UNTUK KITA YANG MAHU BERFIKIR

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali Rahimahullah berkata;
“Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya. Dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan. Dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain” - kitab Jami’ul Ulum Wal Hikam 2/275
Raghib Al-Asfahani Rahimahullah berkata;
“Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain. Kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan mahupun dalam mentauhidkan-Nya” - Kitab Umdatul Qari’ 22/140
Seseorang yang sudah biasa berbohong, baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan dirinya dalam kehinaan.
Dia sedang menambah catatan amalan buruknya, yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah untuk menghindari kebohongan walau bagaimana sekalipun.
Berlaku jujurlah baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pahit pun, yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain daripada kebohongan.
“Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga” -Riwayat Bukhari
sumber: Rizal Alhaj




No comments