Jeragat part 5

Sekiranya sudah terlambat, peta di wajah bertambah 😜 Jom sambung #kulitkeringkulitberminyak ni.
Bagi mereka yang berkemampuan, memilih rawatan laser untuk merawat pigmentasi tetapi ia tidak kekal lama, malahan ia menipiskan kulit muka.

Tetapi ada sesetengah produk wajah yang memberi kesan pada wajah tetapi mengambil masa juga. Namun, ia lebih selamat dan murah. Tetapi ingat, jangan pilih #produktimbangkilo 😜

Mamajura listkan beberapa rawatan alternatif yang boleh dibuat dirumah

• Lenyekkan isi buah avocado dan ambil jusnya. Sapu pada wajah. Amalkan setiap hari.

• Sapu cocoa butter pada jeragat dengan konsisten. Lakukan selang sehari tau.

• Campurkan jus limau kasturi dan madu, sapu pada wajah dan biarkan selama 15minit.

• Lenyek kentang mentah dan dapatkan airnya. Sapu pada kawasan berkenaan. Kentang itu juga boleh dijadikan masker.

Lepas guna semua bahan tersebut, jangan u ols makan pula tau 😜 itu Mamajura tak ajar.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Jeragat part 4

Kesan pigmentasi.
Bagi Mamajura yang mengilhamkan #kulitkeringkulitberminyak ni, pigmentasi sangat stress!
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk.
Pigmentasi akan bertambah teruk dan warna kulit berubah. Namun, pigmentasi boleh dirawat jika rawatan disegerakan bagi mengelak kesan lebih buruk.
Sambung pasal rawatan nak?

Jeragat part 3

Penyebab pigmentasi. Kita harus tahu penyeban sebelum mencegah kan. Sambung #kulitkeringkulitberminyak

Sinar ultraviolet (UV)
Sinar matahari merupakan penyebab utama terjadinya pigmentasi. Penggunaan sunblock sangatlah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV
Hormon
Hormon juga merupakan salah satu penyebab timbulnya pigmentasi. Biasanya yang menjadi penyebab adalah hormon estrogen, progesteron, dan MSH. Pigmentasi ini biasanya terjadi pada ibu hamil, yaitu pada trismester ketiga, dan juga pada pemakai pil kontrasepsi.
Ubat
Ubat-ubatan juga berpengaruh pada kulit. Ya, ubat-ubatan akan menyebabkan timbulnya pigmentasi atau jeragat di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik, dan minosiklin maka jeragat akan muncul.
Genetik dan keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi kesihatan kulit. Jika keluarga anda memiliki pigmen jeragat, adalah normal jika pigmentasi terjadi pada anda. Menurut doktor kulit, timbulnya jeragat kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20-70 peratus. Selain itu faktor keturunan juga punca timbulnya jeragat atau pigmen. Biasanya ia dijumpai pada golongan hispanik dan golongan berkulit gelap.
• Produk Kosmetik
Beberapa jenis kosmetik juga dapat mempengaruhi terjadinya pigmentasi, terutama pada kulit wajah. Segala jenis kosmetik khususnya yang mengandung pewangi atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti kulit.
• Pencemaran udara
Sangat penting bagi kita untuk menggunakan pelindung kulit ketika keluar rumah. Ini penting agar risiko pigmentasi akibat pencemaran udara tidak berlaku.Pencemaran udara juga menjadi penyebab terjadinya jeragat atau pigmen. Terbentuknya jeragat atau pigmen ini disebabkan sel kita menciptakan antioksidan dan membebaskan melanin berlebihan untuk membasmi kerosakan akibat bahan yang dapat menyebabkan terjadinya iritasi kulit.

Jeragat part 2.

Prevention is better than cure.

Ada yang mengatakan pigmentasi tidak boleh dirawat sepenuhnya, hanya dapat mengurangkan kegelapan warna pigmentasi tersebut. Betul, ia boleh dikurangkan.

1• Gunakan pelembap wajah yang mengandungi Broad Spectrum SPF. Lebih elok disapu 6jam sekali. Sekiranya anda berkulit cerah, penting untuk memilih SPF 30 dan keatas.

2• Bawa payung atau kerap penggunaan topi. Bukan sahaja untuk melindungi dari hujan, tetapi sebagai pelindung cahaya matahari juga.

3• Amalkan gaya hidup sihat. Cukup pengambilan air seharian. Sekurang-kurangnyan 2 liter sehari. Juga tidak merokok dan kerap pengambilan buah-buahan.

4• Hati-hati pengambilan ubat. Dapatkan maklumat sebelum mengambil sesuatu jenis ubat.

5• Konsisten dengan pengambilan supplemen seperti VitaminC, VitaminE dan Kolagen. Ia dapat menbantu membina kulit yang sihat dari dalam.

Jeragat

Persoalannya bagaimana caranya agar jeragat ataupun pigmentasi itu boleh dihilangkan? Tentunya dengan melakukan perawatan rutin setiap hari. #kulitkeringkulitberminyak

Namun sebelum melakukan cara mengatasinya, kita perlu tahu dulu apa penyebab dari pigmentasi atau jeragat pada kulit. Hal ini penting agar kita tidak melakukan apa yang menjadi punca pigmentasi tersebut.

Lelaki lebih bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semulajadi yang ada pada mereka. Begitu juga pada mereka yang berkulit gelap kerana ketiadaan melasma atau melanin pada kulit.

Wanita Asia yang tinggal di negata bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pogmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultraviolet.

Menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuj akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit.

Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah ini. Pigmentasi muka terbentuk di dalam kulit sejak zanan kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekoranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit.

Wanita mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan pil kontraseptif, potensi kulit untuk ada jeragat adalah tinggi daripada wanita biasa.

Bintik hitam di wajah.

BINTIK hitam atau pun jeragat pada kulit atau dikenali sebagai pigmentasi mampu memberi gangguan tersendiri kepada penampilan seseorang apatah lagi buat kaum wanita.

Macam sebagai musuh ketat bagi kaun wanita kan. Riuh setaman 😜Tambahan pula kalau ia muncul di kulit wajah, pasti akan lebih mengganggu penampilan seseorang.

Walaupon pada kebiasannya pismentasi akan mula menyerang pada sekitar 30an hingga 50an, namun kajian membuktikan yang pigmentasi boleh timbul seawal 15tahun dan bilangannya bertambah selari dengan usia.

Ketika muncul bintik hitam pada kulit anda, jangan dibiarkan. Sebaiknya anda segera bertindak untuk mengatasinya. Sebab jika tidak segera ditangani boleh menjadi lebih parah dan tentunya mengganggu penampilan seterusnya keyakinan anda pun menjadi berkurangan.

Tips best KURANGKAN JERAGAT



Jeragat? Apa itu jeragat?
klik disini untuk info jeragat.






1. LIDAH BUAYA
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

2. AIR KELAPA
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah. (Sedapnya air kelapa) 
😜

3. JANGAN KERAP URUT WAJAH
Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.

4. JAUHI SINAR MATAHARI
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

5. KULIT PISANG
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

6. PUTIH TELUR
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

7. DAUN SIREH
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

8. DAUN BETIK
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

9. HAMPAS KELAPA
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

10. JAGA PEMAKANAN
Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan dari sumber protein dan juga vitamin.

11. PENGGUNAAN SERUM YANG MEGANDUNGI RETINOL ATAU VITAMIN A,
Vitamin A sesuai untuk melambatkan pertumbuhan jeragat dan memudarkan jeragat, namum serum yang mengandungi retinol tidak sesuai digunakan pada ibu mengandung atau menyusu. U ols boleh sambung pembacaan tentang serum di sini. 

Banyak sungguh PETUA HILANGKAN JERAGAT.. boleh cuba mana yang suka.

Foundation untuk kulit kering part 2.


Best foundation for dry skin.

Post sebelum ni Mamajura share pasal drug store foundation kan? 
Ini Mamajura share pasal foundation mahal pula.

Depends la, sekerap mana kita guna foundation. Kalau setakat pakai 2 bulan sekali, tu pon pergi kenduri kahwin, beli yang drug store je la 😜 kalau rajin guna, boleh invest yang mahal.

For me, the feeling is different kalau guna yang mahal 😘

#kulitkeringkulitberminyak
#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Foundation untuk kulit kering.

Mamajura nak share foundation yang best untuk dry skin to normal. Sambungan#kulitkeringkulitberminyak

Part ni drug-store brand ye. Mampu milik.

Untuk kulit kering, u ols cari foundation yang ada sedikit minyak. Ada unsur moisturizer dan breathable. Yang lebih elok cari yang ada spf.
Semua dibawah, medium to full coverage.

Sebenarnya untuk kulit muka kering, kebanyakkan produk tiada masalah. Unless kulit kering terlampau dan ada jerawat. Itu kena ada layer seperti cc cream atau bb cream dulu sebelum foundation. Primer itu wajib, tak kira jenis kulit tau.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

TAZKIRAH : 5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama , jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya."
Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua ," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima ?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


7 Bahaya Kulit Kering.

Faktor persekitaran, faktor cuaca, faktor pemakanan, faktor produk muka, faktor make-up, perokok menyumbang kepada kulit kita.
You are what you are.

#1 Kulit kering tentu saja menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik kerana kulit yang kering memiliki tekstur kusam dan tidak bermaya. Akibatnya kulit menjadi tampak tidak sihat ceria dan memiliki permukaan kulit yang kusam dan kasar.
#2 Anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar kerana garis-garis kulit menjadi lebih ketara. Selain itu, proses penuaan pada kulit tampak lebih cepat pada kulit yang kering. Cepat kedut dan kendur kerena kulit kehilangan sifat kekenyalannya.
#3 Kemampuan perlindungan kulit menurun sehingga kulit menjadi lebih rosak dan lebih sensitif dan lebih cenderung menyebabkan alergi dan iritasi terhadap bahan kosmetik atau skin care yang digunakan setiap hari. Misalnya orang yang mengalami alergi debu akan menjadi lebih kerosakan kulit seperti merah-kemarahan jika kulitnya kering dibandingkan jika seseorang yang mengakami kulit lembap.
#4 Kulit kering lebih mudah terdedah terhadap kuman dan penyebab penyakit lainnya. Hal ini disebabkan kulit yang kering tidak dapat berfungsi baik sebagai perlindungan kulit. Pada kulit yang kering terdapat mikrolesi yang dapat menjadi pintu masuk bagi kuman. Kulit kering mudah terdedah dengan masalah cepat melecet dan ini cenderung untuk mendapat kudis atau kudis buta. Berbanding kulit yang cukup kandungan air didalamnya.
#5 Kulit yang kering boleh menyebabkan cepat rasa gatal. Hal ini disebabkan kerana kulit yang kering mencetuskan reaksi radang pada kulit dengan cepat. Meskipun pada awalnya gatal-gatal ini bersifat ringan, namun akibat kita menggaru, reaksi kulit biasanya menjadi semakin hebat dan menimbulkan rasa gatal yang lebih kuat dan akhirnya kulit jadi berdarah dan berkudis. Syokkkk kan menggaru. Bila dah sedar dari lamunan garu, mak aihhh, berdarah sudah.
#6 Kulit yang kering pada orang yang berjerawat tidak menyelesaikan masalah jerawatnya. Oleh itu, kulit akan menjadi semakin sensitif dan reaksi akibat jerawat semakin hebat. Masa itu juha akan timbul acne break out atau munculnya banyak jerawat secara mendadak. Bagaikan cendawan selepas hujan.
#7 Oleh sebab itu sangat penting menjaga kelembapan kulit. Jangan sembarangan memilih produk penjagaan kulit atau make-up supaya kulit terhindar dari masalah kulit kering. Pilih yang selamat dan ada ujian klinikal. Jangan pilih #produktimbangkilo . Banyak lagi produk lain yang bagus di pasaran. Muka ada 1 saja, tidak boleh di cari ganti 😍

TAZKIRAH : APA ADA DENGAN REJAB?



Bulan Rejab terletak antara bulan JamadilAkhir dan bulan Sya’ban. Bulan Rejab sebagaimana bulan Muharram termasuk bulan haram. Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah At Taubah: 36)
Ibnu Rajab (795 H) seorang ulama berkata, ”Allah Ta’ala menjelaskan bahawa sejak penciptaan langit dan bumi, penciptaan malam dan siang, keduanya akan berputar pada orbitnya. Allah pun menciptakan matahari, bulan dan bintang lalu menjadikan matahari dan bulan berputar pada orbitnya. Dari situ muncullah cahaya matahari dan juga rembulan. Sejak itu, Allah menjadikan satu tahun menjadi dua belas bulan sesuai dengan munculnya hilal.
Satu tahun dalam syariat Islam dihitung berdasarkan perpuataran dan munculnya bulan, bukan dihitung berdasarkan perputaran matahari sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Kitab.” (kitab Latho-if Al Ma’arif).
Maka apakah bulan yang empat itu?
 Dari Abu Bakroh, Nabi sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا ، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِى بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Setahun berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci). Tiga bulannya berturut-turut iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram. (Satu bulan lagi adalah) Rejab Mudhor yang terletak antara Jamadil (akhir) dan Sya’ban.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di Sebalik Bulan Haram
Lalu kenapa bulan-bulan tersebut disebut bulan haram? Al Qodhi Abu Ya’la rahimahullah mengatakan, ”Dinamakan bulan haram kerana dua makna.
Pertama, pada bulan tersebut diharamkan berbagai pembunuhan. Orang-orang Jahiliyyah pun meyakini demikian.
Kedua, pada bulan tersebut larangan untuk melakukan perbuatan haram lebih ditekankan daripada bulan yang lainnya kerana mulianya bulan tersebut. Demikian pula pada saat itu sangatlah baik untuk melakukan amalan ketaatan.” (Kitab Zaadul Maysirtafsir surat At Taubah ayat 36)
Pada bulan-bulan itu juga adalah waktu sangat baik untuk melakukan amalan ketaatan, sehinggakan para ulama sangat suka untuk melakukan puasa pada bulan haram. Sufyan Ats Tsauri mengatakan, ”Pada bulan-bulan haram, aku sangat selesa berpuasa di dalamnya.” (Kitab Latho-if Al Ma’arif)
Ibnu ’Abbas mengatakan, ”Allah mengkhususkan empat bulan tersebut sebagai bulan haram, dianggap sebagai bulan suci, melakukan maksiat pada bulan tersebut dosanya akan lebih besar, dan amalan soleh yang dilakukan akan menuai pahala yang lebih banyak.” (Kitab Latho-if Al Ma’arif)
Bulan Haram Mana yang Lebih Utama?
Para ulama berselisih pendapat tentang manakah di antara bulan-bulan haram tersebut yang lebih utama. Ada ulama yang mengatakan bahawa yang lebih utama adalah bulan Rejab, sebagaimana hal ini dikatakan oleh sebagian ulama Syafi’iyah. Namun An Nawawi (salah satu ulama besar Syafi’iyah) dan ulama Syafi’iyah lainnya melemahkan pendapat ini. Ada yang mengatakan bahawa yang lebih utama adalah bulan Muharram, sebagaimana hal ini dikatakan oleh Al Hasan Al Bashri dan pendapat ini dikuatkan oleh An Nawawi. Sebagian ulama yang lain mengatakan bahwa yang lebih utama adalah bulan Dzulhijjah. Ini adalah pendapat Sa’id bin Jubair dan lainnya, juga dinilai kuat oleh Ibnu Rajab dalam Latho-if Al Ma’arif.
Apa yang penting, untuk kita sama-sama berlumba-lumba melakukan amal ibadah tidak kira masa, selagi nyawa masih di kandung badan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Amin!








Makanan bagi kulit kering.

Hidup di negara beriklim tropika seperti Malaysia ni, tidak sepenuhnya menjamin kita untuk memiliki kulit yang halus dan lembap. Ditambah pula dengan tingginya pencemaran udara dan cuaca yang sering tidak menentu. Kulit kering, bersisik, dan mengelupas merupakan tanda-tanda awal penuaan.
Untuk mengatasinya, rutin gunakan pelembap dan sebaik mungkin mengurangkan aktiviti luar terutama di tempat-tempat banyak pencemaran udara atau di tempat yang terlalu dingin.
Tapi u ols, bab makanan tertentu juga akan membantu U ols untuk mendapatkan kembali kulit sihat dan bermaya.
Join sambung #kulitkeringkulitberminyak ni, bab makanan untuk mereka yang berkulit kering, u ols boleh amaklan tips dibawah 😍
1. Air masak
Kunci utama menghindari kulit kering adalah menjaga tubuh agar tetap terhidrasi. Rajin minum air masak penting untuk mendorong regenerasi sel-sel kulit dan mengunci kelembapan dalam tubuh. Minum air masak sekurang-kurangnya 2liter sehari tau. Selain itu, makan buah dan sayuran tinggi kandungan air, seperti tembikai, epal, dan timun juga tau.
2. Makanan tinggi Omega-3
Lemak omega 3, baik untuk badan kerana dapat menjaga kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. Rutin harian dalam makanan tinggi omega-3 seperti salmon, tuna, avocado, atau kacang walnut, untuk mengurangkan kulit kering dan mengembalikan tekstur kulit yang tegang dan merah-kemarahan.
3. Makanan tinggi zink
Kulit kering dan pecah-pecah? Makanan kaya akan zink adalah solusinya. Zink akan meregenerasi sel kulit dan menguatkan kulit agar tidak mudah rosak terhadap ancaman kerosakan. Jangan lupa makanan yang tinggi kandungan zink seperti tiram, kacang-kacangan, daging. Jangan makan atap zink sudah la 😀
4. Makanan kaya dengan vitamin A.
Vitamin A banyak didalam sayuran berdaun hijau gelap, carrot, ubi, dan labu. Vitamin A berfungsi untuk memperbaiki kerosakan kulit dan mengangkat sel kulit mati penyebab kulit pecah-pecah. Konsisten dengan makanan yang kaya dengan vitamin A, terutama jika u ols selalu melakukan aktivito luar.
5. Makan kaya vitamin E
Vitamin E memiliki beratus manfaat yang baik untuk meremajakan kulit, salah satunya sebagai pelindung UV. Vitamin E juga dapat membantu anda mendapatkan kembali kelembapan kulit. Jangan lupa untuk selalu makan kacang dan biji-bijian, avocado, gandum, brokoli, dan sayuran berdaun gelap demi tampilan kulit sihat bercahaya.

Cara mengatasi masalah kulit kering.


Thread seterusnnya #kulitkeringkulitberminyak
• Elakkan guna sabun berbuih banyak. Banyak buih buat kulit lagi kering tau. Masa bersabun memang rasa best dan lembut, tapi bila kering, terasa tegang.
• Minum air dengan banyak. Tapi kena ingat, air masak tau. Bukan air manis. Minum air masak, lagi buat kulit glowing dan lembap tau.
• Guna krim pelembap selalu. Nak berjalan, tapau la krim dalam handbag u ols. Krim muka dan krim tangan.
• Jangan terdedah selalu pada aircond dan matahari. Tapi jikalau keadaan memaksa macam bekerja di pejabat atau banyak kerja luar, gunakan krim atau payung atau topi. Jaga kulit, jangan bagi terhidrasi dengan cepat.
• Pemakanan pon memainkan peranan tau. Bab pemakanan Mamajura share dalam post seterusnya tau..

FAKTOR-FAKTOR KULIT KERING.



#1 Faktor genetik. Tetapi jangan khuatir u ols, faktor genetik boleh “adjust” jikalau u ols tahu caranya.

#2 Kesan sampingan dari penggunaan ubat. Ada ubat-ubatan yang memberi kesan pada kita. Contoh dehidrasi. Oleh itu, kita kena kenal ubat kita.

#3 Pendedahan pada matahari dalam jangka masa yang lama. Kalau satu kolah air, pon boleh jadi kering, apatah lagi kulit manusia yang nipis kan? 

#4 Pemeruapan kelembapan dari kulit menyebabkan kulit menjadi kering dan mengalami dehidrasi.

#5 Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit. Bagi jenis kulit kering, u ols kena tahu jenis tekstur produk make up dan penjagaan kulit tau. Ikut thread post #kulitkeringkulitberminyakMamajura ni.

#6 Ada pendapat yang mengatakan, terlalu kerap mandi dengan shower atau air panas boleh menghancurkan lapisan lemak permukaan kulit yang merupakan pelembap semula kulit. Ada betulnya kan? 

#7 Banyak masa anda habiskan dengan berada dalam ruang yang ber’aircond’. Betul tau, aircond boleh menyebabkan kulit kita kering dan cepat naik pigmentasi.

#8 Sabun dan deodorant juga boleh menghilangkan lapisan lemak dan air dari kulit. Mamajura nak pesan, sabun badan untuk badan. Sabun muka, untuk muka. Bukan sekali harung LifeBouy korang atas bawah, atas bawah. 😜 jangan nak jimat masa sangat. Kulit pon rosak.

#9 Bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti Penghidap penyakit Dermatitis Opotik. Kulit mereka menjadi sensitif dan kering. Pesakit psoriasis. Kulit mereka menjadi kering, kasar dan bersisik berlapis-lapis.

#10 Gangguan kelenjar tiroid. Akibat terlalu rendahnya kadar hormon tiroid menyebabkan aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak kulit menurun. 

#11 Faktor usia juga menyebabkan risiko kulit kering kerana kelenjar minyak yang berfungsi melembapkan kulit semakin berkurang. Menambahkan lagi masalah lain seperti kedut dan kulit kendur.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Kulit kering.


Apa simptomnya?
• Selepas mencuci, kulit terasa tegang. Seakan kulit tertarik. Ala-ala cucuk botox gitu. Hehe
• Kulit senang menggelupas bila cuaca kering dan bila perubahan hormon.
• Kerap muncul bintik merah seakan reaksia allergik pada kulit.
• Kedutan halus banyak kelihatan walaupon usia belum patut ada kedutan.
• Jeragat senang muncul bila kulit kering.
• Pigmentasi juga mula terjadi.
• Kulit kering yang kronik cenderung mendapat masalah kulit yang lain seperti ekzema dan psoriasis.
Ikuti thread post ni tau, Mamajura nak share mengenai #kulitkeringkulitberminyak

Home Facial


012-6647809

Home Facial


Kami di DOOZY BEAUTY telah melancarkan SPA by DOOZY BEAUTY.

Tinggalkan lokasi dan no telefon anda di ruang komen bagi ahli team kami memberikan perkhidmatan kepada anda ;)

jerawat kecut dengan SERUM YOUTH!


Teknik "Beyond Marketing"


Assalamualaikum wbt
Harini tiba-tiba rasa nak kongsi mengenai teknik beyond marketing yang saya amalkan sejak dahulu.. Yang mana menjadi antara salah satu tips kejayaan dalam bisnes selama ini 😊
Teknik "Beyond Marketing"
Teknik yang jauh lebih hebat daripada segala jenis marketing di atas muka bumi ini.. Iaitu teknik "Menggembirakan Yang Maha Memberi Rezeki"
Kadang kala kita terlalu fokus kepada usaha kita.. Kepada marketing.. Kepada tips2 kejayaan yang dikongsi di sana sini..
Sampaikan kita lupa, walau apa jua teknik yang kita amalkan.. Sehebat mana pun guru kita.. Segigih manapun kita mempromosikan bisnes kita.. Tapi tidak akan bergerak satu pun tanpa izin yang Maha Memberi Rezeki, iaitu Allah yang Satu..
Saya pernah mencipta kejayaan besar dalam bisnes.. Dan bila saya renung kembali, saya dapati pada waktu tersebut saya sangat rajin menggembirakan hati Yang Maha Memberi Rezeki..
Saya juga pernah mengalami jatuh bangun dalam bisnes.. Saya sendiri pernah diuji dalam bisnes.. Dan bila direnung kembali, maka sedar lah saya bahawa saya dah banyak tinggalkan amalan-amalan yang saya gigih amalkan semasa bisnes meletop2 satu ketika dahulu..
Tak kira apa juga ekonomi yang melanda dunia.. Tak kira betapa meruncingnya ekonomi negara..
Tapi tidak akan bergerak sesuatu perkara tanpa izin Allah.. Apa-apa sahaja boleh terjadi dengan IZIN ALLAH..
Kerana ekonomi Allah melangkaui logik akal.. Melangkaui apa juga situasi ekonomi dunia..
Maka, lupakan apa sahaja kemelut ekonomi yang melanda.. Lupakan semua kegagalan yang pernah kita lalui.. Lupakan semua rumors2 serta gosip2 ekonomi yang menggangu fikiran kita..
Fokuslah mengejar redha Allah.. Fokuslah mengambil hati Yang Maha Memberi Rezeki.. Fokuslah menggembirakan hati Sang Pencipta..
Yakinlah Allah Maha Berkuasa di atas seluruh isi langit dan bumi.. Segalanya MUNGKIN dengan izin Allah..
Kembali lah pada Allah..
Buat apa yang pernah kita amal semasa berjaya dahulu..
Tambah apa yang kita rasa kita belum cukup buat..
Tingkatkan AMAL selari dengan tingkatnya USAHA kita..
InshaAllah, walau apa pun yang terjadi, kita tidak akan terkesan.. Rezeki kita akan sentiasa dimurahkan.. Jalan kita akan sentiasa dipermudahkan..
Kita akan kaya, berjaya, dunia dan akhirat dengan penuh keberkatan InshaAllah..
Pesanan ini bukan untuk anda sahaja, tetapi untuk diri saya juga InshaAllah.. Sama-sama kita kembali kepada Allah..
Kalau selama ini anda dah usaha bermacam-macam tapi hasilnya masih biasa-biasa sahaja, dah sampai masanya kita amalkan formula ini..
Jadikan ianya PRIORITY.. Amalkan sepenuh hati..
Amalkan formula "Beyond Marketing" ini..
❤️ Sedekah
❤️ Solat Awal Waktu
❤️ Zikir
❤️ Dhuha
❤️ Tahajjud
❤️ Al Waqiah
❤️ Hablum Minallah Hablum Minannas
❤️ Jaga amalan WAJIB. Tambah amalan SUNAT
Jangan risau "menjadi ke kalau aku amalkan semua ni"
Sebab segala urusan yang "DEAL" dengan Allah, hasilnya pasti LUAR BIASA.. InshaAllah!
-MNM-