7 Tips makanaan buat kita JELITA.


• Pelbagaikan Makanan •
Kombinasi makanan yang berlainan boleh membekalkan tenaga dan nutrien yang berbeza dalam setiap pemakanan yang diambil. Cara terbaik untuk mendapatkan keperluan harian yang mencukupi ialah dengan mengambil makanan yang terdiri daripada daging, ikan , ayam dan produk tenusu.

• Kekalkan Berat Badan Sihat •
Berat badan yang sihat boleh membantu mencegah masalah kesihatan dan seterusnya mencantikkan tubuh badan anda. Turunkan berat badan yang berlebihan dengan mengurangkan pengambilan makanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

•Utamakan Bijirin, Kekacang, Buah Dan Sayuran.
Makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral, serat dan komponen yang penting untuk kesihatan. Ia juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan sesetengah bentuk kanser.

• Kurangkan Makanan Berlemak •
Lemak adalah makana yang pentiug kepada kesihatan kerana ia membekalkan tenaga, asid lemak penting dan vitamin larut lemak (A, D,E dan K). Bagaimanapun, pengambilan lemak secara berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menjejaskan kesihatan.

• Kurangkan Pengambilan Garam •
Garam terdapat secara semula jadi dalam makanan mentah dan makanan yang diproses. Jadi apabila memasak anda tidka perlu menambah garam dalam sajian. Garam (Sodium) berlebihan sentiasa dikaitkan dengan darah tinggi jadi kurangkan pengambilan garam dalam makanan anda.

• Berhemah Dalam Penggunaan Gula •
Gula tidak mengandungi nutrien lain dna hanya membekalkan karbohidrat biasa. Pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan khasiat makanan dan menyebabkan kekurangan zat makanan.

• Pentingnya Air Masak•
Minum air masak sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air ialah perkara keperluan penting untuk tubuh badan. Ia mempunyai banyak fungsi, termasuk penghadaman, penyerapan nutrien, kawalan suhu dan pembuangan kotoran daripada tubuh badan.
Jelita jom!

No comments