Tips bisnes

Pagi ni Mamajura nak share pasal apa yang dibaca malam tadi.
Interesting yet scary. To me.. hahaha.
Ritma di Facebook. Ilmu ini sangat berguna bagi mereka berniaga dan yang memerlukan followers juga pelanggan.
Show the real YOU.
Contoh: Selfie, tunjuk apa yang dilakukan, apa yang dibeli, tunjuk kehidupan yang indah ataupon tidak. Dan terbaru, live atau video.
Motif: Supaya orang tahu kita tak fake atau berpura-pura. Contoh tengok Kim K dan adik beradik mereka. Kehidupan indah dan tidak, semua benda dia tayang. Dan tengok followers mereka berapa juta.
Tapi semua tu berbalik kepada niat kita kan. Bahasa Arab kata Nawaitu 😜
But somehow saya agree benda ini. As long as berpada-pada, tidak over dan menutup aurat. Balik kepada niat kita. Niat kena baik, baru Allah dengar. Dan orang yang baca pon hati kena positif.
Kita lebih senang berkawan dengan orang yang tak berpura-pura. Tapi jangan la korang selfie dengan kamera peloles gila. Apa namanya, 360. Tu fake bebeno..
Dan, bila kita berkawan walaupon di alam maya dengan kawan-kawan ini, perasaan macam dah kawan lama tu ada kot. Kalau jumpa tepi jalan pon ada benda bak diborakkan kannn?
Macam Mamajura sendiri tak rajin selfie (read: tak reti dan malu) tapi suka bercerita tentang kehidupan juga. Dan i have my own silent reader. Amazing gilaaa. Hahaha.
Ingat cerita biasa dan merapu tak ada orang baca. Mostly bila terjumpa mereka tanya pasal what i post about Shaklee and of course Adam.
Cerita lama dia nak beli hotel dan Vellfire pon kawan-kawan boleh recall balik.
Dan ada yang ingat Mamajura nak keluarkan produk sendiri, YOUTH namanya. Im amazed 😘
So u ols, yang berbisnes, adakalanya kita tepu kan? Tepu dalam marketing. Apa la kita nak buat lagi.
Dah ada idea kan?
Kalau dalam team Mamajura, kami istilahkan sebagai KOMPANG.
KOMPANG walaupon jual 1 benda.
KOMPANG walaupon dapat 1 testimoni customer.
KOMPANG walaupon pergi COD di depan rumah.
Dapat sesuatu tak?