Showing posts with label shaklee. Show all posts

Pengedar Shaklee Shah Alam , Petaling Jaya dan Sungai Besi.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua 🥰

Halu, nama diberi Izura Mohamad Sobri. Nama 1 je. Izura je.. nak pendek lagi ada panggil Ijur, Iz, Zura pun okay je. Nama kat rumah kak ngah atau deqya. Nama komersial Mamajura atau MJ. Tapi anak Shaklee panggil mama. Terasa keibuan sangat 😂 panggil apa je tak kisah. Jangan panggil “Oi Minah” dah la. Kecil hati kita.

MJ seorang yang bekerjaya. Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Telah berkhidmat selama 15tahun di Makmal Anatomi Patologi. Bekerja 8pagi - 5petang.

Juga seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang menyenangkan hati dan soleh. Kacak pula tu! Juga seorang isteri, dan mempunyai 4 orang adik beradik kepada sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Pengalaman bersama Shaklee sangat banyak. Antara yang boleh dijadikan inspirasi kepada anda adalah saya seorang yang bekerja di makmal yang sangat sibuk.

Sentiasa berkerja dengan sarung tangan, organ badan manusia, manusia hidup, mayat, darah, tinja, bahan kimia merbahaya dan pisau. Jarang ada masa menghadap telefon.

Ye la, telefon adalah medium utama kita berbisnes zaman sekarang. Jenguk manja-manja je.

Bila waktu pulang dan ke kerja pula, orang KL ni dah lali dengan jem. Lali tak lali la kan, masa di perjalanan pun sudah makan masa lebih kurang 2 jam setiap hari.

Bagi orang bisnes, masa itu adalah duit. 

Sampai ada ketika, MJ ajar Adam replykan whatsapp yang penting. Bagus kan. Besar sikit, boleh jadi PA mama. Mama bayar gaji lumayan siap pakej kenyang sampai malam.

Belum sampai rumah lagi, dengan kerja rumah. Kerja sekolah anak. Tak campur dengan penat kita.

5 tahun tinggal bersama di rumah mama dan papa. Bila terdetik di hati nak ada rumah sendiri. Pada masa itu, MJ betul-betul lebih aggresif dan bersemangat untuk mengumpul dana untuk ke rumah baru. 

“Aku tak boleh usik duit gaji untuk beli barangan untuk ke rumah baru. Mesti kena cari duit tambahan”


Zass! Berdesup MJ kumpul dana dan memulakan tabung rumah.

Sokongan dari suami pada mula berbisnes 7tahun agak hambar. Ye la kan, MJ ada gaji yang tetap setiap bulan. Kenapa nak berbisnes lagi? Buat susah diri dan penat je kan. Tetapi setelah beberapa bulan membuktikan MJ berjaya menggapai 4 angka sebulan secara konsisten, pada masa itu baru ia nya mendapat restu dan dengan rela hati mengizinkan sang isteri aktif berbisnes.

Manakan tidak! Kereta Jazz kami guna payslip Shaklee tau. Pada masa itu juga, sokongan bertambah kuat dan MJ lebih bersemangat meneruskan kejayaan legasi Magnificent Jewels.

Sekarang kereta Alza untuk papa hasil duit bonus Shaklee juga.

Menangis. Ketawa. Suka. Duka. Sakit.

Ada ketika anxiety pun boleh muncul bila kita terlalu mahu menggapai apa yang kita nak dalam Shaklee. 


Mana tak, mimpi eksiden kena hempap dengan ESP dari langit pun ada. Merasuk dalam jiwa kan bila kita memberikan jiwa dan hati dalam apa yang kita usahakan.

Dan paling terbaru, (ini rahsia tau) MJ terbangun dengan terkejut dari mamai bius buat operation masa 3hb Jan 2022. Kes nya kan, MJ kalut ambil order Vivix. Terkejut nurse tengok MJ bangun terduduk. Masa tu, soalan pertama “Nurse, hari ini hari apa? Pukul berapa?” Sebab takut terlepas promosi Vivix. Hahahah. 

Magnificent Jewels adalah sebuah legasi Shaklee yang MJ bina dengan sepenuh hati dan jiwa. Ia bagaikan satu ukhwah atau sisterhood kata orang yang lebih dari bisnes.

Yang MJ perasan kebanyakkan ahli Magnificent Jewels adalah berkerjaya. Dan kami boleh buktikan yang bekerja dan berbisnes bukan satu halangan untuk berjaya.

Tips yang MJ nak share di sini adalah :


💥Set target harian, mingguan dan bulanan. Tulis dan sentiasa ingatkan diri sendiri tentang target itu. Capai dan pastikan ia dibuat. Baru lah hati ini rasa “Ya Allah, aku dah usaha. Hanya Kau yang Maha memberi ganjaran buatku. Kau tunjukkan aku jalan kearah kejayaan atas usahaku ini”

💓Wanita bekerjaya ni sebenarnya bonus tau. Bonus sebab anda meng”expose”kan diri kepada dunia realiti. Bukan semata dunia media sosial sahaja. Anda adalah “walking testimonials”. So buktikan dari segi pembawakkan diri anda di dunia realiti iaitu waktu bekerja. 

💪Luangkan masa menambah ilmu tidak kira membaca buku atau dengar ceramah motivasi atau agama. Bukan bila ada masa terluang baru nak buat. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu. 



MJ berpangkalan di TTDI Jaya Shah Alam, bekerja di Petaling Jaya di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Universiti Malaya. Boleh nak COD di Kuchai Lama dan Sungai Besi juga. Banyak lokasi MJ cover. boleh dikatakan seantero Malaysia.

U ols boleh tengok list PENGEDAR SHAKLEE di sini lagi.

Izura Mohamad Sobri, 

MJbyMJ

Founder of Magnificent Jewels,

Coordinator at Shaklee

Certified Skincare Consultant by Puan Mary Training Cube


*Success is no accident. It is hard work, focus, learning, sacrifice and most of all, love of what you are doing. So, don't be afraid to fail at first, because you'll get there sooner or later


Ps://🍉🍉 always in my heart 


#60daysChallenge

#TerusBersinar

#ShakleePPUM

#ShakleeTTDIJaya

#ShakleeBukitJelutong

#ShakleePPUM

#ShakleeUM

#ShakleePetalingJaya

#ShakleeShahAlam

#ShakleeSungaiBesi

#ShakleeKuchaiLama

#ShakleeSubangJaya

#Shaklee2023


vitamin E yang cantik~

Hai u ols..
Bulan jun, Bulan kecantikan.
Ok.. hari ini saya nak bercerita tentang Vitamin E ;)

Apa istemewanya Vitamin E SHAKLEE ni?
VitaminE adalah salah satu agen anti-penuaan. Vitamin E SHAKLEE ini di saluti dengan selenium.

Apa Selenium?
~Kombinasi Vitamin E dan Selenium melambatkan proses penuaan. Ia terbukti mencegah penuaan sebelum waktunya.



~Selenium diperlukan untuk penghasilan gluthathione peroxidase yang merupakan antioksidan utama di dalam setiap sel tubuh. Selenium bertindak sebagai pelengkap untuk menyempurnakan tindak balas/ fungsi Vitamin E.

~Vitamin E dan Selenium juga membantu kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding dengan wanita kerana lelaki akan kehilangan Selenium melalui pengeluaran air mani. Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan penghasilan sperma yg berkualiti.

~Gabungan Vitamin E & Selenium mampu meningkatkan pengeluaran kualiti sperma yang baik...kepada yang sedang berhajat untuk menambah bilangan ahli keluarga eloklah makan vitamin E Shaklee ye :-)

~Gabungan selenium dan vitamin E mampu meningkatkan antioksidan dan seterusnya mengurangkan kesan negatif radikal bebas (antara penyebab kanser) terhadap badan kita










~Turut membantu mengurangkan masalah psoriasis.

~Bantu mengilatkan dan menyuburkan rambut ;)



~Kombinasi vitamin E dan Selenium membantu mengurangkan simptom 'hot flashes' yang di alami oleh wanita menopause.











Kebaikan biji anggur + vitamin E:
Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dalam erti kata lain, minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan mampu memelihara kecantikan. Selain itu, grape seed extract turut terbukti berkesan untuk menguatkan sistem imun badan (anti-kanser), menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul... , mencantikkan kulit dan rambut


                                                        Btw, Health makes you pretty,
                                                                        IZURA
                                                                  0126647809

Bulan jun,  bulan kecantikan ..
buy 6 free 1
free membership dengan SHAKLEE..



Energy soya protein dan kanser

Apa itu Energy soya protein?
Nama senang nya ESP. Esp didatangkan dalam bentuk canister atau bahasa mudah tong :)
ESP adalah non-GMO soy *NON-GENETICALLY-MODIFIED ORGANISM* iaitu soya asli yang tidak menjalani proses mengubah kandungan genetik organismanya.
Menganduning 14gram protein soya semulajadi yang baik. Satu tong ESP mengandungi 30kg kacang soya. Ia nya makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.


Kenapa ESP berbeza dengan produk soya lain?
Soya protein ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Malah ia mengandungi semua 22 jenis asid amino yang diperlukan tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat..
Ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.

Kebanyakkan produk soya di pasaran di proses dengan menggunakan alkohol. Cara ini bukan saja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang atau combination dengan bahan kimia yang digunakan dalam proses pemprosesan. Soya protein SHAKLEE di cuci dengan air untuk mengekalkan isofalvon genistin dan daidzin yang kritikal demi mengekalkan keseluruhan kebaikan soya. Kacang soya yang digunakan juga bersuhu rendah.

SHAKLEE menggunakan protein soya non-gmo. SHAKLEE mengunakan sijil pensijilan tersendiri yang dikenali dengan Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan bahan genetik. Daripada penyimpanan benih hingga ke penggunaannya dan pemprosesannya. Ia mengandungi ramuan semulajadi dan berkualiti.

Takut makan soya sebab kanser?
Dari kajian yang di buat di China. Wanita2 China mengambil soya secara rutin. Mereka yang mengambil soya secara rutin didapati menghadapi risiko kanser payudara yang rendah bebanding yang kurang.

Walaupon banyak pencanggahan dalam hal soya, di mana ada penyelidik menyatakan bahawa soya mengandungi phystoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun penyelidik pro-soya menyatakan bahawa isoflavones yang terdapat dalam soya adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah pro-soya menyatakan bahawa isoflavenes menjadi bahan pencegah kanser apabila bergabung dengan estradiol.

Kajian juga menunjukkan bahawa siloya bole menurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis..
Namun, pengambilan perlu di bataskan kepada amaun tertentu. Hanya 3 sudu sehari sahaja bagi mengelakkan risiko.







Drop my pen at 10am 15mei2014


Btw, health makes you pretty
Izura
0126647809


VITAMIN - C

VITAMIN-C


Basic sangat Vitamin ni. Setiap rumah perlu ada walaupon sebotol VitaminC ni. Teramat la basic. Kalau anak2 kita beri minum Scott Emulsion ;) so ibubapa SHAKLEE Sustained VitaminC la 500mg~

Vitamin C~ penting dalam meningkatkan sistem imun dan merupakan  komponen kolagen,dan semestinya membantu tulang dan gigi agar kekal kuat dan sihat.
JOM saya cerita lebih lanjut ;)



Kenapa perlunya VitaminC?
~Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan Kolagen berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


~Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.


~Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


~Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


~Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.









Tanda-tanda badan kita kekurangan vitamin C:

- Gusi berdarah
- Gigi rapuh - kekurangan vitamin c menyebabkan kalsium sukar diserap oleh tubuh jadi walaupun minum susu banyak, tapi vitamin c tak cukup pun gigi jadi rapuh
- Senang lebam
- Sendi sakit dan bengkak - extra dos vitamin c melegakan bagi orang yang berpenyakit Arthritis
- hidung berdarah
- Anaemia
- Senang dijangkiti penyakit
- Luka lambat sembuh
- Rambut kering dan bercabang
- Gingivitis (gusi bengkak)
- Kulit kasar, kering dan bersisik – pada tumit kaki dan siku.
- Kulit tidak bermaya
- Sembelit


Dr  Zubaidi mencadangkan bagi sesiapa yang ingin mengambil vitamin C sebagai suplemen agar mengikut dos yang dicadangkan dicadangkan di Amerika Syarikat.
Individu
Dos yang dicadangkan (mg/hari)
Lelaki dewasa (lelaki)
90
Lelaki sewasa (wanita)
75
Had maksima yang dibenarkan (lelaki dan wanita)
2000

Info tambahan:
Bagi perokok, dos yang dicadangkan ialah penambahan 45mg dari dos yang dicadangkan.  
Kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun, tidak dibenarkan untuk mengambil dos melebihi 400mg. 
Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun pula tidak harus mengambil vitamin C tidak melebihi 650mg. 
Kanak-kanak berumur 9 hingga 13 tahun tidak harus mengambil vitamin C melebihi 1200mg
Bagi wanita hamil dan menyusukan anak pula, dos yang dicadangkan ialah 85mg sehari dan tidak harus mengambil 1000mg sehari.



Tidak di sangkal lagi kebaikan VitaminC kerana ada je artis Hollywood atau Malaywood sendiri mengambil suntikan VitaminC. Cucuk kat pipi, bahu, muka, badan la.. sekali cucuk kalau tak silap rm150 selama 4bulan. Vitamin C bukan untuk perempuan sahaja. Lelaki juga perlu Vitamin C ni dalam diet seharian. Kalau makan 1 biji vita-c 500mg tu sama macam kita makan 7 biji buah oren. 7 biji buah oren .1kg oren rm7 kot. Walhal 1 biji vita-c 500mg ni hanya 40sen hee. masih berkira?


                                                Btw, health makes u pretty

                                                               Izura