10 Kesalahan besar bila mencuci muka



10• Menggunakan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit.
Atau pon produk yang mengandungi kimia yang tinggi. Efek nya kita dapat rasa bila muka menjadi pedih.

9• Basuh muka lebih 2 kali sehari. Ia bukan saja menipiskan kulit malah menggalakkan penghasilan lebih banyak minyak muka.

8• Basuh muka dengan air panas. Mitos je basuh muka sebab boleh membuka pori wajah. Pori wajah takde otot. Macam mana nak buka? Unless guna wap.

7• Menggunakan skrub muka yang kasar dan terlalu kerap. Kadar yang dibenarkan 3kali seminggu sahaja.

6• Tidak membilas wajah dengan bersih. Pastikan air basuhan muka dengan banyak dan habis bersihkan semua sabun di wajah. Nanti tak bersih, mula lah naik ruam atau jerawat.

5• Menggunakan bahan kimia yang tak betul. Contoh ada paraben, merkuri, SLS dan bahan kimia lain. Cari produk yang selamat. Dan kalau boleh, drug store produk pon dah elok. MJ bukan support produk tempatan tapi..... ( cikgu kata jangan tulis dalam FB, cakap je depan2)

4• Tonyoh muka dengan towel. Kan dah cakap, dap dap manja je.

3• Lambat guna moisturizer selepas mencuci muka. Jangan lengah, lepas dap dap dengan towel, terus sapu pelembap. Masa ini sangat efisyen tau. Terus meresap jauh ke tulang 😜😜

2• Cari produk yang kita perlukan sahaja. Basic pencuci wajah, pelembap, toner, serum. Kalau jenis yang malas nak skrub, buat natural skrub. Lenyekkan VitaminC Shaklee, letak air sikit, skrub. Lebih mudah dan tak membazir. Sebab apa tak membazir, sebab kita tak payah beli skrub yang kita tak pasti bila nak guna. Lama-lama expired. Bila dah expired dan tak perasan, tonyoh kat muka, esok bangun pagi muka berkulat. Kikiki.

1• Takut menggunakan minyak.
Minyak bagus untuk kulit walaupan anda mengalami masalh kulit berminyak.
Minyak yang ada dipasaran?
Olive oil, argan oil, almond oil, grapeseed oil. Cuba.. ini antara resepi kulit cantik orang dulu-dulu.

So selamat beramal u ols..
Ingat, kita manusia. Bukan patung. Kulit muka kita bernafas, ada masa ada cela, ada maslah ruam.
At least kita ada usaha menjaga nya.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik
#mukatiadaganti

No comments