Bagaimana u ols guna toner?


Toner. 
Tonyoh atau dab dab sahaja?

Ya, fungsi lain toner adalah membuang sel sel kulit mati atau kotoran yang tertinggal di wajah selepas mencuci. Tetapi, ini tidak bermaksud kita tonyoh tonyoh facial wipes di muka itu ye.

MJ sendiri ada kala menggunakan cotton pad dan adakalnya menggunakan tapak tangan saja untuk dab-dab toner pada wajah.

Bila kita perasan ada kotoran atau warna facial wipes kita bewarna coklat atau kelabu, ini bermakna kulit kita tidak cukup bersih. Pencuci muka atau mak-up remover kita tidak berfungsi dengan baik.
Kalau rajin, cuci lah muka semula. Baru kita yakin muka betul-betul bersih.

#YouthbyMJ

No comments