No negative!

Cikgu pesan, untuk menulis di media sosial, elakkan dari menulis ketika perasaan marah atau sedih. Untuk general, perasaan negatif.
So Mamajura dah lama praktikkan apa yang cikgu ajar. Bertahun sudah ku menulis dengan perasaan positif.
Elakkan mengutuk, memerli orang. Menghina agama dan berpolitik.
Begitu juga bila kita nak membaca. Baca semua benda dengan perasaan positif. Jangan dengan perasaan nak membawang. Kalau permulaan ayat orang itu dah terpalit unsur negatif, dan mencubit hati kita, scroll laju-laju. Jangan baca. Kesannya sentap sampai tua woooo.
Nama pon media SOSIAL, kadang-kala memang SO-SIAL. Pelbagai ragam penulisan. Pelbagai perasaan. Pelbagai emosi. Pelbagai masalah.
Kita tak boleh nak salahkan penulis, hak penulis. Ayat kasar nya “FB aku, suka hati aku la. Suka baca. Tak suka unfriend, block terus”
Ada je kawan Mamajura yang suka meroyan di FB. Tapi kita baca dengan nada yang kelakar. Sure royanan dia kita akan rasa kelakar. Dan kita komen benda yang kelakar. Dan tanpa sedar, kita pon dah pulihkan emosi penulis tadi.
Tapi berbalik kepada statement pertama Mamajura, ku tak menulis dengan emosi negatif. Rugi kalau menulis dengan perasan negatif. Hati tak tenang. Cari bala.
Ada juga cikgu pesan, walaupon tak happy tulis dengan perasaan happy. Nanti emosi baik sendiri.
I will keep on writing. Because i have my own missions.
Doing Shaklee as a business is not a part-time, its a LIFETIME business.
Good Morning!