Anggur lagi.

‘Grape skin’ atau kulit anggur mengandungi serat dan resveratrol yang merupakan salah satu sumber antioksidan, iaitu flavonoid.
Flavonoids terdiri dari quercetin, prosianidin, katekin, dan antosianin. Beberapa kajian menunjukkan bahawa resveratrol sangat bermanfaat bagi kesihatan kerana kajian mengatakan mampu mencegah risiko kanser dan membuat awet muda.
Untuk mencegah proses oksidasi atau kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas, maka tubuh memerlukan antioksidan.
Kulit anggur mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi bila dibandingkan dengan antioksidan pada vitamin C.
Oleh itu, bila u ols makan buah anggur, sebaiknya janganlah buang kulitnya. Sebab Mamajura ada tengok orang style nya buang kulit anggur. Aduhhhh, leceh sungguh.
Nak nak pula kulit anggur (yang kebanyakkan jual di Malaysia) ini memiliki kulit yang lebih tipis bila dibandingkan dengan anggur import, namun kulit anggur ini juga mempunyai kandungan oksidan yang sangat tinggi.
Namun sebelum makan tu, sebaiknya anda cuci terlebih dahulu buah anggur dengan air bersih. Rendam dengan pencuci sayur atau Mamajura basuh dengan BasicH. Hal ini untuk membersihkan sisa-sisa pestisid yang masih menempel pada kulit buah anggur.
Buah anggur syok umtuk dimakan setiap hari. Haihhh... nak nak pula layan depan TV kan?

No comments