Kebaikan ikan masin


TAHUKAH ANDA Ibu dalam pantang dilarang makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ibu digalakan mengambil ikan segar seperti Salmon, Ikan Merah, Ikan Yu, Ikan Jenahak, Ikan Haruan.
Haa ikan harian ni bagus juga u tuk bantu cepat sembuhkan luka. Tapi saya memilih Zink Shaklee untuk luka sembuh dengan lebih pantas dan tidak bahayakan kesihatan.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)‎), diambil dari perkataan solat (الصلاة‎) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

{هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا}

{Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43].
[Pamplet Selawat di: 17- Selawat Fadhilat & Kaifiat 2013. MBB
[Edisi Jawi diSelawat Sohihah 2013 -1434 – Jawi
Hukum berselawat.

Kelebihan Selawat:
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]



Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Meroyan


" Hidup bersama-sama ibu yang gila sangat-sangat menakutkan. Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat-sangat ketara.
Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci.
Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat-sangat penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak."
Perkongsian dari Puan Siti Aishah di Media Sosial satu ketika dahulu yang memberi pengajaran hebat pada wanita di luar sana.
Penjagaan di dalam pantang bukan sesuatu yang boleh diambil enteng. Darah  kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur  akan
menjadi darah beracun.
Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan  hormon  wanita. 
Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian  serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Pemakanan semasa berpantang sangat memainkan peranan penting. Ibu harus dapatkan cukup zat dan nutrisi bagi mengatasi masalah ini.
Antara nutrisi yang disyorkan adalah seperti:
 B-complex - B6, asid folik & B12 adalah nutrien penting bagi mengawal tekanan
 Vitamin C - vitamin C berperanan menukarkan tryptophan kepada serotonin. Paras serotonin yang rendah mengakibatkan depresi
 Ostematrik - mengandungi magnesium, kekurangan magnesium dalam darah berkait rapat dengan masalah tekanan perasaan
Ibu!
Jagalah kesihatan anda, jika anda sakit orang disekeliling turut merana
"Love yourself in order to love others"



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Bengkung


BERBENGKUNG! NIKMAT ATAU SENGSARA?
Antara nikmat berbengkung ialah;
 Kembalikan bentuk tubuh badan asal dan membantu mengempiskan perut selepas bersalin
 Cepatkan proses pengecutan rahim
Mengelakkan rasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin
 Beri sokongan pada perut apabila bergerak dan mengawal pergerakan supaya bergerak dengan kadar yang perlahan
 Bantu proses penyusuan kerana postur badan yang baik ketika berbengkung
 Melindung organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
 Pecahkan lemak dan selulit
 Mencegah dari makan berlebihan
 Rapatkan vagina yang telah regang dan longgar
Namun jika tidak berbengkung. Kemungkinan yang dihadapi ialah:
 Perut jadi buncit, menggeleber dan susah untuk kempis kembali
 Senang rasa lenguh badan
 Sukar untuk mengembalikan saiz punggung kepada keadaan asal
Jadi, pilihan ditangan anda. Mahu nikmat atau sengsara.
Hubungi saya untuk dapatkan Set Berpantang pilihan ramai Ibu Jelita.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : PENJUAL TELUR

TAZKIRAH : PENJUAL TELUR

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.
Cuba teka, apa yang ada di dalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”
“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur. Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin,
“Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”
“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur itu jual.

Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi. Atau mungkin adakah kita tidak bersyukur?

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
[surah Ibrahim:7]

Impian kita...


Setiap insan punya impian

Impian bukan sekadar mimpi kosong
Ia perlu dilakarkan di dalam minda
Ia perlu dicoretkan di atas kertas
Ia perlu diluahkan kepada insan
Yang boleh sama memimpin anda
Merealisasikan dan mencapai impian itu

Jika anda sama seperti saya

Yang mahukan inpian dicapai
Dan direalisasikan dengan Shaklee

Hubungi saya

Saya sedia membantu




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Makanan berpantang

MAKANAN PILIHAN TERBAIK SAYA KETIKA BERPANTANG

[1] B-Complex : Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

[2] Vitamin C : Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

[3] Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan).
Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

[4] Zinc Complex : Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim).

Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Makanan tambahan lain yang sangat-sangat saya syorkan untuk ibu-ibu ambil ketika berpantang ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee OsteMatrix (Calcium-Magnesium with Vitamin-D).
Kedua-dua ni boleh bantu kurangkan risiko baby kuning, memberi tenaga dan bantu lancarkan penyusuan susu ibu.
Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Alfalfa atau Lecithin ia lancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.
Yang bestnya. Selepas ambil kesemua makanan ni, selepas sahaja pantang. Akan siap dapat pakej kulit cantik semulajadi lagi. Memang orang tak kenal lah selepas confiment day tu.
Tak percaya? Cubalah.
Istimewanya set kehamilan Shaklee ini ialah anda boleh terus mengamalkan set yang sama sewaktu berpantang, sepanjang tempoh penyusuan malah selepas wean-off, dan ada vitamin² ini yang anda boleh share dengan anak (hasben of course lah)
Hanya yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak, jadi jika berkemampuan, tak salah berbelanja lebih :-)


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty