Cara mengecilkan pori.


Pori ni macam belon juga tau.
Nak besar, tiup.
Nak kecil, picit 😜

Mari, i ols share cara kecilkan pori. Tak banyak pon. 4 cara pon okay dah. Make sure konsisten tau.

1• Penggunaan kolagen. Tak kira makan atau sapu. Kedua-duanya membantu. Dalam post sebelum ni, MJ dah cerita punca pori wajah besar adalah kulit makin kendur. Sebab apa kendur? Kerana kurang elastik dan kolagen. Kolagen ada banyak jenis, MJ mesti pilih dari sumber laut kerana sumber laut lah yang kaya dengan kolagen.
.
.
2• Minum air dengan banyak. Bosan ke dengar nasihat minum air banyak ni? Jangan la u ols.. benda betul ni. Minum air buang toksin.
.
.
3• Makanan kita. Elakkan makanan manis dan bergoreng. Sebaliknya, perbanyakkan makanan yang kaya dengan resveratrol, Selenium, makanan rendah GI dan VitaminC. Ini membantu masalah kulit dan juga dalaman anda.
.
.
Dan yang terakhir,
4• Mask atau skrub wajah.

Skrub ais. Ais? Iyeee. Ais batu dari peti tu. gosok gosok saja pada wajah. Skrub ais jug membantu melancarkan peredaran darah. Muka lagi berseri nanti.

Skrub gula perang. Membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan minyak belebihan. Lepas skrub basuh muka tau. Kang bersemut.

Skrub putih telur, antara sanggup atau tidak 😜 Ada orang letak juga jus lemon. Jangan ambil buat kel sudah la.
Cara nya : lapiskan kulit dengan tisu dulu, kemudian sapu putih telur yang telah di pukul ke atas muka. Biar sampai kering tau. Biar selama 30min. Untuk keputusan yang lebih baik, buat 2kali seminggu.

Skrub kulit lemon, oren atau pisang. Pilih la.. kerana apa 3 buah ini? Kerana perasan tak u ols, buah ini ada lapisan putih. Lapisan putih itu kaya dengan Bioflavanoids yang kaya sengan VitaminC. So sila lah tonyoh pada wajah sebelum buang.

Menarik dan mudah kan?

No comments