Kenapkah kulit kita cepat berkedut.


1- MALAS. Malas jaga muka. Malas cari produk penjagaan muka. Itu main point. Yups, ada orang macam ni. Nak kata masaah hormon tak, tapi memang sejenis redhaaaaaaaa je gitu. Mamajura pon malas cakap banyak 😛
2- Faktor sekeliling seperti cuaca, suhu, udara mempengaruhi kesihatan dan keadaan kulit kita. Nak pula kita tinggal di negara Asia yang 80% cuaca nya melibatkan cahaya matahari. Dalam post thread #kulitkeringkulitberminyak ada menyatakan matahari adalah sumber sinaran UV. Jika anda kerap terdedah dengan cahaya matahari ia merosakkan hubungan tisu – kolagen dan gentian elastik yang terletak di lapisan kulit paling dalam (dermis).
3- Tabiat ekspresi muka seperti senyum atau berkerut boleh menimbulkan garisan atau kedutan yang jelas pada muka. Setiap kali anda mengekspresi wajah, otot muka bergerak dan meninggalkan kesan pada struktur kulit. Faktor usia juga menyebabkan kulit tidak dapat kembali bentuk yang sama. Senyum salah, tak senyum salah 😜
4- Kurang minum air masak. Kulit memerlukan sokongan untuk memegang lapisan kulit. Salah satu sokongannya adalah air masak atau air putih. Kurang minum air? Boleh nampak kesan tau.
5- Suka makan gula. Bukan gula-gula saja. Makaann bergula juga tau. Nescafe, milo, teh tarik, Kek, biskot, cendol, aiskrim, brownies. Gula membuatkan kita tampak tua. Dah dah la tu makan benda manis 😜 cheat day seminggu takpe la. Tu pon 1 portion je tau!