Showing posts with label pretty skin. Show all posts

PETUA KECANTIKAN DALAM ISLAM


Sekarang MJ  share ye.

1• Jangan tinggal solat. Dan sentiasa berwuduk.

2• Minum air suam selepas bangun tidur. Minum segelas dan kemudian baru bersugi.

3• Mengurut wajah dengan selawat. Caranya dari dagu hingga ke dahi sebanyak 3kali.

Zikir baca “Ya Badiyah” 1x
Zikir baca “Ya Nur” 1x
Zikir baca “Ya Hadi” 1x
Zikir baca “Ya Allah” 3x

4• Baca surah Al-Waqiah. Ayat 35-38

5• Baca surah Yusuf selepas subuh

6• Berdoa masa lihat cermin.

7• Elakkan makan makanan darat dan laut dalam satu masa. Kerana cas ion nya berbeza. Nanti bergaduh pula ayam dan sotong dalam perut kita.

8• Sebelum makan, makan buah-buahan dulu. Untuk mengelakkan sembelit. Kalau sembelit, muka berkerut. Tak comel kan? 😜

9• Mandi sebelum subuh. Bagi segar badan.
Kalau sempat, sebelum Azan tu, Tahajjud seround 😘


Cara menutup wajah yang ada pori besar.


Cara nya adalah dengan menggunakan Primer.

Fungsi Primer adalah Pore Minimizer. Ia membantu make-up tampak lebih smooth effects.

Primer ada 2jenis.
Silikon based dan water based.
Silikon primer digunakan bila foundation pon jenis silikon.
Begitu juga waters based jika guna foundation jenis cecair.

Primer hanya di dap dap, selepas menggunakan pelembap dan sebelum foundation.

Mamajura pernah guna primer Laura Mercier, Benefit dan Maybelline.
Yang mahal mesti lagi cantik kan?
Memang masa guna Laura Mercier tu rasa muka ni mahal. Hahahahaha.. make up nampak lawa yang berbeza lawa.



Anda guna primer brand apa?

Cara mengecilkan pori.


Pori ni macam belon juga tau.
Nak besar, tiup.
Nak kecil, picit 😜

Mari, i ols share cara kecilkan pori. Tak banyak pon. 4 cara pon okay dah. Make sure konsisten tau.

1• Penggunaan kolagen. Tak kira makan atau sapu. Kedua-duanya membantu. Dalam post sebelum ni, MJ dah cerita punca pori wajah besar adalah kulit makin kendur. Sebab apa kendur? Kerana kurang elastik dan kolagen. Kolagen ada banyak jenis, MJ mesti pilih dari sumber laut kerana sumber laut lah yang kaya dengan kolagen.
.
.
2• Minum air dengan banyak. Bosan ke dengar nasihat minum air banyak ni? Jangan la u ols.. benda betul ni. Minum air buang toksin.
.
.
3• Makanan kita. Elakkan makanan manis dan bergoreng. Sebaliknya, perbanyakkan makanan yang kaya dengan resveratrol, Selenium, makanan rendah GI dan VitaminC. Ini membantu masalah kulit dan juga dalaman anda.
.
.
Dan yang terakhir,
4• Mask atau skrub wajah.

Skrub ais. Ais? Iyeee. Ais batu dari peti tu. gosok gosok saja pada wajah. Skrub ais jug membantu melancarkan peredaran darah. Muka lagi berseri nanti.

Skrub gula perang. Membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan minyak belebihan. Lepas skrub basuh muka tau. Kang bersemut.

Skrub putih telur, antara sanggup atau tidak 😜 Ada orang letak juga jus lemon. Jangan ambil buat kel sudah la.
Cara nya : lapiskan kulit dengan tisu dulu, kemudian sapu putih telur yang telah di pukul ke atas muka. Biar sampai kering tau. Biar selama 30min. Untuk keputusan yang lebih baik, buat 2kali seminggu.

Skrub kulit lemon, oren atau pisang. Pilih la.. kerana apa 3 buah ini? Kerana perasan tak u ols, buah ini ada lapisan putih. Lapisan putih itu kaya dengan Bioflavanoids yang kaya sengan VitaminC. So sila lah tonyoh pada wajah sebelum buang.

Menarik dan mudah kan?

Apa itu serum?




Serum adalah salah satu produk penjagaan kulit yang digunakan selepas mencuci wajah dan sebelum menggunakan pelembap. Serum mengandungi bahan yang “power” sebab Ia meresap terus kedalam kulit.
************************

Kenapa Serum power?

Serum terdiri daripada molekul yang halus. Sebab itu ia terus meresap terus kedalam kulit. Kepekatan serum sangat tinggi dengan bahn aktif.
Sebab itu dalam penjagaan wajah, serum ini seperti item WAJIB.
Mungkin anda rasa tidak penting sekarang, tapi bila dah mula berjeragat, masa tu baru tergugat.
**********************************

Adakah serum sejenis pelembap?
Ya dan tidak.
Memang ya serum mempunyai bahan seperti hyaluranic acid yang menghalang kulit kering, tetapi serum tetap bukan pelembap. Jenis krim adalah lebih sesuai dan membentuk lapisan pelindung diwajah.
Serum meresap kan?
So ia tidak melembap di luar.
*****************************************

Bila masa kita perlu menggunakan serum?

Baca label. Bagi saya, sekali sehari saja sebelum ke kerja. Unless, kalau malam tu ada nak keluar jejalan, tepek lagi serum la kite..
********************************

Beza Serum, oil, dan essence?

Serum- water based. Ia memelihara bahagian bawah kulit. Bahagian atas nya adalah pelembap (moisturizer)

Oil- oil based. Ia mempunyai molekul yang lebih besar dari serum dan pelembap.
Lapisan pertama kita guna serum.
Lapisan kedua kita guna pelembap. Dan lapisan ketiga kita guna oil face ni. Oil face memelihara dan menjaga serum dan pelembap. Oil face seakan lock kelempaban kulit sepanjang hari.
Oleh itu, ia memelihara kulit kita supaya kelihatan smlembap dan bermaya.

Essence- sama fungsi macam serum. Tapi essence lebih water atau cair dari serum. Serum lagi pekat.

**
Oleh itu, u ols dah dapat gambaran?

Next post Mamajura sambung lagi pasal ADAKAH SERUM SESUAI DENGAN KULIT ANDA?

Youth Mahal

Perkongsian Testimoni dari salah seorang
Pengguna YOUTH.

Eya YOUTH mahal, tapi tidak semahal pembedahan kulit. Consultation saja RM 600 gais.

Serius, setiap posting kawan-kawan dan aku dengar sendiri video semalam tu. Aku nangis! Bila nampak keadaan muka sekarang. Ya Allah. Bersyukurnya kenal YOUTH!

Dulu fikiran aku sampai mau bunuh diri bila nampak muka sendiri. Itu belum azab pedih bila cuci muka. Sakit! Sangat sakit! Sengsara tu Allah saja tau.
Sengsara jiwa, sengsara fizikal. Aku sampai kehilangan kawan sebab aku terasa apa dia cakap pasal muka aku.




Bukan sekali dua aku bertekak dengan suami sebab dia cuba untuk tegur muka aku. Aku sedih. Aku takut! Aku yang dulu suka bercakap, sampai hilang keyakinan diri.
Aktiviti harian yang aku suka, aku terpaksa buat sendiri. Kalau suami ada gathering aku terpaksa undur diri. Kalau ada event, aku terpaksa cakap sibuk. Sebab aku malu. Malu sangat.

Tapi, Alhamdulillah! Lepas pakai YOUTH! Sedikit demi sedikit trauma tu hilang.


Teman, kalau ko suka berpanas. Please spend duit untuk skincare. Kalau ko suka beraircond, please spend duit untuk skincare. Kalau ko suka bermakeup, please kawan. Spend duit untuk skincare.
Pilihlah skincare yang betul-betul menjamin keselamatan anda. Aku sebelum ini pakai skincare organik! Drugstore! Tapi bukan bertambah baik, malah lebih teruk!

Aku sudah rasa! Aku tau sakitnya itu.
YOUTH menjamin 100% berkesan pada semua orang! 100% organik! Bukan cakap kosong. Tapi ada bukti secara klinikal. Bukan hanya pada botol saja! Tapi ada tertulis dalam jurnal bahawa YOUTH 100% berkesan!





Tempoh kitaran kulit baru terbentuk.



Bayi- 14hari
Dewasa dalam lingkungan 20an-40an- 36-46hari
Dewasa dalam lingkungan 40an-60an. 56hari
Dewasa dalam lingkungan 60an keatas – 4-6 bulan.
Dengan ilmu ini, kita kena faham dan tahu kenapa produk penjagaan wajah memberikan kesan yang mengambil masa beberapa hari dan bulan bergantung kepada usia.
Jika usia anda lebih tua, tempoh untuk produk memberikan kesan akan mengambil sedikit lama berbanding orang lebih muda.
#YouthbyMJ

Jeragat part 5

Sekiranya sudah terlambat, peta di wajah bertambah 😜 Jom sambung #kulitkeringkulitberminyak ni.
Bagi mereka yang berkemampuan, memilih rawatan laser untuk merawat pigmentasi tetapi ia tidak kekal lama, malahan ia menipiskan kulit muka.

Tetapi ada sesetengah produk wajah yang memberi kesan pada wajah tetapi mengambil masa juga. Namun, ia lebih selamat dan murah. Tetapi ingat, jangan pilih #produktimbangkilo 😜

Mamajura listkan beberapa rawatan alternatif yang boleh dibuat dirumah

• Lenyekkan isi buah avocado dan ambil jusnya. Sapu pada wajah. Amalkan setiap hari.

• Sapu cocoa butter pada jeragat dengan konsisten. Lakukan selang sehari tau.

• Campurkan jus limau kasturi dan madu, sapu pada wajah dan biarkan selama 15minit.

• Lenyek kentang mentah dan dapatkan airnya. Sapu pada kawasan berkenaan. Kentang itu juga boleh dijadikan masker.

Lepas guna semua bahan tersebut, jangan u ols makan pula tau 😜 itu Mamajura tak ajar.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Jeragat part 4

Kesan pigmentasi.
Bagi Mamajura yang mengilhamkan #kulitkeringkulitberminyak ni, pigmentasi sangat stress!
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk.
Pigmentasi akan bertambah teruk dan warna kulit berubah. Namun, pigmentasi boleh dirawat jika rawatan disegerakan bagi mengelak kesan lebih buruk.
Sambung pasal rawatan nak?

Jeragat part 3

Penyebab pigmentasi. Kita harus tahu penyeban sebelum mencegah kan. Sambung #kulitkeringkulitberminyak

Sinar ultraviolet (UV)
Sinar matahari merupakan penyebab utama terjadinya pigmentasi. Penggunaan sunblock sangatlah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV
Hormon
Hormon juga merupakan salah satu penyebab timbulnya pigmentasi. Biasanya yang menjadi penyebab adalah hormon estrogen, progesteron, dan MSH. Pigmentasi ini biasanya terjadi pada ibu hamil, yaitu pada trismester ketiga, dan juga pada pemakai pil kontrasepsi.
Ubat
Ubat-ubatan juga berpengaruh pada kulit. Ya, ubat-ubatan akan menyebabkan timbulnya pigmentasi atau jeragat di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik, dan minosiklin maka jeragat akan muncul.
Genetik dan keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi kesihatan kulit. Jika keluarga anda memiliki pigmen jeragat, adalah normal jika pigmentasi terjadi pada anda. Menurut doktor kulit, timbulnya jeragat kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20-70 peratus. Selain itu faktor keturunan juga punca timbulnya jeragat atau pigmen. Biasanya ia dijumpai pada golongan hispanik dan golongan berkulit gelap.
• Produk Kosmetik
Beberapa jenis kosmetik juga dapat mempengaruhi terjadinya pigmentasi, terutama pada kulit wajah. Segala jenis kosmetik khususnya yang mengandung pewangi atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti kulit.
• Pencemaran udara
Sangat penting bagi kita untuk menggunakan pelindung kulit ketika keluar rumah. Ini penting agar risiko pigmentasi akibat pencemaran udara tidak berlaku.Pencemaran udara juga menjadi penyebab terjadinya jeragat atau pigmen. Terbentuknya jeragat atau pigmen ini disebabkan sel kita menciptakan antioksidan dan membebaskan melanin berlebihan untuk membasmi kerosakan akibat bahan yang dapat menyebabkan terjadinya iritasi kulit.

Jeragat part 2.

Prevention is better than cure.

Ada yang mengatakan pigmentasi tidak boleh dirawat sepenuhnya, hanya dapat mengurangkan kegelapan warna pigmentasi tersebut. Betul, ia boleh dikurangkan.

1• Gunakan pelembap wajah yang mengandungi Broad Spectrum SPF. Lebih elok disapu 6jam sekali. Sekiranya anda berkulit cerah, penting untuk memilih SPF 30 dan keatas.

2• Bawa payung atau kerap penggunaan topi. Bukan sahaja untuk melindungi dari hujan, tetapi sebagai pelindung cahaya matahari juga.

3• Amalkan gaya hidup sihat. Cukup pengambilan air seharian. Sekurang-kurangnyan 2 liter sehari. Juga tidak merokok dan kerap pengambilan buah-buahan.

4• Hati-hati pengambilan ubat. Dapatkan maklumat sebelum mengambil sesuatu jenis ubat.

5• Konsisten dengan pengambilan supplemen seperti VitaminC, VitaminE dan Kolagen. Ia dapat menbantu membina kulit yang sihat dari dalam.

Jeragat

Persoalannya bagaimana caranya agar jeragat ataupun pigmentasi itu boleh dihilangkan? Tentunya dengan melakukan perawatan rutin setiap hari. #kulitkeringkulitberminyak

Namun sebelum melakukan cara mengatasinya, kita perlu tahu dulu apa penyebab dari pigmentasi atau jeragat pada kulit. Hal ini penting agar kita tidak melakukan apa yang menjadi punca pigmentasi tersebut.

Lelaki lebih bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semulajadi yang ada pada mereka. Begitu juga pada mereka yang berkulit gelap kerana ketiadaan melasma atau melanin pada kulit.

Wanita Asia yang tinggal di negata bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pogmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultraviolet.

Menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuj akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit.

Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah ini. Pigmentasi muka terbentuk di dalam kulit sejak zanan kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekoranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit.

Wanita mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan pil kontraseptif, potensi kulit untuk ada jeragat adalah tinggi daripada wanita biasa.

Bintik hitam di wajah.

BINTIK hitam atau pun jeragat pada kulit atau dikenali sebagai pigmentasi mampu memberi gangguan tersendiri kepada penampilan seseorang apatah lagi buat kaum wanita.

Macam sebagai musuh ketat bagi kaun wanita kan. Riuh setaman 😜Tambahan pula kalau ia muncul di kulit wajah, pasti akan lebih mengganggu penampilan seseorang.

Walaupon pada kebiasannya pismentasi akan mula menyerang pada sekitar 30an hingga 50an, namun kajian membuktikan yang pigmentasi boleh timbul seawal 15tahun dan bilangannya bertambah selari dengan usia.

Ketika muncul bintik hitam pada kulit anda, jangan dibiarkan. Sebaiknya anda segera bertindak untuk mengatasinya. Sebab jika tidak segera ditangani boleh menjadi lebih parah dan tentunya mengganggu penampilan seterusnya keyakinan anda pun menjadi berkurangan.

Tips best KURANGKAN JERAGAT



Jeragat? Apa itu jeragat?
klik disini untuk info jeragat.






1. LIDAH BUAYA
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

2. AIR KELAPA
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah. (Sedapnya air kelapa) 
😜

3. JANGAN KERAP URUT WAJAH
Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.

4. JAUHI SINAR MATAHARI
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

5. KULIT PISANG
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

6. PUTIH TELUR
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

7. DAUN SIREH
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

8. DAUN BETIK
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

9. HAMPAS KELAPA
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

10. JAGA PEMAKANAN
Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan dari sumber protein dan juga vitamin.

11. PENGGUNAAN SERUM YANG MEGANDUNGI RETINOL ATAU VITAMIN A,
Vitamin A sesuai untuk melambatkan pertumbuhan jeragat dan memudarkan jeragat, namum serum yang mengandungi retinol tidak sesuai digunakan pada ibu mengandung atau menyusu. U ols boleh sambung pembacaan tentang serum di sini. 

Banyak sungguh PETUA HILANGKAN JERAGAT.. boleh cuba mana yang suka.

7 Bahaya Kulit Kering.

Faktor persekitaran, faktor cuaca, faktor pemakanan, faktor produk muka, faktor make-up, perokok menyumbang kepada kulit kita.
You are what you are.

#1 Kulit kering tentu saja menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik kerana kulit yang kering memiliki tekstur kusam dan tidak bermaya. Akibatnya kulit menjadi tampak tidak sihat ceria dan memiliki permukaan kulit yang kusam dan kasar.
#2 Anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar kerana garis-garis kulit menjadi lebih ketara. Selain itu, proses penuaan pada kulit tampak lebih cepat pada kulit yang kering. Cepat kedut dan kendur kerena kulit kehilangan sifat kekenyalannya.
#3 Kemampuan perlindungan kulit menurun sehingga kulit menjadi lebih rosak dan lebih sensitif dan lebih cenderung menyebabkan alergi dan iritasi terhadap bahan kosmetik atau skin care yang digunakan setiap hari. Misalnya orang yang mengalami alergi debu akan menjadi lebih kerosakan kulit seperti merah-kemarahan jika kulitnya kering dibandingkan jika seseorang yang mengakami kulit lembap.
#4 Kulit kering lebih mudah terdedah terhadap kuman dan penyebab penyakit lainnya. Hal ini disebabkan kulit yang kering tidak dapat berfungsi baik sebagai perlindungan kulit. Pada kulit yang kering terdapat mikrolesi yang dapat menjadi pintu masuk bagi kuman. Kulit kering mudah terdedah dengan masalah cepat melecet dan ini cenderung untuk mendapat kudis atau kudis buta. Berbanding kulit yang cukup kandungan air didalamnya.
#5 Kulit yang kering boleh menyebabkan cepat rasa gatal. Hal ini disebabkan kerana kulit yang kering mencetuskan reaksi radang pada kulit dengan cepat. Meskipun pada awalnya gatal-gatal ini bersifat ringan, namun akibat kita menggaru, reaksi kulit biasanya menjadi semakin hebat dan menimbulkan rasa gatal yang lebih kuat dan akhirnya kulit jadi berdarah dan berkudis. Syokkkk kan menggaru. Bila dah sedar dari lamunan garu, mak aihhh, berdarah sudah.
#6 Kulit yang kering pada orang yang berjerawat tidak menyelesaikan masalah jerawatnya. Oleh itu, kulit akan menjadi semakin sensitif dan reaksi akibat jerawat semakin hebat. Masa itu juha akan timbul acne break out atau munculnya banyak jerawat secara mendadak. Bagaikan cendawan selepas hujan.
#7 Oleh sebab itu sangat penting menjaga kelembapan kulit. Jangan sembarangan memilih produk penjagaan kulit atau make-up supaya kulit terhindar dari masalah kulit kering. Pilih yang selamat dan ada ujian klinikal. Jangan pilih #produktimbangkilo . Banyak lagi produk lain yang bagus di pasaran. Muka ada 1 saja, tidak boleh di cari ganti 😍

Makanan bagi kulit kering.

Hidup di negara beriklim tropika seperti Malaysia ni, tidak sepenuhnya menjamin kita untuk memiliki kulit yang halus dan lembap. Ditambah pula dengan tingginya pencemaran udara dan cuaca yang sering tidak menentu. Kulit kering, bersisik, dan mengelupas merupakan tanda-tanda awal penuaan.
Untuk mengatasinya, rutin gunakan pelembap dan sebaik mungkin mengurangkan aktiviti luar terutama di tempat-tempat banyak pencemaran udara atau di tempat yang terlalu dingin.
Tapi u ols, bab makanan tertentu juga akan membantu U ols untuk mendapatkan kembali kulit sihat dan bermaya.
Join sambung #kulitkeringkulitberminyak ni, bab makanan untuk mereka yang berkulit kering, u ols boleh amaklan tips dibawah 😍
1. Air masak
Kunci utama menghindari kulit kering adalah menjaga tubuh agar tetap terhidrasi. Rajin minum air masak penting untuk mendorong regenerasi sel-sel kulit dan mengunci kelembapan dalam tubuh. Minum air masak sekurang-kurangnya 2liter sehari tau. Selain itu, makan buah dan sayuran tinggi kandungan air, seperti tembikai, epal, dan timun juga tau.
2. Makanan tinggi Omega-3
Lemak omega 3, baik untuk badan kerana dapat menjaga kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. Rutin harian dalam makanan tinggi omega-3 seperti salmon, tuna, avocado, atau kacang walnut, untuk mengurangkan kulit kering dan mengembalikan tekstur kulit yang tegang dan merah-kemarahan.
3. Makanan tinggi zink
Kulit kering dan pecah-pecah? Makanan kaya akan zink adalah solusinya. Zink akan meregenerasi sel kulit dan menguatkan kulit agar tidak mudah rosak terhadap ancaman kerosakan. Jangan lupa makanan yang tinggi kandungan zink seperti tiram, kacang-kacangan, daging. Jangan makan atap zink sudah la 😀
4. Makanan kaya dengan vitamin A.
Vitamin A banyak didalam sayuran berdaun hijau gelap, carrot, ubi, dan labu. Vitamin A berfungsi untuk memperbaiki kerosakan kulit dan mengangkat sel kulit mati penyebab kulit pecah-pecah. Konsisten dengan makanan yang kaya dengan vitamin A, terutama jika u ols selalu melakukan aktivito luar.
5. Makan kaya vitamin E
Vitamin E memiliki beratus manfaat yang baik untuk meremajakan kulit, salah satunya sebagai pelindung UV. Vitamin E juga dapat membantu anda mendapatkan kembali kelembapan kulit. Jangan lupa untuk selalu makan kacang dan biji-bijian, avocado, gandum, brokoli, dan sayuran berdaun gelap demi tampilan kulit sihat bercahaya.

Cara mengatasi masalah kulit kering.


Thread seterusnnya #kulitkeringkulitberminyak
• Elakkan guna sabun berbuih banyak. Banyak buih buat kulit lagi kering tau. Masa bersabun memang rasa best dan lembut, tapi bila kering, terasa tegang.
• Minum air dengan banyak. Tapi kena ingat, air masak tau. Bukan air manis. Minum air masak, lagi buat kulit glowing dan lembap tau.
• Guna krim pelembap selalu. Nak berjalan, tapau la krim dalam handbag u ols. Krim muka dan krim tangan.
• Jangan terdedah selalu pada aircond dan matahari. Tapi jikalau keadaan memaksa macam bekerja di pejabat atau banyak kerja luar, gunakan krim atau payung atau topi. Jaga kulit, jangan bagi terhidrasi dengan cepat.
• Pemakanan pon memainkan peranan tau. Bab pemakanan Mamajura share dalam post seterusnya tau..

FAKTOR-FAKTOR KULIT KERING.



#1 Faktor genetik. Tetapi jangan khuatir u ols, faktor genetik boleh “adjust” jikalau u ols tahu caranya.

#2 Kesan sampingan dari penggunaan ubat. Ada ubat-ubatan yang memberi kesan pada kita. Contoh dehidrasi. Oleh itu, kita kena kenal ubat kita.

#3 Pendedahan pada matahari dalam jangka masa yang lama. Kalau satu kolah air, pon boleh jadi kering, apatah lagi kulit manusia yang nipis kan? 

#4 Pemeruapan kelembapan dari kulit menyebabkan kulit menjadi kering dan mengalami dehidrasi.

#5 Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit. Bagi jenis kulit kering, u ols kena tahu jenis tekstur produk make up dan penjagaan kulit tau. Ikut thread post #kulitkeringkulitberminyakMamajura ni.

#6 Ada pendapat yang mengatakan, terlalu kerap mandi dengan shower atau air panas boleh menghancurkan lapisan lemak permukaan kulit yang merupakan pelembap semula kulit. Ada betulnya kan? 

#7 Banyak masa anda habiskan dengan berada dalam ruang yang ber’aircond’. Betul tau, aircond boleh menyebabkan kulit kita kering dan cepat naik pigmentasi.

#8 Sabun dan deodorant juga boleh menghilangkan lapisan lemak dan air dari kulit. Mamajura nak pesan, sabun badan untuk badan. Sabun muka, untuk muka. Bukan sekali harung LifeBouy korang atas bawah, atas bawah. 😜 jangan nak jimat masa sangat. Kulit pon rosak.

#9 Bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti Penghidap penyakit Dermatitis Opotik. Kulit mereka menjadi sensitif dan kering. Pesakit psoriasis. Kulit mereka menjadi kering, kasar dan bersisik berlapis-lapis.

#10 Gangguan kelenjar tiroid. Akibat terlalu rendahnya kadar hormon tiroid menyebabkan aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak kulit menurun. 

#11 Faktor usia juga menyebabkan risiko kulit kering kerana kelenjar minyak yang berfungsi melembapkan kulit semakin berkurang. Menambahkan lagi masalah lain seperti kedut dan kulit kendur.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Kulit kering.


Apa simptomnya?
• Selepas mencuci, kulit terasa tegang. Seakan kulit tertarik. Ala-ala cucuk botox gitu. Hehe
• Kulit senang menggelupas bila cuaca kering dan bila perubahan hormon.
• Kerap muncul bintik merah seakan reaksia allergik pada kulit.
• Kedutan halus banyak kelihatan walaupon usia belum patut ada kedutan.
• Jeragat senang muncul bila kulit kering.
• Pigmentasi juga mula terjadi.
• Kulit kering yang kronik cenderung mendapat masalah kulit yang lain seperti ekzema dan psoriasis.
Ikuti thread post ni tau, Mamajura nak share mengenai #kulitkeringkulitberminyak

Sinaran UV ada 3 jenis.


UVA
UVA (age skin cells) boleh merosakkan DNA. Sinaran ini boleh mengakibatkan masalah kerosakan kulit dalam jangka masa yang panjang contoh kedutan dan jeragat. Dan juga kanser kulit.
UVB lebih power dari UVA. Ia boleh merosakkan kulit secara terus dan menyebabkan kulit terbakar atau sunburn. Juga lebih teruk menyebabkan kanser kulit.
UVC yang paling power. Tapi sinaran ini tidak berada di dalam sinar matahari dan tidak berada di ruanh udara kita. Sumber dari cahaya lampu berkimia. UVC paling bahaya dan kebiasannya menyebabkan kanser.
Tapi bagi orang Shaklee, mesti paling suka UVC.
Kan! UV dan UVC 😋

Be part of YOUTH!