Apa itu Cruelty free atau bebas kekejaman?





Dalam hak keatas haiwan, cruelty-free atau bebas kekejaman biasa kita dengar pada haiwan. Produk yang diuji keatas haiwan, tidak diiktiraf sebagai cruelty-free. Ini adalah kerana segala jenis ujian keatas haiwan hanya akan menyebabkan haiwan itu terseksa dan telah menyebabkan kematian berjuta-juta ekor haiwan setiap tahun.

Sejarah cruelty-free.


Istilah cruelty-free ini pertama kali di digunakan oleh Lady Dowding pada 1959 dimana beliau adalah orang pertama menggunakan ‘fake furs’ dengan label “Beauty without Cruelty”.



Jenis ujian terhadap haiwan.



Haiwan seperti rabbit, tikus putih dan guinea pigs adakalnya dipaksa memakan atau menghidu sesuatu bahan campuran dalam makmal atau bahan kosmetik. Bahan itu disapu pada kulit haiwan yang telah dicukur, pada mata dan telinga selama 28 hari atau 90hari untuk dilihat jika terdapat sebarang allergic reaction.


Kemudian, haiwan itu di bunuh. Haiwan itu dibunuh dan dibedah untuk dibuat kajian pada organ dalaman haiwan-haiwan itu. Ujian ini juga dilakukan pada haiwan yang mengandung juga. Fetus haiwan juga dibedah. Bayangkan, mengandung dan di bedah. Anak dalam perut pun dibedah. Sedihnya bila dapat tahu perkara seperti ini.


Ada juga haiwan yang dipaksa makan bahan kosmetik yang ada bahan terlarang yang boleh menyebabkan kanser. Bukan 28 hari, bukan 90 hari tetapi 2 tahun lamanya. Kemudian, haiwan itu dibunuh.
Dah la terseksa menanggung sakit selama 2 tahun, dan dibunuh pula.
Kalau lah haiwan-haiwan ini boleh berkata-kata.


“Typically a young rabbit is tightly constrained in a box so that he is unable to move... Clips sometimes hold his eyelids open. Anesthesia is not generally administered. A researcher applies a concentrated substance to the outer layer of the eye and observes over a span days or weeks for responses such as blindness, bleeding, hemorrhaging and ulceration. At the end, the rabbits are generally killed.”
— Megan Erin Gallagher.

Anjing dan kucing juga menjadi mangsa terhadap ujian makmal. Tetapi ujian terhadap anjing dan kucing lebih tragis dan ‘ganas”. Ujian ini biasanya ke arah ujian dadah, bahan kimia ataupon penyakit. Sedih lagi ;(


Okay, tak boleh taip lagi. Sedih.

Jangan lah kita menyokong produk kosmetik yang tidak mengiktiraf syarikat atau produk mereka sebagai cruelty-free.