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan

🤒 Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas

🤒 Bengkak pada sendi-sendi

🤒 Demam yang berpanjangan

🤒 Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi

Pengambilan Mealshake dan Vit C Chewable Shaklee membantu anak-anak terhindar dari demam dan selsema.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : WAJAH KEMATIAN

TAZKIRAH : WAJAH KEMATIAN

Masih saya ingat pesan ulama, salah satu cara untuk mengingatkan diri kepada kematian ialah dengan mengenangkan saudara, sahabat atau kenalan terdekat yang telah meninggal dunia. Bayangkan wajah mereka. Kenangkan detik-detik terakhir bersama mereka. Dulu dia yang ada di sisi, kini tiada lagi. Itu sesungguhnya akan menginsafkan.
Pesan ulama itu lagi, “jika mereka telah pergi, resapkan ke dalam hati mu sendiri bahawa kau juga pasti menyusul. Ingat mati itu ‘zikir yang senyap’. Apabila hati semakin keras, keinginan dan godaan untuk melsayakan dosa kian membuak-buak, ingatlah mati… hati mu akan lembut kembali.”
Bila direnung wajah kematian, terasa sangat aneh dan misteri. Betapa ada insan yang dirasakan  akan hidup lama, tetapi mati dengan tiba-tiba. Dan betapa ada insan yang dijangka tidak mempunyai harapan lagi, tetapi mampu terus bertahan dan hidup lebih lama. Cerita mati, cerita yang misteri. Detik tibanya ajal adalah rahsia seni Ilahi. Terlindung, tanpa dapat ditebak. Tersembunyi, tanpa dapat diagak. Itulah wajah kematian, pemutus segala kelazatan, mencantas  impian dan harapan.
Dari diari kehidupan ku sendiri, saya cuba mencoret beberapa kisah tentang wajah kematian.
I.
Saya mulakan dengan cerita pertama, mesejnya: Bagaimana mati itu pemutus segala cita-cita dan harapan:
“Bagaimana ustaz, apakah wajar tindakan saya ini?”
Saya senyum, lalu saya tepok bahunya.
“Tahniah. Kamu anak yang baik, “ kata saya sambil merenung wajah kacaknya. Pemuda yang bekerja sebumbung dengan saya itu turut tersenyum. Jelas terpancar kelegaan pada wajahnya. Dia begitu pasti dengan keputusannya.
Hati saya turut berbangga. Masakan tidak, betapa masih ada seorang pemuda muslim yang rela menangguhkan perkahwinannya demi memberi laluan untuk keselesaan ibu yang dikasihinya.  Sudah semakin sukar untuk kita temui pemuda yang begitu.
“Ibu dan keluarga telah lama berkorban untuk membesar dan mendidik saya. Sekarang, saya pula ingin memberi sedikit kesenangan buat ibu yang telah tua. Bimbang, tidak sempat.  Jadi, saya ambil keputusan menangguhkan sementara perancangan pernikahan saya. Tidak lama… hanya lebih kurang 6 bulan. Apa pendapat ustaz?”
“Sudah istikharah?”
“Sudah…”
“Bagaimana dengan hati mu? Sudah tetap?”
“Hati saya tetap. Tak berbelah bagi. Kebajikan ibu perlu saya dahulukan.”
Begitulah antara isi perbualan kami sepanjang masa rehat menjelang solat Zuhur di surau tempat kami bekerja. Saya sudah menganggapnya seperti anak sendiri, walaupun kesempatan berbual seperti itu cuma datang sekali-sekala. Kami sering sahaja berpapasan, bertukar senyuman dan bertegur sapa. Tapi luar biasanya, perbualan kami tengah hari itu sangat mengesankan. Itulah kali pertama perbualan kami seserius itu. Dia meminta pandangan tentang dilema dirinya.
Namun, tidak sampai sebulan kemudian, tiba-tiba pada saat saya memandu menuju masjid untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan itu, terdengar suara seorang sahabat di hujung talian…menyampaikan berita tentang pemergiannya. Dia meninggal  dunia serta-merta di tempat kejadian apabila motosikal yang dipandunya bergeser dengan sebuah lori. Saya sangat terkejut. Selepas solat maghrib saya terus bergegas ke hospital…dan setelah menunggu beberapa ketika, baru dapat menatap wajah jenazah yang sudah siap dibedah siasat. Pucat sekali…
Tidak dapat saya bayangkan apa agaknya reaksi ibu dan bakal isterinya. Sehingga ke hari ini, apabila teringat sahaja perbualan terakhir kami berdua , air mata saya akan terus mengalir. Izrail, telah mendahului cita-cita dan cintanya! Saya mendoakan niat baiknya akan diberi  ganjaran oleh Allah. Di sisi Allah segala niat baik akan kesampaian. Bukankah Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa niat orang mukmin itu lebih baik daripada amalnya?
II.
Mari saya kongsikan cerita kedua. Mesejnya, mati itu menamatkan semua persoalan dan jawapan.
Dia seorang ahli kumpulan nasyid yang mencipta sejarah  Tanah Air. Saya rapat dengannya lama sebelum dia mencapai tahap populariti seperti itu. Namun, dek pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan, hubungan kami semakin jarak. Bukan disebabkan oleh apa-apa salah faham atau masalah, tetapi hanya kerana kesibukan dan bidang kerja kami yang berbeza. Dia dalam dunia hiburan Islamiknya. Saya pula sibuk melsayakan pelbagai kerja – pada satu masa, daripada bertugas sepenuh masa sebagai ko-kaunselor, menulis artikel dan skrip, mengambil upah menaip, membuat  serta menjual kuih-muih dan nasi lemak.
Walaupun saya pernah menulis beberapa lirik nasyid untuk kumpulannya lama sebelum mereka tersohor, tetapi cabaran menyara hidup keluarga pada waktu itu begitu getir.  Mungkin itu menyebabkan kami renggang. Ketika dia di puncak, saya masih merangkak.  Walaupun begitu… ada masanya dia masih sudi singgah di meja tepi jalan tempat isteri saya menjual nasi lemak. Menurut isteri, kemesraan dan budi bahasanya masih kekal seperti dulu. Hati saya tetap menyimpan hasrat, mudah-mudahan dapat lagi berbual mesra dengannya seperti dulu-dulu…
Entah apa sebabnya, pada satu malam, ketika bersiap-siap untuk menghantar anak ke kelas malam di sekolah berhampiran, telefon di rumah berdering. Terkejut, rupa-rupanya dia yang membuat panggilan.
“Boleh saya nak berjumpa ustaz sekarang? Ada hal penting yang hendak dibincangkan.”
 “Boleh…tapi saya perlu menghantar anak ke kelas malamnya dahulu,”jawab saya.
“Berapa lama tu?”
“InsyaAllah, lebih kurang 10 minit. Saya akan balik semula ke rumah.”
“Oklah,”jawabnya pendek.
Balik sahaja daripada menghantar anak, saya menunggu di tepi telefon. Saya belum mampu lagi memiliki telefon bimbit ketika itu. Saya menunggu dan terus menunggu. Ingin rasanya membuat panggilan, tetapi silap saya juga, tidak tahu nombor telefonnya. Malam itu berlalu tanpa panggilan darinya. Sekali-sekala saya menjenguk keluar tingkap kalau-kalau ada kereta yang singgah. Mana tahu, dia datang membuat kejutan.
Malam demi malam, hari demi hari, dan akhirnya beberapa bulan pun berlalu. Ingatan kepadanya cuma datang sekali-sekala terutamanya apabila telefon berdering. Diakah itu?
Tiba-tiba pada satu pagi, ketika berada di sebuah pusat latihan di tengah belantara, saya mendapat berita tentang pemergiannya. Dia mati mengejut ketika dalam perjalanan dari sebuah tugasan. Masih muda. Masih bertenaga. Masih membara dan menyala oleh jiwa kreatif dan inovatifnya dalam bidang yang diminatinya sejak lama. Namun maut, mana mengenal itu semua…Manusia merancang penuh harapan, Allah menentukan penuh kepastian.
Tanpa punya kenderaan dan kesempatan, saya yang berada jauh ketika itu hanya sempat mendoakan agar rohnya diampuni dan dikasihani Allah. Sehingga sekarang, hati saya masih tertanya-tanya, apakah perkara penting yang hendak dikongsinya bersama saya pada malam itu? Mengapa dia tidak membuat panggilan semula? Mengapa dia terus menyepi? Pelbagai tanda tanya terus ternganga tanpa siapa pun dapat menjawabnya hingga kini…
Maut, begitulah tabiatnya. Tidak tercepat, tidak terlambat, walau sesaat. Ia menamatkan semua persoalan dan meranapkan segala jawapan. Bila Izrail sudah memanggil, setiap insan akan sibuk dengan dirinya masing-masing tanpa sempat memikirkan sedikit pun hal-hal yang lain. Hari kematiannya itulah yang jauh lebih besar, dahsyat dan hebat berbanding hari-hari istimewa sepanjang kehidupan kita.
III.
Ini cerita terakhir, cerita yang menghiris hati ku sehingga kini. Mesejnya, mati tidak kenal erti tunggu dan nanti.
Dia dan saya bukan sekadar besan tetapi sudah menjadi semacam sahabat yang akrab. Jarang bertemu, kerana saya tinggal di tengah, dia pula…nun di Selatan Tanah Air. Namun sekali bertemu, kami jadi sangat mesra. Seperti adik dan abang. Setiap kali bertemu saya akan menjadi pendengar setianya. Mendengar cerita lamanya sebagai peneroka tanah pertanian yang asalnya hutan belantara. Berbekalkan sabit, cangkul, parang dan sebagainya dia menerangi hutan.
Di situlah dia membina ‘istana’ buat keluarga yang dicintainya. Di tanah itulah dia ‘bertarung’ dengan segala cabaran dan kesusahan. Duri, ular, binatang buas dan sebagainya.  Semuanya diceritakannya satu persatu. Kesusahan, apabila sudah menjadi kenangan, akan membuahkan satu kepuasan. Kepuasan itulah kemanisan. Sambil bercerita, dia akan sibuk menyuruh saya makan, minum dan menjamu apa sahaja untuk meraikan kedatanganku.
“Ustaz, saya tidak ada ilmu…yang ada cuma pengalaman. Saya bekerja pakai tenaga, pakai otot, ilmu agama sekadarnya, tetapi cukuplah itu untuk mengenalkan anak-anak kepada agamanya. Isteri sayalah yang banyak mengajar anak-anak. Dia lebih banyak ilmu daripada saya,” begitulah selalu kata-kata yang diulang-ulang kepada saya. Bila sudah tua, kita akan cenderung menceritakan kisah yang sama berulang-ulang. Orang tua tidak ada cerita baru, yang ada hanya cerita lama yang masih baru dalam kenangan dan ingatannya. Untuk menyayangi mereka… cukup hanya dengan mendengar!
Saya masih ingat kali terakhir bertemunya, dia telah begitu uzur. Tidak mampu lagi melangkah kecuali dalam jarak yang dekat-dekat. Tetapi kemesraan kami berdua tetap hangat. Sambil dia bercerita, saya urut-urut tangannya. Kulit dan otot yang kendur itu umpama kanvas yang telah melukiskan segala perjuangan dan pahit getirnya membina sebuah keluarga yang stabil dan berjaya seperti yang sedang dinikmati oleh anak-anak, menantu dan cucu-cucunya sekarang. Kadangkala dia menangis sambil bercerita. Saya hanya mampu menahan sebak di dada.
“Ayah sunyi. Ayah semakin uzur,” kata menantu lelaki saya apabila saya bertanya khabar tentang ayahnya . Saya diam, itulah juga yang mula saya rasakan sekarang. Sunyi…kerana tidak ada lagi berita, cerita atau langkah baru. Usia tua bagaikan satu ‘raptai’ untuk tinggal di alam Barzakh. Tanpa amal, solat, sedekah, Al Quran, sebagai pendamping… hidup ‘di sana’ pasti sunyi. Justeru, saya bukan sahaja memahami bahkan merasai, kesunyian besan saya itu. Lalu setiap kali ke Selatan, jika punya masa dan kesempatan, saya akan menziarahinya di daerah pedalaman itu.
Saya masih ingat lagi pada suatu program latihan dan kuliah saya ke Selatan waktu itu. Saya betul-betul dalam dilema.  Oleh sebab terlalu ingin bertemu, saya ada membayangkan kepada menantu lelaki yang saya akan singgah menziarahi ayahnya. Saya tahu itu khabar gembira dan sangat dinanti oleh ayahnya. Namun, setelah melihat jadual yang padat… seakan-akan mustahil untuk saya memenuhi hajat itu.
Bayangkan, selepas memberi kuliah pada waktu pagi sampai tengah hari, dan perlu bergerak ke lokasi agak jauh pada waktu petang, dan perlu kembali semula ke Kuala Lumpur untuk program pada pagi berikutnya.
“Beritahu ayah,  mungkin  kami tak dapat singgah kali ini,”beritahu saya kepada menantu melalui telefon. Teman yang menjadi pemandu di sebelah saya mengangguk-angguk sama.   Dia juga keletihan. Program kami sangat padat. Saya penat melaksanakan program latihan, memberi kuliah dan mengendalikan sesi soal-jawab, manakala dia pula letih memandu berjam-jam di samping mengendalikan semua peralatan teknikal.
“Tidak mengapa, 2 minggu lagi kita akan ada program lagi di selatan. Kita boleh ziarah nanti, insyaAllah,” ujar pembantu saya menyedapkan hati saya. Agaknya dia boleh membaca keresahan di wajah saya. Saya mengangguk perlahan. Tetapi, entah mengapa hati saya masih resah.
Malam itu setelah tamat program kami berkejar pulang ke Kuala Lumpur. Esoknya, awal pagi saya terus mengendalikan program lagi. Mujur tidak jauh. Di sekitar Lembah Kelang juga. Hari-hari berikutnya, program latihan terus kami kendalikan. Inilah rutin yang saya istilahkan sebagai ‘tidak sempat letih’… (untuk merasa letih pun tidak sempat.)
Seingat saya tidak sampai 4 hari selepas program di Selatan itu, tiba-tiba pada satu senja saya mendapat panggilan daripada menantu, “ayah sakit kuat. Sekarang sudah berada di hospital.” Bayangkan, saya mendapat panggilan itu sebelum masuk waktu maghrib dan saya dijadualkan akan memberi kuliah selepas itu. Untuk tidak menghampakan ahli jemaah yang begitu ramai datang (ada majlis kenduri sempena maulidur Rasul atau maal hijrah…saya sudah tidak berapa ingat), saya memberi kuliah juga. Cuma setengah jam…saya mohon pada pengerusi untuk segera bergerak ke Selatan.
Sebaik masuk ke dalam kereta yang telah sedia menunggu di perkarangan masjid, saya terus berkata, “jom kita terus ke Selatan!” Semua ahli keluarga yang ada di dalam kereta menyepi. Senyap dan bungkam. Tiba-tiba, anak seorang anak lelaki saya bersuara perlahan…tetapi sangat jelas didengar, “ayah, Pak cik telah meninggal dunia sebentar tadi!”
Semacam luruh seluruh anggota saya. Saya menangis teresak-esak. Sebak. Sungguh ini tidak saya jangka. Tidak saya pinta. Namun, siapalah saya…untuk mohon menangguhkan kematian orang lain sedangkan kematian sendiri pun nanti, pasti saya tidak mampu minta penangguhannya.
Apabila sampai di rumah Allahyarham beberapa jam kemudian, saya hadir seperti orang yang bersalah dan kalah. Saya tidak dapat menahan tangis sewaktu solat jenazah dan mengiringi jenazahnya ke pusara. Selain saat pemergian ibu mertua dan ayah saya sendiri, itulah saat yang paling sedih dalam hidup saya. Saya mula memikirkan, apalah yang saya cari dan buru dalam hidup ini? Apabila saya lihat liang lahad tempat wajahnya bersentuh tanah, saya terus menangis… kenikmatan walau sebesar langit dan bumi, segala-galanya akan berakhir di sini.
Lebih menyedihkan apabila saya mendapat berita dari seorang anaknya yang meluahkan, “ ayah sebenar-benar sangat sedih bila ustaz tak jadi datang. Dia berkata, tak apa ustaz tu sibuk….bukan senang dia nak atur masa…”
“… Tetapi walaupun setelah berkata begitu, ayah masih dan terus berharap. Dia bergerak sekali-sekala ke depan rumah dan matanya menoleh pandang ke jalan raya di hadapan rumah, kami tahu, dia masih berharap ustaz datang…dia masih terus menanti,”sambungnya lagi.
Lalu apa yang saya rasa sebagai insan yang paling malang? Menghampakan harapan orang sesungguhnya lebih menyakitkan. Rasa bersalah yang menusuk pedih hingga ke saat ini. Jauh di sudut hati, menjerit-jerit mahu meminta maaf…namun pada siapa? Di mana? Bagaimana?  Sungguh saya berjanji pada diri, saya tidak akan berani lagi ‘bermain-main’ dengan mati… yang tidak pernah mengenal istilah tunggu dan nanti.
Lalu, ketika saya menulis artikel ini, yakni ketika sunyi-sunyi sendiri, ketika mendidik diri supaya sentiasa mengingati mati, saya tulis peringatan buat hati sendiri:
“Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita tidak akan tega untuk terus bersengketa.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menghargai setiap pertemuan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan bersedia memaafkan bahkan melupakan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menekuni ketaatan dan meminggirkan kemaksiatan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan banyak memberi dan kurang menerima.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan memandang segalanya penuh cinta…penuh hiba! “  
Ah, itulah kisah saya dengan wajah-wajah kematian orang. Akan tiba jua masanya kisah kematian saya pula ditulis orang… sudikah?
sumber: Ust Pahrol Mohamad Juoi

Istimewanya produk Shaklee

Keistimewaan Produk Shaklee:

1. Shaklee diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat ini tertera pada setiap botol produk.

2. Produk Shaklee adalah mesra alam dan mudah diuraikan.

3. Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi & diproses secara semulajadi. Dan bukan vitamin sintetik.

4. Status halal Shaklee disahkan oleh badan islamik di US, iaitu ISA (Islamic Services of America) yang merupakan badan yang disahkan JAKIM & lebih strict daripada JAKIM sendiri.

6. Shaklee sangat menjaga standard kualiti produk. 

Sebagai contoh, polisi Shaklee lebih ketat dari US Food and Drugs Administration (FDA). Walaupun Shaklee adalah produk suplemen tetapi ia mengikuti garis panduan FDA,  bukan sekadar garis panduan dari Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA). 

DSHEA tidak memerlukan ujian klinikal tapi Shaklee melakukan ujian klinikal ke atas setiap bahan yang digunakan untuk memastikan tahap keselamatan, keberkesanan dan pemantauannya terhadap alam sekitar. 

Diiktiraf oleh jurnal-jurnal yang melakukan ujian terhadap produk-produk kesihatan seluruh dunia.

♥ Sangat berbaloi untuk jaga kesihatan dengan Shaklee.

Jom share dengan orang2 yang anda sayang.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Basikal mengurangkan kolesterol


Faedah yang amat baik bila kita berbasikal ialah boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik.

Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengembirakan , terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.

Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik.

Semasa anda berbasikal, bermakna anda membuat latihan untuk bahagian bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anearobik, tanpa latihan keras.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : DIDIK ANAK ERTI HIDUP

TAZKIRAH : DIDIK ANAK ERTI HIDUP

Bising dalam group Whatsapps PASTI anak saya. Seorang ibu mengadu anaknya selalu hilang alat tulis. Ibu itu minta guru-guru pantaulah anak-anak yang suka pinjam atau terambil supaya hantar semula kepada anaknya.
Kata beliau, anaknya tidak akan pergi sekolah selagi tidak cukup kelengkapan alat tulis. Jadi, setiap hari beliau terpaksa beli baru untuk lengkapkan alat tulis.
Sahabat subahat, usia 5 dan 6 tahun adalah usia yang sangat bagus membina karakter dan mind set anak-anak.
Tanam dalam diri mereka erti hidup yang sebenar. Erti kehilangan sesuatu yang disayangi. Erti menggunakan apa yang ada demi mencapai matlamat dan tujuan. Erti berusaha menjaga hak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Satu hari, anak saya sedang melukis. Dia tersilap lukis lalu mahu memadamkannya. Dia datang mengadu. Saya arahkan dia ambil gelang getah di dapur.
Gelang getah diikat pada batang pensel. Saya tunjukkan cara memadam menggunakan gelang getah itu. Anak itu nampak kagum.
Di situ dia dapat belajar sesuatu. Apabila datang masalah fikirkan solusinya segera, tidak perlu siasat apa-apa. Kedua, dia belajar erti guna apa yang ada untuk laksanakan kerja. Walhal, ada sedozen pemadam yang saya simpan. Ketiga, dia dapat belajar sesuatu yang baru.

sumber penulis: Ahmad Saifuddin Yusof

Tidur BOLEH kurus?

 



Dengan memiliki tidur yang cukup ianya secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu memiliki berat badan yang sempurna.

Jika anda mahu kelihatan lansing, sebenarnya anda perlu juga merancang waktu tidur anda lebih awal dari biasa.

Pengkaji di University of Chicago menemukan bahawa orang yang diet dengan waktu tidur yang baik,  lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. 

Kajian juga mendapati, orang yang kurang  tidur lebih cepat lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika kita mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : PESAN AYAH

TAZKIRAH : PESAN AYAH


Abah terdengar jeritan dari bilik anak gadisnya. Disusuli dengan tangisan sayu. Lantas dia bangun. Menuju ke bilik anaknya. Ketuk pintu bilik anaknya.

“Kenapa ni? Boleh abah masuk?”

Anaknya masih menangis di dalam.

“Tak boleh… Tak boleh…”

Anak gadisnya itu dikuasai emosi. Tak mampu berfikir dengan baik kala itu. Abahnya segera dapat menangkap isi cerita.

“Lelaki yang kamu suka tempoh hari tu, dah tinggalkan kamu ke?”

Raungan makin kuat kedengaran dalam bilik. Si abah masih berdiri di hadapan pintu bilik yang berkunci. Nampak seperti tekaannya tepat pada sasaran. Seketika, si anak mulai berbicara dalam sendu tangisnya.

“Salah ke kalau saya gemuk berisi? Apa hina sangat ke? Saya tak minta pun badan cepat naik macam ni!

Lelaki semua sama saja! Nak yang cantik! Nak yang solid! Nak yang slim!

Yang tak seberapa macam saya ni, tak fikir panjang terus tolak buang macam tak ada harga!”

Abah duduk bersandar di depan pintu anaknya. Dia tahu anaknya itu berada di sebalik pintu sana melalui bayang di bawah pintu.

“Tahu tak, kita tak perlu jadi kurus atau cantik pun? Yang lebih penting adalah sihat. Agama tak suruh jadi kurus atau jadi terlalu gemuk.

Agama suruh jaga kesihatan supaya senang beribadah. Hambakan diri pada Allah.”

Anaknya menjawab,

“Tu Allah nak. Tapi, lelaki tak nak.

Lelaki nak yang cantik bergaya slim ramping!”

Abah mendengar luahan si anak. Menjawab kembali,

“Andai badan yang cantik kuruslah yang lelaki itu kejarkan, kenapa nak lagi lelaki begitu? Kerana sudah jelas, terang bersuluh, hatinya tidak pada hatimu. Cuma bernafsu pada lekuk tubuhmu.

Menyintai seseorang yang tiada perasaan pada kita, ibarat tanam batu dalam tanah dengan harapan ianya bercambah menjadi pokok yang subur. Memang taklah.”

Dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13, Allah berfirman,

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 
— Al-Hujuraat, ayat 13

Abah sambung berbicara,

Bukan siapa yang lebih cantik, siapa lebih kurus, siapa lebih slim, siapa lebih menawan dan menarik hati dan mata yang memandang. Tetapi siapa yang lebih bertakwa antara kamu.

Andai lelaki itu mahukan tubuh slim semata-mata, adakah dia lelaki bertakwa? Jawabnya tidak.

Dia biar kamu sakit, kamu terseksa, kamu sengsara hati, diet sampai tak makan, gastrik jatuh sakit, makan pil itu dan ini yang mudaratkan organ semata-mata untuk kurus seperti kehendaknya, semata-mata demi memenuhi nafsu keinginannya, adakah ini tanda takwa?

Jawabnya tidak. Cuma lelaki bayangan syaitan. Nafsu menguasai dirinya.”

Anaknya menangis lagi. Namun, tangisannya kian mereda.

“Tapi abah, saya cintakan dia.”

Abahnya cuma tersenyum di balik pintu, seraya berkata.

“Bila benar cinta, dia takkan sanggup buatmu terluka. Andai benar dia mahu kamu terlihat kurus cantik, maka lamarlah dari tangan wali ini. Dari abah.

Kemudian, ketika perjalanan menuju nikah atau selepas nikah, dia sendiri yang berikan sokongan, dorongan kepada calon isterinya untuk berubah.

Mengurangkan obesiti. Mengurangkan lemak. Dengan bersenam dan sebagainya. Ikutlah apa namanya, diet atkins ke diet gaya kevin ke. Asalkan sihat dan tidak beri tekanan.

Bukan dengan mendera hati dan perasaan. Tapi dengan beri galakan dan sokongan dengan mesra dan memahami jiwa.

Dia yang menjadi trainer. Dia yang bersama dalam setiap susah dan rintangan sepanjang proses kuruskan badan.

Dia nak kamu terlihat cantik, dialah yang usahakan sehabis dayanya. Hendak cantik perlukan usaha dan sokongan. Bukannya petik jari atau seru saja, hatta mengarah bagaikan bos. Dia bukan bos sebelum akad.

Abahlah bos kamu sebelum akad.”

Suasana sepi seketika. Pintu dibuka. Si anak keluar dari biliknya. Peluk bapanya dengan sendu tangis.

“Abah..sakitnya hati ini..”

Abahnya menenangkan.

“Abah faham. Hidup ini ujian. Dengan ujian inilah yang akan lebih matangkan kamu. Supaya kamu tidak lagi jatuh dalam lubang berbisa yang sama untuk kedua kalinya.

“Lelaki yang ‘keras hati’ dan kasar pada kamu, tak elok dijadikan suami.

Nabi s.a.w. pesan:  
“Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut, dia adalah luput dari segala kebaikan.” 
— Hadis Riwayat Muslim

Biarlah tak kurus badan hingga jatuh sakit. Asalkan tak kurus iman. Hati berpenyakit.

 
Sumber Penulisan: Muhammad Rusydi