Penting ke guna produk yang ada SPF?


Tak penting kalau kita tinggal di dalam gua yang dan hanya mencari makan di dalam sungai juga berada di dalam gua.
Tapi bagi kita yang tinggal di alam nyata, Mamajura bercerita tentang Malaysia la ye. 
Ya, sangat teramat sungguh penting,
Sebab apa? Sebab Malaysia adalah negara yang ada matahari dan terletak di garisan khatulistiwa. Panas dan sejuk saja musim nya.
(Tak termasuk musim banjir dan musim durian) 😜
Orang Malaysia kalau panas, boleh jadi hangat lit lit. Itu kira panas betul la kan.
Oleh itu, peluang untuk mendapat sinaran matahari sangat besar.
Dan penting untuk memakai produk yang ada SPF ini.
Lebih elok yang tertulis “Broad Spectrum Sunscreen”
Itu nanti Mamajura kupas lagi ye.
Kenapa pentingnya pelindung dari matahari ni?
• Melambatkan proses penuaan kulit
• Melambatkan kemunculam jeragat
• Mengelakkan kulit gelap atau terbakar
• kes paling teruk adalah mengelakkan dari kanser kulit
Orang lelaki biasa ambil mudah perkara ini kan?
Ke ada juga kaum hawa sama tak kisah bab krim ni?
Nak mengaku ke tak?