Paraben


Paraben digunakan dengan meluas dalam industri kosmetik dunia.
85% jenama produk kecantikan mengandungi Paraben.

‘They’re inexpensive and effective’

Paling banyak digunakan adalah butylparaben, methylparaben, dan propylparaben.

Shampoo, conditioner, maskara, foundation, pencuci muka dan body lotion. Dan paling banyak kandungan dalam deodorant. Bak kata Adam “ketiak wangi”

Masalah paraben?
Paraben mempunyai struktur seperti menyerupai estrogen. Tapi namanya xenoestrogens. ‘Estrogen disruption’ boleh kearah kanser payudara dan masalah pembiakan. Pada tahun 2004, pakar mengatakan, terdapat struktur paraben dalam slide mikrosopik seorang pesakit kanser payudara.

Tetapi tiada kajian saintifik yang mengatakan paraben penyebab kanser payudara.

Namun, University of Reading membuat kajian, 18 dalam 20 sample tisu pesakit kanser payudara mengandungi paraben. Tapi ini masih belum kuat mengatakan paraben penyebab kanser.

Tapi kita sebagai pengguna harus tahu apa isi kandungan dan bijak memilih.
Nak nak sekarang produk tempatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Tahukah kita isi kandungannya?

Tepuk ‘botol pencuci muka’, tanya ‘diri sendiri’

#SaintisCantik
#beYoutiful
#Cantikdanselamat

Tips yang mengalami kedutan wajah.

Wrinkles atau kedutan. Kurangkan atau lambatkan kedutan. jom try TIPS ini.

• Stop smoking
• Tidur yang cukup
• Jangan stress-stress. Makan Bcomplex
• Tepek SPF cream
• Tidur dengan posisi baring. Bukan mengiring
• Amalkan minyak ikan
• Makan buah-buahan segar
• Minum soya
• Basuh muka 2 kali sehari dengan pencuci
• Amalkan Vitamin Retinol (A)



• Konsisten dengan vitaminC

Macam mana nak sapu blusher?


Macam mana nak apply blusher? Dan macam mana kita apply blusher?

Dua soalan yang berbeza kan? Tapi ramai yang guna satu cara.

Iaitu, senyummmm.. sapu kat atas pipi pau.
Senyum lebih lagi, bagi pipi pau naik lagi. Sapuuuuu..

Siap. Yang pipi pau semakin pau. Yang pipi roti naan pon jadi pau.

Bila saya tengok gambar ehsan google tu kan, nak tergelak part muka square. Baru tahu muka square kena sapu membulat. Baru nampak muka balance. Kalau muka square, sapu guna cara "senyum" mesti macam robot petak je muka 😜

Saya selalu gabungkan blusher dan bronzer. Suka sangat guna bronzer sebab effect 3D. Rahang naik, hidung mancung.

Ilusi semua tuuuuuu.

Nota kaki : Bronzer tau, bukan bonzer tau.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik



#pipipau