TAZKIRAH : INGATAN BUAT KITA YANG SELALU LUPA

Jom kita baca peringatan ini dengan mata dan hati.

Jahat atau baik kita, solat jangan ditinggalkan. Solat bukan sebab kita baik tetapi solat itu perintah Allah S.W.T. Solat kita adalah lambang kehidupan kita.

Solatlah, kerana Allah S.W.T menjanjikan rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup dan rezeki.
Nabi Muhammad S.A.W tidak kagum dengan pangkat dan kekayaan manusia. Jika tidak, sudah pasti gunung yang hendak ditukarkan kepada emas tidak ditolak oleh Rasulullah S.A.W.
Orang bekerja seronok kalau dapat bonus, itu semasa hidup, bagaimana kehidupan kita setelah mati?
Punya anak yang tidak tinggal solat itu bonus, dapat anak yang pandai membaca Al-Quran itu bonus, sedekah masa hidup itu bonus dan ilmu yang dikongsi juga adalah bonus.

Sehebat mana pun kita, kita tetap akan mati. Sehina mana pun kita, kita tetap akan mati, takut dengan mati, kita tetap akan mati.

Sayang dengan kehidupan ini, kita tetap pasti akan mati. Hakikat hidup di dunia ini adalah kematian diakhirnya.

Mati itu pasti,

Sakaratul maut itu pasti,

Alam barzakh itu pasti,

Ingatlah mati. Renungkan saat kita bersendirian setelah mati. Lenyapkanlah sangkaan buruk kepada sesiapa pun.

Kita tidak membawa segunung harta setelah mati, kita tidak bawa sijil tertinggi yang kita ada. Kita hanya mengharap rahmat Allah S.W.T iaitu Tuhan sekalian alam.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik, meskipun terkadang kebaikan itu tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada sesiapa pun kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan. Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tetapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

“Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa”

Penulis: Rizal Alhaj

No comments