Kacang tanah punca jerawat.

Banyak cerita KACANG TANAH dan JERAWAT.

Betul ke?

Kacang tanah atau jenis kekacang lain tidak sama sekali terlibat secara terus. Namun ada kajian yang mengatakan kacang ada memberi impak kepada kulit dan seterusnya jerawat.

Namun, kacang juga menjadi bahan substitutes kepada protein haiwan terutama bagi masyarakat vegetarian. Mereka sangat mahir dengan kekacang ni. Ye la kan, mereka improvises makanan mereka supaya dapat rasa macam ayam. Hebat kan?

Kenapa kacang tanah di jadikan bahan substitutes? Kerana protein dalam kacang adalah tinggi. Malah lebih tinggi dari protein dalam daging dan telur. Dari situlah sumber protein terbesar selain haiwan.

Bahkan kacang sangat sesuai dijadikan menu sihat. Banyak khasiat dalam kacang.

Namun, jika kita mempunyai hormon yang tidak stabil, karbohidrat dan protein dalam kacang dapat meningkatkan insulin dalam darah.
Bila ia meningkat, kacang tanah menjadi bahan yang merbahaya dan disitulah jerawat mula muncul seketika.

So Kacang penyebab jerawat?
Bergantung pada individu.

Lebih malang, jerawat menjadi banyak, jika seseorang itu mempunyai masalah kelenjar sebum yang aktif iaitu kulit wajah jenis berminyak.

Ps: Sedapnya ketupat cicah dengan kuah kacang. Nak nak pula disulami dengan satay ayam dan daging.. perghh!

Semua nya bergantung pada hormon.

#kisahCantik

No comments