Detox kulit part 3.1

Mandi Garam Epsom.

Okay, saya sambung pasal mandi Garam Epsom

Sebelum tu, Garam Epsom bukan garam kita buat masak tau.
Cari Garam Epsom, atau garam Himalaya yang warna pink atau orange tu. Yang ketul ketul besar tu tau. Nanti saya snap picture gambar garam yang best.

Cara mandi Garam Epsom.
1* Garam  Epsom dan halia. Halia tu hiris halus dan masak dalam air mendidih. 1 cawan garam dilarutkan dalam 1 baldi air. Kemudian campurkan air rebusan halia itu kedalam campuran garam. Halia tu kalau boleh, rebus dengan akar dan kulit sekali.

2* Garam Epsom dan baking soda.
Campurkan 1 cawan baking soda dalam 1 cawan garam Epsom kedalam baldi mandian.

3* Garam Epsom, garam laut dan minyak bijan.
1 cawan garam Epsom, 1 cawan garam laut, 1 cawan minyak bijan.
Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan kedalam baldi mandian.

4* Garam Epsom dan Cuka Epal.
1 cawan cuka epal dan 1 cawan garam Epsom kedalam baldi mandian.

** Baldi mandian yang berisi campuran garam itu haruslah dibancuh dengan air panas. Kerana garam dan air panas, akan memberikan kesegaran!

Lagi satu pesan saya, bila masa curah bancuhan air garam tu, jangan buka mata dan mulut tau. Ahahaha. Masin.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

No comments