Energy booster

Cuaca panas kering sudah tiba. Hujan pon sikit-sikit saja. Tak sempat menyejukkan bumi.
Google punya google, jumpa gabungan mantap Energizing Soy Protein bergabung dengan Performance Drink.
Tak fikir panjang try sebotol. Perghh! Nikmat sangat rasanya. Yang best tu tekak ni rasa basah je walaupun cuaca panas terik.
Tenaga luar biasa sepanjang masa.
#ESP + #PD = Pembekal Tenaga terbaik abad ini.
Tak percaya? Tak cuba mana tahu.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : DOSA ITU MENGGELISAHKAN DIRI

TAZKIRAH : DOSA ITU MENGGELISAHKAN DIRI

Kebaikan selalu mententeramkan jiwa dan kejahatankan selalu menggelisahkan jiwa. Itulah realiti yang ada pada umumnya manusia.

Dari cucu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, Al Hasan bin ‘Ali, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
Tinggalkanlah yang meragukanmu dan beralihlah pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.[1]

Dalam lafaz lain disebutkan,
فَإِنَّ الخَيْرَ طُمَأْنِيْنَةٌ وَإِنَّ الشَّرَّ رِيْبَةٌ
Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan keburukan selalu mendatangkan kegelisahan.[2]

Dalam hadits lainnya, dari Nawas bin Sam’an, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan keburukan (dosa) adalah sesuatu yang menggelisahkan jiwa. Ketika keburukan tersebut dilakukan, tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.[3]

An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Dosa selalu menggelisahkan dan tidak menenangkan bagi jiwa. Di hati pun akan nampak tidak tenang dan selalu khawatir akan dosa.”[4]

Adakalanya jika seseorang dalam keadaan kebingungan, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan bertanya pada hatinya, apakah perbuatan tersebut termasuk dosa ataupun tidak. Ini terjadi tatkala hati dalam keadaan gundah gulana dan belum menemukan bagaimanakah hukum suatu masalah. Beliausallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasihatkan pada Wabishoh,

اسْتَفْتِ نَفْسَكَ ، اسْتَفْتِ قَلْبَكَ يَا وَابِصَةُ – ثَلاَثاً – الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِى الصَّدْرِ وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ
Mintalah fatwa pada jiwamu. Mintalah fatwa pada hatimu (beliau mengatakannya sampai tiga kali). Kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan menentramkan hati. Sedangkan kejahatan (dosa) selalu menggelisahkan jiwa dan menggoncangkan hati.[5]

Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah menjelaskan, “Hadis Wabishoh dan yang sama makna dengannya menunjukkan agar kita selalu merujuk pada hati ketika ada sesuatu yang merasa ragu. Jika jiwa dan hati begitu tenang, itu adalah suatu kebaikan dan halal. Namun jika hati dalam keadaan gelisah, maka itu bererti termasuk suatu dosa atau keharaman.”[6]
Ingatlah bahawasanya hadits Wabishoh dimaksudkan untuk perbuatan yang belum jelas halal atau haram, termasuk dosa ataukah bukan. Sedangkan jika sesuatu sudah jelas halal dan haramnya, maka tidak perlu lagi merujuk pada hati.

Demikianlah yang namanya dosa, selalu menggelisahkan jiwa, membuat hidup tidak tenang. Jika seseorang mencuri, menipu, berbuat kecurangan, korupsi, melakukan dosa besar bahkan melakukan suatu kesyirikan, jiwanya sangat susah untuk tenang.

Lalu bagaimana jika ada yang melakukan dosa malah hatinya begitu tentram sahaja?

Jawabnya, bukan perbuatan dosa atau maksiat dibenarkan. Yang benar adalah itulah keadaan hati yang penuh kekotoran, yang telah tertutupi dengan noda hitam kerana tidak kunjung berhenti dari maksiat. Allah Ta’ala berfirman,
كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.”
(Surah Al Muthoffifin: 14).

Jika hati terus tertutupi kerana maksiat, maka agak sukar mendapatkan petunjuk dan melakukan kebaikan.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.”[7]

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ
Allahumma inni as-aluka fi’lal khoiroot, wa tarkal munkaroot.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan berbagai kebajikan dan meninggalkan berbagai kemungkaran.[8]

 

[1] HR. Tirmidzi no. 2518 dan Ahmad 1/200. At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[2] HR. Al Hakim 2/51 dalam Mustadroknya. Al Hakim mengatakan bahwa hadits ini sanadnya shahih. Adz Dzahabi menegaskan bahwa hadits ini shahih.
[3] HR. Muslim no. 2553.
[4] Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, Yahya bin Syarf An Nawawi, Dar Ihya’ At Turots, 1392, 16/111.
[5] HR. Ad Darimi 2/320 dan Ahmad 4/228. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini dho’if. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan lighoirihi. Lihat Al Irwa’ no. 1734.
[6] Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali, Darul Muayyid, hal. 304.
[7] Ad Daa’ wad Dawaa’, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1424 H, hal. 107.
[8] HR. Tirmidzi no. 3233, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.

Energy Soya Protein

ESP sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi. Di ambil dengan campuran oat dan buah-buahan kering.
Ada juga yang rajin, blend kurma, oat dan ESP sebagai menj sarapan pagi.
ESP sebenarnya pemberi tenaga segera. Ia dapat membekalkan tenaga segera dan tingkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Slip disc


DERITA SLIP DISC SEORANG TEMAN
Saya kongsikan kembali kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat derita suaminya yang diserang slip disc. Ceritanya begini
"Dah 2 hari tengok suami lebih banyak berbaring. Bila ditanya "abang ok ke?"
Dia cakap ok. Selalu pagi-pagi dah ke pejabat kami sampai ke sebelum maghrib baru balik. Kadang lepas isyak pergi lagi sambung kerja sampi ke 1 pagi.
.
.
Almaklumlah, itu shoplot yang kami beli hasil titik peluh bisnes selama ni. Semangat nak siapkan pejabat lain macam. Nak pula kami berdua dah fulltime bisnes, suami tekad nak buat sendiri biar puas hati.
.
.
80% kerja siapkan ofis suami buat sendiri, dari pasang karpet, tiles, kabinet, wiring lampu kipas, wiring aircond sampai ke table top pantry. Cuma yang upah orang pasang partition ofis dan pasang aircond.
.
.
Tapi 2 harini dia banyak berbaring. Bila didesak baru mengaku dia sakit amat dibelakang. Ku kira kesan daripada dia mengangkat bahan binaan, simen, batu kecil, tiles dan pasir dari tingkat bawah naik ke ofis. Dan posisi cangkung yang lama semasa pasang tiles.
.
.
Allah, masa tu bergerak pun macam robot. Dapat dilihat dari raut wajah dia menahan sakit semasa bergerak. Suamiku ni jenis tahan sakit. Kalau sakit sikit-sikit jangan harap nak mengadu. Kali ini nampaknya teruk benar.
.
.
Aku paksa suami ke hospital. Lagi 3 hari nak balik sambut Chinese New Year! Dia tak mampu bergerak pantas. Nak turub tangga pun bertatih. Naik kereta pun pintu dibukakan. Aku drive ke AmanJaya Specialist.
.
.
Doktor mengarahkan  menjalanlan x-ray untuk melihat keadaan tulang belakang. Kali pertama menolak suami atas kerusi roda perasaan bercampur aduk. Hati berdoa moga Allah beri kesembuhan pada suami.
"Bagaimana kalau keadaan makin teruk?"
"Semuanya akan ok, insyaAllah"
Perasaan bimbing dan pengharapan berlawan dibenak.
.
.
"Encik Imran berehat di hospital 2-3 malam ya" kata doktor selepas meneliti xray.
"Kami nak balik sandakan ni doktor, tiket semua dah beli" balas suami.
"Tulang ni ada lari sikit. En Imran tak boleh angkat berat dan kena banyak berehat"
Lepas berbincang doktor basi 1 dos injection tahan sakit dan benarkan suami berehat dirumah.
.
.
Pulang rumah ku paksa minum VIVIX dengan dose yang lebih dari selalu. Sudahnya kami balik ke Sandakan juga. Dia membawa dirinya dengan memakai "Back Support" . Ku korbankan menggalas beg dan menguruskan anak-anak yang aktif. Yang sebelum ini sampai angkat handbeg ku pun dia yang angkat! Kali inj, Mengangkat beg yg berat 3kg pun tak mampu.
.
.
3 hari beliau tak boleh tinggal pain killer. Bisa sakit belakang macam tikaman padu. Supplement ViVix diteruskan. Alhamdulillah selepas 2 minggu, nampak perubahan yang ketara. Lepas sebulan kejadian baru ku izinkan suami sambung semula kerja tergendala di ofis sambil berbakul-bakul pesan.
.
.
Alhamdulillah, Allah penyembuh. Hingga sekarang Suami setia dengan vivix walau dia culas makan supplement lain.
.
Alhamdulillah, itulah kisah cinta suamiku dengan Vivix."
Alhamdulillah, dengan izin Allah Vivix menjadi asbab si suami kekal sihat kembali. Tiada apa yang mengembirakan bila melihat insan tersayang kembali sihat
Anda atau kenalan anda menderita Slip Disc. Hubungi saya untuk konsultasi percuma.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Tips melancong.

13 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG
==================================
✈️ RANCANG PERBELANJAAN

Rancang perbelanjaan sebaiknya. Sediakan duit untuk hotel, makan, petrol, shopping, dan sebagainya. Jangan melancong tanpa wang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga orang lain.

✈️ PAKAIAN DAN KEPERLUAN
Ia mudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran.Sebagai contoh,anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi.Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.
Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita

✈️ PASPORT
Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.

✈️ TEMPAH TIKET PENERBANGAN
Disarankan untuk memempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.
Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti.
'Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.

✈️ PETA
Penting lebih2 lagi jika anda baru pertama kali ke tempat tersebut. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara.Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.

✈️ INITERY PERJALANAN
Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap.
Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah samapi ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.
Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai.
Anda hanya perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.

✈️ KENDERAAN
Jika gunakan kenderaan yang dipandu(kenderaan sendiri) pastikan dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin,tayar dan lain-lain
.
✈️ PENGURUP WANG
Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaanya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi.
Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.

✈️ BAHASA
Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara, belajarlah sedikit asas bahasa dan dialek penduduk disitu. Amat membantu jika anda dalam kesusahan, untuk berinteraksi dgn penduduk serta untuk tawar menawar dalam urusan pembelian souvenir.

✈️ DUIT 'EMERGENCY'
Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini.
Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut

✈️AKSESORI WAJIB
Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan 'senjata' untuk anda bawa bersama. Seperti,
 Makanan segera, biskut dan roti
 Losyen
 Vitamin Shaklee
 Botol Air
 Selimut & Bantal
 Cermin mata
 ‘International Plug Adaptor’
 Kompas & sejadah
 Sweater
 Beli peta

✈️ DATANG AWAL KE AIRPORT
Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.

✈️ KESELAMATAN BARANG
Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak.


Jadi berhati-hati. Jangan kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.
SELAMAT BERCUTI

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Donut yang sedap.


Bila sebut donut, ianya memang menjadi pilihan utama kanak-kanak. Lagilah sekarang ni pelbagai jenama donut muncul dengan resepi tersendiri.
Donut antara pemanis mulut yang mengundang bahaya tanpa kita sedari. Kadar gula dalam donut bukan pilihan terbaik untuk anak-anak.
1 biji donut biasanya mengandungi 200kcal. Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal! Sebab tu kalau lebih sangat makan orang kata pipi dah macam donut.
Nak makan boleh, tapi biar berpada-pada.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Punca gemuk

5 TABIAT PUNCA GEMUK

 Elak Waktu Makan
Elak waktu makan akan meningkatkan lagi risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda skip meal atau tidak mengambil makanan, kadar metabolisma badan anda akan menurun. Sekaligus ianya akan melambatkan proses pembakaran kalori.
Seterusnya keadaan ini akan merangsang seseorang untuk berasa sangat lapar atau berada di dalam “starving mode”.
Maka, peratusan untuk anda mengambil makanan yang berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

 Minuman Bergas
Kajian mendapati bahawa seseorang yang minum 1 atau 2 tin minuman bergas sehari akan meningkatkan kadar punca kegemukan sebanyak 33%. Para penyelidik membuat teori bahawa pemanis tiruan akan meningkatkan selera makan seseorang.

 Makanan Rapu Dan Segera
Makanan rapu dan makanan segera biasanya mengandungi garam, lemak atau gula yang berlebihan yang mana turut meningkatkan lagi risiko kegemukan.

 Tidur Terlalu Banyak Atau Sedikit
Hasil daripada kajian Wake Forest, seseorang yang tidur melebihi 8 jam sehari akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 3 kali ganda. Manakala sekiranya tidur kurang daripada 5 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 2 setengah kali ganda.
Masalah tidur merupakan antara punca kegemukan yang utama.

 Makan Terlalu Cepat
Perut  mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapat makanan secukupnya. Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa tabiat ini turut menjadi punca utama kegemukan.
Betapa besarnya hikmah mengikuti sunnah Rasulullah SAW, kunyah makanan hingga hancur (dalam 40 kali kunyah), baru telan, kan? Bukan sahaja bantu ringankan proses penghadaman, maintain kurus lagi.
Lepas ni, kalau anda berhajat nak kuruskan badan, kenalah ubah tabiat pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat.
Boleh hubungi saya untuk dapatkan nasihat diet yang terbaik tanpa perlu berlapar.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty