Panduan memilih kasut tinggi.

Kasut memainkan peranan penting untuk menonjolkan penampilan wanita. Setuju?


Dan ramai yang gemar memakai "High Heels" kerana ia memberi impak yang membuatkan seseorang wanita itu nampak cantik, anggun dan penampilan yang menyakinkan.


Tetapi, bagaimana mahu mendapatkan cara yang selesa semasa ber"High Heels" supaya kaki tidak sakit?


Beberapa tips yang boleh MJ kongsikan adalah :-


🔸 Kenali Jenis Kasut


Jika kasut jenis keras terutama dibahagian badan kasut dan dalam kasut, anda boleh letakkan pelapik lembut untuk mengurangkan geseran yang boleh buat kaki terasa sakit. Untuk lebih stabil, pilih kasut yang tumitnya jauh dari bahagian hadapan.


🔸 Cara Berjalan yang Betul


Tegakkan kepala dan tegapkan bahu semasa berjalan supaya anda dapat mengimbangi badan dengan baik. Jangan berjalan seperti anda memakai kasut biasa kerana ia boleh menyebabkan anda terjatuh. Kecilkan langkah anda dan pastikan seluruh tapak kasi anda terasa memijak lantai ketika berjalan.


🔸 Pastikan Keselesaan


Letakkan kusyen kasut dibahagian hadapan jika kasut anda jenis tirus dihadapan supaya kaki anda boleh bernafas. Ketika anda memakai kasut tinggi, di bahagian tengah tapak kaki adakalanya akan berasa kosongkan, oleh itu, letakkan juga kusyen kasut di bahagian tersebut untuk memberi lebih cengkaman.


Kusyen kasut di bahagian tapak kaki hadapan penting kerana berat anda tertumpu di bahagian tersebut ketika berjalan dengan kasut tumit tinggi. Gunakan heel pads untuk mengelakkan kaki anda terkeluar daripada kasut ketika berjalan.


🔸Kuatkan Tulang Kaki


Memakai High Heels mempunyai risiko tinggi untuk mengalami sakit dibahagian kaki dan tapak kaki. Ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Tulang yang tidak kuat boleh jugak menyebabkan kaki mudah terseliuh dan jatuh. Pengambilan Ostematrix yakni kalsium lengkap sangat disarankan supaya anda dapat memakai High Heels dengan selesa dan dapat meningkatkan kesihatan tulang kaki anda.


.


#DoozyBeauty
#SaintisCantik
#mamaCOOL
#beYOUtiful

No comments