Kumon


KUMON.
Bilamana Adam berada di KUMON, Mamajura akan lepak di parents lounge saja. Kalau kelas dia 2 jam, 2 jam la Mamajura bertapa disitu. Kalau sejam, sejam la. Waktu fleksibel.
Macam-macam aktiviti sendiri boleh dilakukan. Antara yang biasa Mamajura buat, baca Al-quran, update Facebook ke IG, dan borak dengan parents lain. Dan paling best, tidur. Hahaha. Sila jangan kecam saya.

Mamajura tak lepak kat kedai-kedai berdekatan sebab semuanya jual bak kut teh. Haremmmmm. Hahahah.
Ada juga kedai nasi ayam Chee Meng dan Mcd, tapi malas nak jalan. Sebab boring pula makan sorang-sorang kan.
Btw, bukan itu motif posting ini. Saja nak cerita, ada la Mamajura borak ngan parents lain kan, mereka ada dari centre Kumon yang lain. Pindah ke centre yang Adam belajar ini.
Antara sebab yang mereka kata, cikgu centre lama garang gila. Tengking dan marah budak. Adoiii. I cannot brain la. Marah teruk sampai anak itu sendiri tak nak datang. Fobia gamaknya.
Dan beri homework setebal buku. Pengsan la. Sebab Kumon ni jenis everyday homework. Kalau homework setebal buku, macam mana nak belajar dan buat homework sekolah lagi. Sampai parents tu cerita anak dia kena tidur pukul 12tgh malam baru siap semua kerja.
Dan ada centre yang racist. Pilih bangsa pula. Bangsa I dan M tak layan dengan baik. C saja. That shows you are not a good example.
Tips nak pilih Kumon kan,
#1, Survey dulu tempat. Tengok keadaan sekeliling. Tengok suasana dan keadaan kelas.
#2 Tengok cara principal tu layan kita bila nak survey. Dia welcome kita atau nak tak nak layan.
#3 Tengok dan perhati cara dia didik anak-anak yang lain. Tengking atau cakap elok-elok.
#4 Tengok cara tolak ansur principal dengan anak kita. Mamajura sendiri minta homework satu hari 2 helai sahaja. Sebab Mamajura tahu tahap kemampuan otak Adam. Dulu teacher pernah bagi 4 helai, kesian tengok Adam dah stress. Then bila minta 2 helai saja, teacher setuju. Adam pon happy.
Lagi satu Mamajura nak share betapa bertuah dan bersyukurnya sebab Allah mudahkan urusan Adam di sini.
Adam dah 2 tahun dapat ASHR (Advanced Student Honoured Roll) 1 year advanced untuk Matematik. Darjah 1 (tahun lepas) tapi dah buat bahagi. Mama yang stress nak ngajo. Hahaha..
Adam happy dan tak merungut nak datang Kumon.
Last week, ada karangan English di sekolah kebangsaan. Soalan nya “Who is your favourite teacher?”
Jawapan dia “Teacher Molly”
LOL, Mamajura gelak. Sebab Teacher Molly ni cikgu Kumon dia. Masuk juga korum. Mesti cikgu English di sekolah kebangsaan dia heran, “aku tak de pon kawan sekolah ni nama Molly”
Alhandulillah, Adam happy.
Semoga Adam istiqamah dan rajin belajar.



No comments