TAZKIRAH: USAHA TANGGA KEJAYAAN

TAZKIRAH: USAHA TANGGA KEJAYAAN

Seorang saintis ilmuwan sedang menguji potensi dan kekuatan seekor tikus putih. Setiap pagi dia akan mengeluarkan seekor tikus putih pilihan dari kandang lalu memasukkannya kedalam suatu mesin kaca yang penuh dengan air. Saintis itu memerhatikan bagaimana si tikus itu berjuang untuk dapat tetap hidup.
Apabila tikus itu kelihatan sudah kehilangan tenaga dan mulai tenggelam lemas ke dasar air, maka dia segera menghulurkan tangannya lalu mengangkat tikus itu. Dia juga akan mencatat secara lengkap semua perkembangan selama satu minggu. Dari catatan tersebut dapat diketahui bahawa kekuatan dan ketahanan tikus di dalam air meningkat semakin baik dari hari ke hari.
Pada hari yang ke lapan, dia ingin kembali menguji lagi kekuatan dan ketahanan tikus. Tetapi sedang si saintis itu baru hendak memulakan pantauannya, telefonnya berbunyi. Dia berbincang agak lama dengan seseorang di telefon. Sedangkan tikus yang dilepaskan di dalam air tadi sedang berjuang di dalam air tetapi tikus itu sengaja tidak berusaha lebih keras kerana sudah seminggu terbiasa pastinya akan datang pertolongan dari saintis tersebut. Tetapi malangnya, saat itu si tikus benar-benar mati tenggelam karena saintis tersebut terlalu leka berbincang dengan rakannya.
Siapakah yang membunuh tikus itu? Jawapannya mungkin adalah disebabkan  fikiran tikus itu sendiri. Secara ilmiah, berdasarkan catatan perkembangan ketahanan dan kemampuan si tikus, saintis itu menilai sepatutnya tikus itu mampu bertahan lebih lama. Telah disebutkan bahwasanya kemampuan dan ketahanan tikus sudah cukup baik bahkan meningkat dari hari ke hari.
Tetapi kerana si tikus itu terlalu selesa dan hanya menunggu dan mengharapkan bantuan yang tak kunjung datang, maka ia pun tidak berusaha gigih dan akhirnya mati.
Kisah ini menginspirasikan kita bahawa setiap peningkatan kemajuan atau pencapaian seseorang selalunya didahului dengan tentangan dan cabaran. Bila kita sudah dapat menghadapi cabaran tersebut, dengan sendirinya kekuatan dan prestasi kita akan meningkat lebih maju. Pra syarat yang diletakkan supaya kita sentiasa dalam keadaan bersedia dan terus berusaha dalam mencapai kejayaan demi kejayaan dunia dan akhirat.

"Janganlah  kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
[Surah Al-Imran ayat 139]



Tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah bersabda:

“Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.”

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran hadis:
(1)     Hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang- kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.
(2)     Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.
(3)  Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.










Busuk nya badan


Kajian membuktikan bahawa bau badan lelaki boleh menghilangkan strees wanita. Akan tetapi kalau bau dah melampau sangat. Tak mustahil wanita disekeliling boleh pengsan.
Ramai lelaki ambil mudah tentang bau badan. Badan sado tapi ketiak hangit. Antara tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah bau badan keterlaluan ini dengan;
1. Elakkan penggunaan perfume di saat berpeluh
2. Mandi lemon
3. Minum air putih 2-3 liter sehari
4. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari
5. Jaga pola pemakanan. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak
6. Pakai deodorant dan wangian lelaki
Bau badan yang terlalu kuat boleh menganggu ketenteraman orang disekeliling.
Pengambilan alfalfa secara konsisten juga dapat mengatasi masalah bau badan ini. Selain itu mampu memberikan kuasa luar biasa pada mereka yang mengamalkannya.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tips elak muka ketat



Buka pintu, kelihatan muka En Suami masam mencuka. Nak tegur pun seram. Ermm mesti ada yang tak kenalah tu di pejabat.
Hilang mood nak bercerita tentang keletah anak-anak. Tak apa kita kasi dia cool dulu. Mungkin tips di bawah boleh bantu untuk En Suami segera tersenyum;
1. Zahirkan Rasa Belas
Sebagai isteri, harus faham situasi suami yang bekerja keras mencari nafkah menyara keluarga. Harus timbul rasa simpati dan faham dengan keadaan suami.
Ringankan mulut untuk ucapkan syukur dan terima kasih atas pengorbanan suami yang keluar pagi pulang adakalanya malam bekerja mencari nafkah.
2. Lemparkan Senyuman Mengoda
Sambut suami dengan senyuman paling manis. Bukan dengan kerutan dan wajah masam mencuka. Senyuman isteri penawar strees suami.
3. Tampil Menarik
Tidak perlu make up setebal 3-4 inci. Cukup u tuk kelihatan menarik dan tenang di mata suami. Bukan dengan baju kelawar, badan bau bawang, sanggul tinggi macam ibu berpantang.
Siap mandi dan tampil menarik sebelum suami pulang. Suami lebih suka melihat kecantikan natural si isteri.
4. Sediakan Keperluan Suami
Sebagai isteri pasti tahu apa keperluan suami. Ada yang pulang mahu dihidangkan minum oetang, ada yang mahu terus makan, aa yang mahu disiapkan kelengkapan mandi.
Sebagai isteri kenal pasti apa keperluan dan kesukaan suami sebaik sahaja pulang ke rumah.
5. Beri Ruang Untuk Berehat
Jangan diasak dengan soalan bertubi-tubi sebaik sahaja melihat kelibat suami di hadaoan pintu. Walaupun anda excited nak cerita macam-macam. Beri ruang seketika untuk suami berehat sebaik sahaja pulang dari pejabat.
Jangan mulakan pertengkaran.
6. Suasana Ruma Nyaman Dan Tenang
Kemas rumah dan jadikan suasana rumah tenang.
Ajak anak-anak kemas peralatan mainan dan mandikan anak siap-siap. Emosi suami boleh terganggu bila lihat rumah macam tongkang dengan anak yang comot.
Cara isteri menyambut suami pulang kerja merupakan momen penting bagi memastikan emosi suami berada dalam keadaan tenang dan mendamaikan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : JASA IBU AYAH

TAZKIRAH : JASA IBU AYAH

“Ayah saya tak sihat, dah berumur dah,” Eh. Saya terus terdiam. Amat jarang bagi kenalan saya seorang ini untuk bercerita tentang keluarganya. Mengenali beliau lebih tujuh tahun lalu, hidupnya memang tentang kerja. Cukup fokus.
Dia kemudiannya bangun dan menunjukkan gambar yang dihantar oleh adiknya di kampung. Gambar ayah yang sedang berbaring di beranda rumah. Yang menusuk hati ialah telefon bimbit di letakkan di dadanya.
“Anak-anak semua duk jauh, kita pula kerja banyak.. haih…” Air matanya bergenang.
“Bila jadi macam ni, dia mulala sakit-sakit. Kalau telefon dia tanya, hang bila balik? Hang balik tak minggu ni? Hang tak ada cuti ka? Kalau kita teruih jawab tak ada cuti, kerja banyak, sibuk, lagi dia sakit,”
Saya dan kawan lain mendengar sahaja. Beliau kemudian bangun dan meninggalkan kami. Suasana jadi sepi. Masing-masing teringatkan ayah sendiri.
Saya teringatkan kisah Allahyarham Yasmin Ahmad semasa filem beliau (Rabun) di calonkan di Itali satu masa lalu. Allahyarham membawa ibu bapanya ke sana juga. Pada waktu itu, Rabun adalah filem melayu pertama dicalonkan di festival filem di sana. Dan dia sendiri lihat ibu bapanya gembira. Kata beliau “bila kita gembirakan ibu bapa, ibu bapa kita akan sihat,”
Kawan-kawan,
Semasa kita kecil, bapa kita jarang-jarang kali meluah rasa rindu pada anak. Umur kita masih bayi, beliau akan sibuk dengan keringat membesarkan anak-anak dengan berusaha keras mencari rezeki. Waktu kita sedang belajar di ruang tamu rumah, ayah sekadar melihat dari jauh. Menghirup kopi dan menjenguk keadaan kita sahaja.
Masuk sahaja ke Universiti, kita lebih suka bertanya khabar melalui emak. Jika telefon, pasti telefon emak. Minta duit pun minta dengan emak. Dan emak akan menjadi orang tengah yang paling manis pernah wujud di dalam dunia. Semua permintaan yang diutus melalui emak kepada ayah akan diselesaikan dengan cara yang unik-unik. Jika tidak berduit pada waktu itu, tiba-tiba ada bantuan sampai.
Zaman dulu-dulu, kesusahan emak ayah dalam membesarkan kita itu perkara sebati. Perkara yang sentiasa mereka bersedia. Jika mereka ada sedikit duit lebihan, wang itulah yang akan disimpan dalam tin milo di belakang bekas beras. Susah bagaimanapun, duit itu tidak mungkin akan diguna. Kecuali, anak-anak yang sedang belajar, mahu beli itu ini. Tin itulah yang akan dibuka perlahan-lahan, dikira baik-baik dan dihantar kepada anak yang sedang kejauhan.
Hari ini, anak-anak kerja dengan penuh sibuk. Momen-momen ayah membesarkan anak bermain dalam kepala. Semasa kita belajar, baru nak mulakan hidup, berkahwin dan punya anak seorang dua, ayah masih lagi bergaya dan sihat untuk menaiki bas menjenguk kita. Selang lima ke enam tahun selepas itu, ayah mula banyak baring dan berehat-rehat.
Kadang-kadang penyakit yang datang itu bukannya sakit. Lebih lagi bila emak menelefon, “ayah kau tak berapa sihat tu, kerap demam sekarang,” Maka kita pun tergocoh-gocoh balik ke kampung. Melalui perjalanan lebih enam tujuh jam dan saat sampai sahaja ke rumah emak ayah, lihat ayah berdiri tercegat di hadapan pintu. Segar bugar menyambut cucu-cucu.
Hati kita pun berbisik, “ayah ni betul ke sakit?” Kita pun menghulur salam, mencium tangan. Dan lihat bibir ayah terketar-ketar memberi senyum dan mengusap kepala kita. “Balik pun hang,”
Itu bukan sakit kawan, itu rindu.
Mana mungkin seorang yang sudah berumur dan dah tak punya kudrat sanggup berbaring dengan ditemani satu gadget komunikasi di dadanya. Itu hanya rindu. Rindu mahu dengar suara anak-anak, lebih lagi melihat wajah itu yang sekarang sudah pun beranak pinak.
Gembiranya gembira yang sama semasa kita semua lahir dulu. Wajah kecil kita yang dicium-cium ayah setiap kali balik kerja dengan peluh yang ligat keluar, tangan kaki perut kita yang digeletek hingga kita terkencing ketawa, dan birat-birat badan kita yang dirotannya dengan penuh sesal waktu dulu untuk kita jadi manusia. Semuanya dia rindu.
Sungguh dia rindu.
Penulis:  Khairul Hakimin Muhammad

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
(Al Israa’, 17:24)


TAZKIRAH : MENJADI PENGHUNI SYURGA KERANA TIDAK HASAD

TAZKIRAH : MENJADI PENGHUNI SYURGA KERANA TIDAK HASAD

Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba beliau bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang laki-laki penghuni Syurga.’ Kemudian seorang laki-laki dari Anshar berjalan di hadapan mereka sementara bekas air wudhu masih membasahi janggutnya, sedangkan tangan kiri memegang kasutnya.
Esok harinya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kalian seorang laki-laki penghuni Syurga.’ Kemudian muncul lelaki semalam dengan gaya yang sama seperti hari sebelumnya.
Esok harinya lagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Akan lalu di hadapan kalian seorang lelaki penghuni Syurga!!’ Tidak berapa lama kemudian orang itu masuk sebagaimana keadaan sebelumnya; bekas air wudhu masih memenuhi janggutnya, sedangkan tangan kiri memegang kasutnya.
Setelah itu Rasulullah bangun dari tempat duduknya. Sementara Abdullah bin Amr bin Ash mengikuti lelaki tersebut, lalu ia berkata kepada lelaki tersebut, ‘Aku sedang mempunyai masalah dengan orang tuaku, aku berjanji tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari. Jika engkau mengizinkan, maka bolehkah aku akan menginap di rumahmu untuk memenuhi janjiku itu.’
Dia menjawab, ‘Silakan!’
Anas berkata bahawa Abdullah bin Amr bin Ash setelah menginap tiga hari tiga malam di rumah lelaki tersebut tidak pernah dia mendapati lelaki tersebut melakukan qiyamullail, melainkan hanya setiap kali terjaga dari tidurnya ia membaca dzikir dan takbir hingga menjelang subuh. Kemudian mengambil air wudhu.
Abdullah juga mengatakan, ‘Saya tidak mendengar ia berbicara, kecuali yang baik.’
Setelah menginap tiga malam, saat hampir saja Abdullah menganggap remeh amalnya, ia berkata, ‘Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak sedang bermasalah dengan orang tuaku, hanya saja aku mendengar Rasulullah selama tiga hari berturut-turut di dalam satu majlis beliau bersabda, ‘Akan lalu di hadapan kalian seorang lelaki penghuni Syurga.’ Selesai beliau bersabda, ternyata yang muncul tiga kali berturut-turut adalah engkau.
Oleh itu ingin aku berterus terang bahawa aku ingin menginap di rumahmu ini, untuk mengetahui amalan apa yang engkau lakukan, sehingga aku dapat mengikuti amalanmu. Sejujurnya aku tidak melihatmu mengerjakan amalan yang berpahala besar. Sebenarnya amalan apakah yang engkau kerjakan sehingga Rasulullah berkata demikian?’
Kemudian lelaki Anshar itu menjawab, ‘Sebagaimana yang kamu lihat, aku tidak mengerjakan amalan apa-apa, hanya cuma aku tidak pernah mempunyai rasa iri kepada sesama muslim atau hasad terhadap kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya.’
Abdullah bin Amr berkata, ‘Rupanya itulah yang menyebabkan kamu mencapai darjat itu, sebuah amalan yang kami tidak mampu melakukannya’.”
Sumber: Az-Zuhdu, Ibnul Mubarak.

Lelaki Sihat


1. Kadar denyutan jantung "resting heart rate" sekitar 70 bpm
2. Memiliki kuku yang merah dan kuat.
3. Air kencing berwarna kuning. Jika air kencing keruh dan gelap menunjukan tubuh anda kurang air.
4. Boleh lakukan 20 kali latih tubi. Nampak remeh, cuba lakukan 20 kali latih tubi tanpa rehat. Jika tidak mampu kemungkinan anda ada masalah kesihatan
5. "Membuang" setiap hari membuktikan proses detoksifikasi berjalan lancar.
6. Kawal kadar BMI. Dari ditu boleh tahu kategori tubuh berada di tahap mana. Sama ada terlalu kurus, sederhana, gemuk atau sebagainya.
7. Boleh bangun setiap pagi tanpa perlu kunci jam
8. Selepas 5 minit sesi kardio, denyutan jantung kembali normal
9. Boleh berlari 1.6 km dalam masa 15 minit
10. Tahu bila kali terakhir melakukan pemeriksaan kesihatan berkala tahunan


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty