TAZKIRAH : DUNIA ITU PENJARA ORANG BERIMAN

TAZKIRAH : DUNIA ITU PENJARA ORANG BERIMAN

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ »
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.
(Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah dalam Kitab Syarh Shahih Muslim menerangkan, “Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari pelbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintahkan untuk melakukan ketaatan. Ketika iameninggal dunia, barulah dia dapat berehat dari hal itu. Kemudian dia akan memperolehi apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan yang kekal tanpa penghujungnya.

Adapun bagi orang kafir, dunia yang ia perolehi sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapat azab (siksa) yang kekal abadi.”

Al-Munawi rahimahullah dalam Kitab Mirqah Al-Mafatih menjelaskan, “Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan perkara yang disukai syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akanmereka berada di syurga.”

Jadi bersabarlah seketika sahaja di dunia ini dari melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah dengan menahan diri sebaiknya dan kekal istiqamah mengamalkan ketaatan. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat nanti pasti kita akan memperolehibalasannya.

Semoga bermanfaat.




Migrain teruk.

Bila sebut migrain boleh dikatakan ianya sering dialami oleh ramai orang. Tapi tahukah anda bahawa Migrain ini sangat merbahaya jika dibiarkan.

Antara bahaya yang boleh menyerang penghidap migrain ialah

1. STROKE
Migrain merupakan salah satu gejala sakit kepala yang juga dapat mengganggu fungsi Otak.

2. SAKIT JANTUNG
Ya, penyakit jantung merupakan salah satu jenis penyakit yang berbahaya dan boleh menyerang jika dibiarkan migrain anda tanpa rawatan.

3. VERTIGO
Migrain juga boleh menyebabkan gejala vertigo.
Bahaya sering migrain yang kemungkinan dapat Vertigo merupakan suatu kedaan  dimana anda rasa pusing dan tidak selesa.

4. LUKA PADA OTAK
Berlaku luka atau pendarahan di otak juga boleh menyebabkan anda kerap diserang migrain. Ianya sangat bahaya kerana luka pada otak boleh mengundang pelbagai penyakit.


Bagi anda yang mengalami masalah migrain, pengambilan Ostemetrix dan Bcomplex sangat-sangat membantu meredakan rasa tegang dan kesakitan kepala.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Ketawa penawar duka.

Selalu kita dengar orang cakap senyum tu sedekah kan. Haa tapi hari ni nak cerita pasal ketawa pula.
Banyak manfaat ketawa ni sebenarnya, antaranya ialah:

 Dapat mengurangkan stress
 Mampu memperbaiki aliran dan tekanan darah
 Jangan tak tahu ketawa juga merupakan satu senaman.
 Ketawa juga dikatakan dapat meningkatkan ketahanan tubuh
 Ketawa pastinya dapat menghilangkan kesakitan
 secara tidak langsung ketawa meningkatkan kemahiran bersosial
 Dengan ketawa akan menyebabkan kita menjadi lebih tenang dan kurang agresif
 Ketawa juga memberi tenaga kepada organ dalaman
Tapi dulu masa sekolah, selalu kan dengar kawan-kawan cakap jangan ketawa lebih-lebih nanti ilmu keluar. Hahahahah. Apa pun biarlah berpada.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : DOA KETIKA DIPUJI

TAZKIRAH : DOA KETIKA DIPUJI

Apa yang kita lakukan ketika orang memuji diri kita?
 Imam Al-Ghazali rahimahullah mengatakan, “Orang yang dipuji hendaklah berwaspada, jangan sampai dia akhirnya terjatuh dalam sifat kesombongan, ujub dan bentuk akhlak buruk yang lain.  Seseorang dapat menyelamatkan diri dari akhlak yang buruk tadi hanya dengan mengetahui hakikat keadaan dirinya. Hendaklah kita renungkan akan bahaya jika berada dalam akhir hidup yang tidak baik. Hendaklah juga kita waspada akan bahaya riya’ dan terhapusnya amalan. Hendaklah kita mengenali diri sendiri di mana orang yang memuji pun tidak mengenal kita sedalam dalamnya. Kalaulah orang yang memuji itu tahu aib dan keburukan yang ada pada diri kita, tentunya dia tak akan memuj.” (Ihya’ Ulum Ad-Diin, 3: 236)

Ibnu ‘Ajibah rahimahullah juga mengatakan, “Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak bagi mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. Ada ulama yang mengatakan, ‘Barangsiapa yang begitu gembira dengan pujian manusia, syaitan pun akan merasuk dalam hatinya.’“ (Lihat Iqazh Al-Himam Syarh Matn Al-Hikam, Ibnu ‘Ajibah, hlm. 159, Mawqi’ Al-Qaraq, Asy-Syamilah)

Dalam hadis disebutkan bahwa Al-Miqdad pernah menyiramkan kerikil di wajah seseorang yang memuji Usman bin ‘Affan, lantas Usman bertanya pada Miqdad, kenapa engkau melakukan seperti itu. Miqdad menjawab bahawa dia pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتُمُ الْمَدَّاحِينَ فَاحْثُوا فِى وُجُوهِهِمُ التُّرَابَ
Jika kalian melihat orang-orang yang suka memuji maka siramkanlah pasir ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Ada ulama yang mempraktikkan hadis ini secara tekstual seperti yang dilakukan oleh Al-Miqdad. Ada juga ulama yang memaknakan, celalah orang yang memuji tersebut. Ulama lain menyatakan bahawa maksudnya adalah kita berasal dari tanah, maka bersikap tawadhu’lah (rendah hati) dan jangan sampai ujub. Namun Imam Nawawi melemahkan penafsiran terakhir ini. (Lihat Syarh Shahih Muslim, 18: 107)

Para ulama katakan, kalau ada yang memujimu, bacalah doa seperti berikut.

Ketika dipuji, Abu Bakr berdoa,

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ
Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
[Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka] (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al- Iman, 4: 228, no.4876. Lihat Jaami’ Al-Ahadits, Jalaluddin As-Suyuthi, 25: 145, Asy-Syamilah)

Sebagaimana disebutkan Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Auza’i mengatakan bahawa ketika seseorang dipuji oleh orang lain di hadapan  wajahnya, maka hendaklah ia mengucapkan doa di atas.

Semoga bermanfaat.







Nafas berbau

NAFAS BERBAU buat kita hilang mood nak bercerita. Kalau boleh nak cepat-cepat habiskan ayat dan berlalu pergi.

Ramai yang mempunyai masalah nafas berbau ni, tapi mereka tak ambil langkah mengatasinya.

Hari ini saya kongsikan tips dan cara untuk elakkan nafas berbau;
1. Gunakan ubat gig berflorida untuk kawal karang (plak) gigi dari bersarang.
2.    Pilih ubat gigi pudina kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan rongga hidung. Kesannya ia akan kurangkan atau hilangkan nafas berbau dan menyegarkan pernafasan.
3.    Gunakan dental floss (banyak terdapat di farmasi) untuk membersihkan lebihan makanan yang terselit di celah gigi. Makanan terkumpul yang tidak dibersihkan akan bertindak balas dengan enzim air liur dan yang menyebabkan nafas berbau.
4.    Berhati-hati memilih makanan. Elakkan makanan yang terlalu banyak bawang, bawang putih, makanan dengan kandungan lemak yang tinggi dan minuman beralkohol.
5.    Makan ulam yang tak meninggalkan bau seperti ulam raja, pegaga, dan pucuk gajus. Elakkan makan ulam yang berbau kuat seperti petai dan jering.
6.    Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan pernafasan (seperti Listerine).
7.    Petua tradisional juga boleh diamalkan untuk menghilangkan nafas berbau seperti mengunyah cengkih atau minum air rebusan kacang hijau.
8.    Waktu pemakanan yang tak teratur atau terlalu lama berlapar juga merupakan menyebab nafas berbau kerana apabila lapar, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan dan akan menghasilkan bau busuk.
9.    Jangan lupa memberus lidah kerana lidah mengumpulkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria dan ini akan menyebabkan nafas berbau. Anda boleh menggunakan tongue scraper untuk membersihkan lidah.
Pengambilan Alfalfa Complex selain sebagai detokfikasi bau ia juga membantu menyegarkan nafas dan sekali gus mengatasi mulut dari berbau.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty
a

Fast food

KANDUNGAN SEBENAR MAKANAN SEGERA

 BURGER DAGING
•Mengandungi 4 gram lemak tulen.
•Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12.
•Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
         
 AYAM GORENG
• Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak)
• Banyak garam.
• Ramai yang suka ayam goreng segera.
•la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6.
•Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

 KENTANG GORENG
• French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C.
• Terlalu banyak lemak dan garam.
• Warna keemasannya adalah tiruan.

 SUSU KOCAK ( SHAKE )
• Susu ini bercampur udara dan air.
• Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi.
• la juga mengandungiperisa dan pewarna kimia.
• Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

 MINUMAN BERASASKAN KOLA
• Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula.
• Pewarna kimia dan kafein.
• Nilai makanannya kosong.

 GARAM
• Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari.
• Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi.
• Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

 GULA
• Kebanyakan makanan segera amat manis.
• Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna.

 SERAT
• Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah.
• la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus.
• Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat.
• Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam.
• Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis.
• Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

 VITAMIN DAN ZAT GALIAN
• Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera.
• Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.
• Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng.
• Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty
a




Tazkirah : Ubat hati

TAZKIRAH : UBAT HATI

Bagaimana cara mengubati hati yang sakit, yang sedih, yang gelisah?
Imam Nawawi dalam kitab At Tibyan fii Adabi Hamalatil Qur’an menjelaskannya:
Ibrahim Al Khowash berkata, ubat hati itu ada lima:
1- Membaca Al Qur’an dan tadabbur (merenungkannya)
2- Rajin mengosongkan perut (dengan gemar berpuasa)
3- Mendirikan solat malam (solat tahajud)
4- Merendahkan diri di hadapan Allah (dengan doa dan zikir) di akhir malam (waktu sahur)
5- Bermajlis (bergaul) dengan orang-orang soleh.

Semoga Allah menganugerahkan kita hati yang bersih dan selamat dari hasutan syaitan.