7 TIPS JAGA KESIHATAN KULIT.


Macam-macam kita dengar tips jaga kulit.
Saya nak share yang simple je.
Yang kita mesti boleh buat hari-hari. Tips paling ringkas.

1- Minum air secukupnya dalam 2liter sehari. Minum air masak tau. Bukan air manis. Air suam lagi elok. Bonus, kita tak sembelit dan proses detox berjalan lancar 👌🏻

2- Cuci muka dengan pencuci muka 2-3kali sehari. Persekitaran kita terdedah dengan udara tercemar dan panas kering. At least kita cuci muka tu, muka tampak bermaya dan menghilangkan kotoran yang kita tak sedar melekat di muka.
Tak percaya? Cuba jangan basuh muka seharian, dan esok amik satu cotton pad, basahkan sikit, tonyoh kat muka. Komfirm hitam 😜

3- Sebelum tidur muka kena bebas make up tau. Bila kita tidur, satu badan kita rehat. Biarkan kulit kita bernafas bebas. Nak sapu krim malam lagi elok.

4- Buat skrub seminggu sekali. Cari produk skrub yang ada biji halus je tau. Jangan kasar sangat. Rosak kulit muka kita. Tak ada skrub? Lenyekkan VitaminC dengan Alfalfa je. Dijamin puas hati.

5- Guna pelembap setiap masa. Bagi saya, selepas solat tak touch up make up pon takpe. Asal tepek moisturizer. Tak la rasa togel sangat muka 😜

6- Krim pelindung SPF. Tak kira bekerja di pejabat atau duduk rumah saja. Krim pelindung SPF penting untuk elak jeragat ketika di mamah usia.
Duduk rumah pon kena pakai ke?
Ehhh, opkos. Takkan duduk rumah u ols tak sidai kain kat luar? Kena juga matahari kan? ⛅️

7- Kalau kita ada jerawat, jangan la picit. Kalau pict nanti ada parut dan ada kesan hitam. Nak pulih dari kesan tu, mak aih. Makan tahun 😜

Simple je tips kan?

Buat tau...




No comments