Kopi

BERITA BAIK UNTUK PENGEMAR KOPI


TAHUKAH ANDA Kopi Baik Untuk Kesihatan Mata. Kajian terbaru yang dimuatkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry mendapati minum secawan kopi setiap hari dapat menjaga mata dari kebutaan dan kerosakan dalam penglihatan yang disebabkan dari degenerasi (kemerosotan) retina. 
Maklumat ini dilaporkan oleh laman Times of India.

Degenerasi retina boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah glaukoma, penuaan, dan diabetes. Faktor tersebut mempengaruhi retina dalam menurunkan fungsinya. Dalam retina mata tersimpan berjuta-juta sel yang sensitif kepada cahaya sel penyokong lain. Dari retina, maklumat visual diterima dari lingkungan dan kemudian ditetapkan.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Sahabat selamanya

TAZKIRAH : SAHABAT SELAMANYA

Allah dan Rasul-Nya memerintahkan kita memiliki teman, rakan atau sahabat yang baik. Apa manfaatnya?

Allah Ta’ala berfirman,

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap wajah-Nya.”  (QS. Al-Kahfi: 28)

Diriwayatkan dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Seseorang yang duduk (berkawan) dengan orang soleh dan orang yang buruk akhlaknya umpama bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Pemilik minyak wangi tidak akan merugikanmu; engkau boleh membeli (minyak wangi) darinya atau sekurang-kurangnya engkau mendapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, sekurang-kurangnya engkau mendapat baunya yang tidak begitu baik.”
(Hadis Riwayat. Bukhari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi  wa sallam bersabda,

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Seseorang akan mencontohi kebiasaan sahabat karibnya. Oleh kerana itu, perhatikanlah siapa yang akan menjadi sahabt karib kalian.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Imam Al-Ghazali rahimahullah pernah mengatakan, “Bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang kedekut, akan mengakibatkan kita juga terjangkit sikap tangkai jeringnya. Sedangkan bersahabat dengan orang yang zuhud, membuat kita juga ikut zuhud dalam masalah dunia. Kerana memang asalnya seseorang akan mencontohi sahabat yang dekat dengannya.” (Kitab Tuhfah Al-Ahwadzi, 7: 94)

Teman yang soleh dapat mempengaruhi kita untuk menguatkan iman dan terus istiqamah kerana kita akan terpengaruh dengan kelakuan baiknya hingga semangat untuk beramal. Sebagaimana kata pepatah Arab,

الصَّاحِبُ سَاحِبٌ
“Sahabat itu ialah yang boleh menarik (mempengaruhi).”

Ahli hikmah juga menuturkan,
يُظَنُّ بِالمرْءِ مَا يُظَنُّ بِقَرِيْنِهِ
“Seseorang itu dapat dinilai dari orang yang menjadi sahabat dekatnya.”

Para ulama pun selalu menasihati agar kita selalu dekat dengan orang soleh.

Al-Fudhail bin ‘Iyadh berkata,

نَظْرُ المُؤْمِنِ إِلَى المُؤْمِنِ يَجْلُو القَلْبَ
Pandangan seorang mukmin kepada mukmin yang lain akan mengilapkan hati.
(Kitab Siyar A’lam An- Nubala’, 8: 435)

Maksud beliau adalah dengan hanya memandang orang soleh, hati seseorang dapat kembali segar. Oleh sebab itu, jika orang-orang soleh dahulu apabila mereka kurang semangat dan tidak segar dalam ibadah, mereka pun akan menziarahi orang-orang soleh yang lainnya.


Manfaat Berteman dengan Orang Soleh

1- Dia akan mengingatkan kita untuk beramal, juga saat terjatuh dalam kesalahan.
Yang menjadi dalil teman soleh akan selalu mendokong kita dalam kebaikan dan mengingatkan kita dari kesalahan, lihat kisah persaudaraan Salman dan Abu Darda’ berikut.

Dari Abu Juhaifah Wahb bin ‘Abdullah berkata, “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda’. Tatkala Salman bertandang (ziarah) ke rumah Abu Darda’, dia melihat Ummu Darda’ (istri Abu Darda’) dalam keadaan mengenakan pakaian yang serba kusut. Salman pun bertanya padanya, “Mengapa keadaan kamu seperti itu?” Wanita itu menjawab, “Saudaramu Abu Darda’ sudah tidak mempunyai hajat lagi pada keduniaan.”

Kemudian Abu Darda’ datang dan ia membuatkan makanan untuk Salman. Setelah selesai Abu Darda’ berkata kepada Salman, “Makanlah, kerana saya sedang berpuasa.” Salman menjawab, “Saya tidak akan makan sebelum engkau pun makan.” Maka Abu Darda’ pun makan. Pada malam harinya, Abu Darda’ bangun untuk mengerjakan solat malam. Salman pun berkata padanya, “Tidurlah.” Abu Darda’ pun tidur kembali.

Ketika Abu Darda’ bangun hendak mengerjakan solat malam, Salman berkata padanya lagi, “Tidurlah!” Hingga pada akhir malam, Salman berkata, “Bangunlah.” Lalu mereka solat bersama-sama. Setelah itu, Salman berkata kepadanya,

إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا ، وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا ، وَلأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا ، فَأَعْطِ كُلَّ ذِى حَقٍّ حَقَّهُ
Sesungguhnya bagi Rabbmu ada hak, bagi dirimu ada hak, dan bagi keluargamu juga ada hak. Maka penuhilah masing-masing hak tersebut.“

Kemudian Abu Darda’ mendatangi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menceritakan apa yang baru saja terjadi. Beliau lantas bersabda, “Salman itu benar.” (Hadis Riwayat. Bukhari)

2- Dia akan mendoakan kita dalam kebaikan.
Dari Shafwan bin ‘Abdillah bin Shafwan –isterinya adalah Ad Darda’ binti Abid Darda’-, beliau mengatakan,

“Aku tiba di negeri Syam. Kemudian saya bertemu dengan Ummu Ad-Darda’ (ibu mertua Shafwan) di rumah. Namun, saya tidak bertemu dengan Abu Ad-Darda’ (bapak mertua Shafwan). Ummu Ad-Darda’ berkata, “Apakah engkau ingin menunaikan haji tahun ini?” Aku (Shafwan) berkata, “Iya.”

Ummu Darda’ pun mengatakan, “Kalau begitu doakanlah kebaikan pada kami kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,”

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendoakan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Tatkala dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Aamiin. Engkau akan mendapatkan sama seperti dengan saudaramu tadi.”

Shafwan pun mengatakan, “Aku pun bertemu Abu Darda’ di pasar, lalu Abu Darda’ mengatakan sebagaimana isterinya tadi. Abu Darda’ mengatakan bahwa dia menukilnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
(Hadis Riwayat Muslim)

Saat kita tasyahud, kita seringkali membaca bacaan berikut,

السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ
Assalaamu ‘alainaa wa ‘ala ‘ibadillahish shalihiin (ertinya: salam untuk kami dan juga untuk hamba Allah yang soleh).”

Disebutkan dalam lanjutan hadits,

فَإِنَّكُمْ إِذَا قُلْتُمُوهَا أَصَابَتْ كُلَّ عَبْدٍ لِلَّهِ صَالِحٍ فِى السَّمَاءِ وَالأَرْضِ
Jika kalian mengucapkan seperti itu, maka doa tadi akan tertuju pada setiap hamba Allah yang soleh di langit dan di bumi.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Solihin adalah bentuk plural dari soleh. Ibnu Hajar berkata, “Soleh itu bermaksud,

الْقَائِم بِمَا يَجِب عَلَيْهِ مِنْ حُقُوق اللَّه وَحُقُوق عِبَاده وَتَتَفَاوَت دَرَجَاته
“Orang yang menjalankan kewajipan terhadap Allah dan kewajipan terhadap sesama hamba Allah. Kedudukan soleh pun bertingkat-tingkat.”
(Kitab Fath Al-Bari, 2: 314).

3- Sahabat dekat yang baik akan dibangkitkan bersama kita pada hari kiamat.
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

قِيلَ لِلنَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ « الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ »

“Ada yang berkata pada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ada seseorang yang mencintai suatu kaum, namun ia tak pernah berjumpa dengan mereka.’ Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, ‘Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang ia cintai.’”
(Hadis Riwayat Bukhari)


Semoga Allah memberikan kita sahabat yang baik dan soleh di dunia dan akhirat.

TAZKIRAH : JOM HIJRAH!

TAZKIRAH : JOM HIJRAH!



Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhubeliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap manusia pernah berbuat salah. Namun yang paling baik dari yang berbuat salah adalah yang mahu bertaubat.

(Hadis Hasan Riwayat: Tirmidzi no. 2499; Ibnu Majah, no. 4251; Ahmad, 3: 198)



Kata Ibnu Rajab dalam Fathul Barinya, yang dimaksud at-tawwabun adalah:


أَيْ الرَّجَّاعُونَ إِلَى اللَّهِ بِالتَّوْبَةِ مِنْ الْمَعْصِيَةِ إِلَى الطَّاعَةِ .

“Orang yang mahu kembali kepada Allah dari maksiat menuju ketaatan."

Maksudnya, mahu berhijrah dari lembah kemaksiatan pada masa lalu dan menjadi lebih baik pada saat ini.



Tentu saja hijrah tersebut haruslahtulus kerana Allah …


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).”

(Surah At Tahrim: 8)



Ibnu Katsir menerangkan mengenai taubat yang tulus sebagaimana diutarakan oleh para ulama, “Taubat yang tulus iaitu dengan menghindari dosa untuk saat ini, menyesali dosa yang telah lalu, bertekad tidak mengulangi dosa itu lagi di masa akan datang. Lalu jika dosa tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ia harus menyelesaikannya atau mengembalikannya.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 7: 323).



Siapa saja yang hendak berhijrah, pasti Allah akan menerima hijrahnya.



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Az Zumar: 53).



Bagaimana Agar Dapat Istiqamah dalam Berhijrah?

Ingatlah, jika kita memperoleh istiqamah, itulah suatu kurniaan yang besar dari sisi Allah. Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah disampaikan oleh muridnya Ibnul Qayyim dalam Madarij As-Salikin,

أَعْظَمُ الكَرَامَةِ لُزُوْمُ الاِسْتِقَامَةِ

“Karamah yang paling besar adalah dapat terus istiqamah.”



Cara agar dapat terus istiqamah adalah:



1.       Harus dimulai dengan niat yang ikhlas.

2.       Meninggalkan maskiat dahulu yang dilakukan.

3.       Bertekad untuk jadi lebih baik.

4.       Mencari lingkungan pergaulan yang baik.

5.       Berusaha untuk terus menambah ilmu melalui majlis-majlis ilmu.

6.       Memperbanyakkan doa.



Bila kita perlu berhijrah?

Allah Ta’ala menyeru kita,



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
(Surah Ali Imran: 133)



Dalam ayat di atas disuruh bersegera bertaubat. Ini bermaksud disuruh pula untuk segera meninggalkan maksiat dan raihlah ampunan Allah. Ini juga mempunyai maksud yang sama yang berisi perintah untuk segera berhijrah.



Imam Asy-Syaukani dalam Fath Al-Qadir menyatakan,

سارعوا إلى ما يوجب المغفرة من الطاعات

“Bersegeralah meraih ampunan Allah dengan melakukan ketaatan.”



Semoga kita memperoleh semangat untuk terus berhijrah menjadi lebih baik mulai hari ini dan akhirnya terus istiqamah.

Chia seeds

Hai semua.
Trend kan minum atau makan chia seeds ni. trend sebab perkataan cia cia cia pon ada kan ;) u ols beli chia seeds kat mana? saya beli kat giant je. Kat tempat timbang-timbang serbuk kari bagai. Saya rasa situ paling murah. 100gm rm7.50 je.

eh, tak perlu la packing cantik-cantik ke. Beli je kat giant tu. balik tuang dalam Tupperware ke bekas sendiri. JIMAT.

Hari ni saya siap dah cerita mengenai chia seeds yang kita perlu tahu.
JOM saya SHARE.

Bismillah..


Chia seeds.

Chia seeds di kenali sebagai “superfood” atau “very-very versatile food”
Pertama kali dikomersialkan di Guatamela, Mexico.
Dalam bahasa Mayan bermaksud STRENGTH atau RUNNERS FOOD.
Dalam bahasa Nahuatl bermaksud oily atau berminyak. Dan juga dikenali sebagai GOLDEN CHIA.
"Runners food" kerana pada zaman dahulu, pelari dan wira akan memerlukan chia seeds sebagi tenaga semasa berlari jarak jauh atau semasa berjuang atau berperang.



Apa yang terkandung dalam CHIA SEEDS ni?



~Chia seeds kaya dengan omega-3 fatty acids malah lebih tinggi dari kandungan minyak dalam minyak ikan. WOW
~Linolenic asid juga. Baik untuk hormone wanita.
~Kaya dengan Vitamin B, thiamine, niacin, riboflavin, folate, calcium, iron, magnesium, manganese, phosphorus, dan zinc.
~Kaya dengan Vitamin A B E dan D.
~Juga sebagai anti-oksida yang baik.

·         Dietary fiber (11g – 42% nilai harian disyorkan))
·         Protein (4.4g – 9% nilai harian disyorkan))
·         Omega-3 fatty acids (4915 mg)
·         Omega-6 fatty acids (1620 mg)
·         Calcium (77 mg – 18% nilai harian disyorkan))
·         Copper (0.1 mg – 3% nilai harian disyorkan))
·         Phosphorus (265 mg – 27% nilai harian disyorkan))
·         Potassium (44.8 mg – 1% nilai harian disyorkan))
·         Zinc (1.0 mg – 7% nilai harian disyorkan)


Sifat-sifat Chia Seeds
Menyerap air 12kali ganda dari saiz sebiji chia seeds. Ia akan membentuk rupa seakan gel di dalam air. Dan kita akan rasa seakan berlendir. Mungkin itu lagi mengukuhkan sebab yang Chia Seeds boleh menyebabkan seseorang itu terasa lebih penat dan letih bila makan Chia seeds ini. Kekurangan air kan. So, kita kena minum air banyak-banyak.


Keperluan harian
Hanya 1 sudu besar sehari untuk tenaga selama 24jam.


Kebaikan Chia Seeds

1. Kulit & Penuaan

Chia seeds mempunyai kepekatan jumlah fenolik semulajadi (antioksidan) hampir dua kali lebih tinggi dan aktiviti antioksidan telah ditunjukkan untuk menghentikan sehingga 70% daripada aktiviti radikal bebas.

Ini adalah bahawa chia seeds kaya dengan antioksidan semulajadi. Antioksidan mempercepatkan sistem pembaikan kulit, dan mencegah kerosakan yang lebih teruk. Pengambilan chia seeds juga boleh mencegah penuaan kulit pra-matang disebabkan oleh keradangan kerosakan radikal bebas.

Nak cantik lebih, tepek chia seeds kat muka. Tapi jangan lupa cuci tau, nanti orang ingat kita banyak tahi lalat hidup pulak. hehehehe.



2.Sistem penghadaman yang lebih baik

Chia seeds tinggi dengan serat. Chia seeds membantu menggalakkan kekerapan membuang air besar dan najis yang sihat. Kandungan serat yang kaya dengan chia seeds juga membantu kita merasa lebih penuh lebih cepat kerana ia menyerap sejumlah besar air dan segera mengembang dalam perut apabila dimakan.

Ini dapat menjelaskan mengapa kajian klinikal telah membuktikan bahawa chia membendung kelaparan dan menyekat selera makan, yang juga boleh membawa kepada penurunan berat badan.

Juga apabila dimakan, chia seeds membuat bahan gelatin seperti di dalam perut. tindakan gel membentuk Ini adalah kerana serat larut dalam biji chia dan ia boleh bekerja sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan probiotik dalam usus.

Extra bonus kalau nak kurus ;)



3.Kesihatan Jantung

Chia seeds boleh mengurangkan keradangan, mengawal kolesterol dan mengawal tekanan darah. Selain itu, risiko mendapat aterosklerosis adalah rendah.

Chia seeds  adalah tinggi dalam linoleik, asid lemak yang membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak A, D, E dan K.

Chia seeds juga mengandungi Omega-3 asid lemak daripada ikan salmon, malah lebih tinggi dari kandungan lemak minyak ikan . Omega-3 untuk melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan darah, kolesterol tidak baik, dan keradangan. Keradangan boleh meletakkan tekanan pada saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 

Jadi dengan memakan chia seeds anda boleh meningkatkan dan melindungi jantung anda!
Saya juga makan Omega Guard Shaklee.



4. Mencegah dan memulihkan Diabetic

Chia seeds boleh membantu mencegah gangguan metabolik seperti dyslipidemia (lemak yang berlebihan dalam darah) dan rintangan insulin - yang adalah dua faktor dalam pembangunan diabetes.

Ujian klinikal di lakukan keatas tikus A yang sihat dan diberi makan Chia Seeds dan tikus B yang disuntik supaya ada penyakit kencing manis dan diberi Chia seeds.
(Saya tak pasti dalam bentuk apa chia seeds tu, mungkin bentuk serbuk ke, atau di sumbat dalam cheese ke, hehehe. tak sure.)

Dan keputusan selepas 3 bulan, tikus A bebas diabetic. dan surprisingly, tikus B juga.

Jom makan Chia Seeds. Baru sebab ke-4 dah mula rasa nak makan setong chia seeds.



5.Tingkatkan Tenaga & Metabolisme anda

Pengambilan chia seeds boleh mempertingkatkan prestasi senaman untuk senaman yang berlangsung 90 minit.

Ujian yang dijalankan, pelari A minum Gatorade. pelari B minum separuh Gatorade n campur separuh chia seeds. Keputusannya, masa yang diberikan sama.

So, energy mereka sama. Dah boleh la kurangkan minum Gatorade tu. Minum Performance Drink lagi bagus. Kandungan gula yang lebih selamat.



6. Tulang yang kuat

Dalam chia seeds ada kandungan kalsium, magnesium dan Vitamin D.
barulah ada tulang dan gigi yang sihat.




7. Membina otot & Kurangkan Berat

Chia seeds adalah sejenis tumbuhan yang berdasarkan protein. Ini merupakan satu lagi sebab benih super ini adalah besar untuk mengambil untuk mereka yang cuba untuk meletakkan pada otot tanpa lemak, membakar lemak, dan mengimbangi tahap gula dalam darah.

Chia seeds kaya dengan antioksidan untuk membantu menggantikan beberapa nutrien hilang semasa bersenam. Mereka tinggi kandungan mineral penting seperti kalsium, fosforus, magnesium, mangan, tembaga, zink, besi dan niasin.

Salah satu ciri-ciri yang membuat chia seeds begitu unik adalah bahawa ia boleh menyerap sehingga 12X beratnya sendiri di dalam air. Oleh kerana itu, chia seeds boleh memanjangkan penghidratan dan meningkatkan penyerapan nutrien elektrolit. 

Ini juga melambatkan pencernaan dan membolehkan anda sentiasa berasa kenyang lebih lama mengurangkan ketagihan gula. Ini part yang paling saya suka ;)

Dan kerana chia seeds juga tinggi zink, mereka membantu meningkatkan badan anda leptin. Leptin adalah hormon utama yang mengawal badan anda selera makan, bagaimana badan anda menghabiskan tenaga dan mengawal bagaimana tahap tenaga anda! Ia juga meningkatkan stamina dan daya tahan, membuat chia seeds satu sumber pemakanan jika anda sedang mencari untuk mendapatkan dalam bentuk.



8. Mencegah kanser Payudara dan Kanser Serviks

Chia seeds kaya dengan asid alpha lineic (atau ALA) yang merupakan asid lemak Omega-3.
Kajian mendapati, ALA menyebabkan kematian sel sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel yang sihat. Walaupun lebih banyak kajian masih perlu dilakukan untuk mengetahui implikasi mendalam ALA di lain-lain jenis kanser, ini adalah satu penemuan yang hebat untuk wanita bergelut dengan jenis semakin biasa kanser. Nauzubillah..



9. Kesihatan gigi

Chia seeds yang penuh dengan kalsium, fosforus, Vitamin A dan zink, tidak hairanlah bahawa mereka adalah makanan utama untuk membantu gigi anda! Kalsium adalah blok bangunan gigi anda dan diperlukan untuk kesihatan gigi.

Zinc menghalang tarter dengan menjaga plak daripada MINERALIZING ke gigi anda dan mempunyai kesan anti-bakteria yang menyimpan kuman nafas berbau jauh. Vitamin A dan fosforus juga penting bagi gigi yang kuat dan mulut yang sihat.

Keburukan Chia Seeds
Kadang-kadang sesetengah orang mungkin mengalami ketidakselesaan perut apabila memakan chia seeds terutama dalam jumlah yang besar disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi. Seperti mana-mana makanan, makan secara sederhana dan sentiasa minum air yang banyak kecuali merendam benih anda.



Bagaimana nak makan/minum chia seeds?

Rendam chia seeds, hanya campuran mereka dalam 1:10 nisbah chia kepada air. 
Itulah kira-kira 1.5 benih sudu chia dalam satu cawan air. Ia tidak perlu untuk menjadi tepat, tetapi kalau u ols mahu rupa macam gel dan tidak terlalu berair, biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga 2 jam.


Sejak chia seeds boleh memegang air sehingga 12 kali beratnya dalam air, ia bagus untuk mengelakkan dehidrasi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menyerap mereka, maka mereka juga boleh menyerap air daripada anda semasa penghadaman. Jadi pastikan anda minum banyak air sepanjang hari untuk menjaga tubuh anda terhidrat.

So, u ols dah tahu kandungan. kebaikan. keburukan dan cara nak makan/minum chia seeds kan.


Rumusan saya berdasarkan pembacaan saya di Wikipedia dan blog ini di bawah
https://authoritynutrition.com/11-proven-health-benefits-of-chia-seeds/
https://draxe.com/chia-seeds-benefits-side-effects/


Terima kasih kerana sudi membaca.