Jeragat

Persoalannya bagaimana caranya agar jeragat ataupun pigmentasi itu boleh dihilangkan? Tentunya dengan melakukan perawatan rutin setiap hari. #kulitkeringkulitberminyak

Namun sebelum melakukan cara mengatasinya, kita perlu tahu dulu apa penyebab dari pigmentasi atau jeragat pada kulit. Hal ini penting agar kita tidak melakukan apa yang menjadi punca pigmentasi tersebut.

Lelaki lebih bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semulajadi yang ada pada mereka. Begitu juga pada mereka yang berkulit gelap kerana ketiadaan melasma atau melanin pada kulit.

Wanita Asia yang tinggal di negata bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pogmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultraviolet.

Menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuj akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit.

Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah ini. Pigmentasi muka terbentuk di dalam kulit sejak zanan kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekoranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit.

Wanita mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan pil kontraseptif, potensi kulit untuk ada jeragat adalah tinggi daripada wanita biasa.

No comments