Detox Kulit part 2

Bagaimana nak detox kulit? How to detox your skin?

1• Berus badan dalam keadaan kering. (Refer post sebelum ini)

2• Basuh badan dengan pembersih badan bebas sabun.
Selepas berus badan dalam keadaan kering, kita mandikan  badan kita dengan pembersih bebas sabun (sebolehnya) kerana sabun akan mengeringkan lagi kulit.

Periksa label pembersih/pencuci kulit kita. Pastikan pembersih yang natural, bahan kimia tidak terlalu kuat dan ph seimbang.

Cuba elakkan dari menggunakan yang bersabun dan berbuih  dengan banyak juga yang mengandungi biji atau skrub yang kasar.

Selesai mandi, lap badan dengan tuala yang lembut dan serap air. Jangan main rembat je kain selimut tau 😜

Ps:// Sabun yang tidak tulis foam lebih elok. Sebab sabun yang berbuih ni hanya “psycho” sahaja. Konon bersihkan kulit tapi disebalik bersih, ia sangat mengeringkan kulit.

#SaintisCantik
#RatuYouth
#Detox101

No comments