TAZKIRAH : NASIHAT ITU TANDA CINTA



Nasihat adalah cinta. Saling menasihati itu tanda cinta. Kerana nasihat bermaksud menginginkan kebaikan pada orang lain. Kita ingin saudara kita itu jadi baik ketika dinasihati, bukan ingin mereka direndahkan atau disalahkan. Inilah dasar nasihat.
Imam Nawawi rahimahullah membawakan suatu Bab dalam kitab Riyadhus Sholihin, “Bab: Memberi Nasihat. Beliau rahimahullah membawakan beberapa dalil berikut dalam bab tersebut.
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” (Surah Al Hujurat: 10).
Dan aku memberi nasihat kepadamu.” (Surah Al A’raf: 62).
Aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (Surah Al A’raf: 68).
Dan beberapa hadis yang dibawakan:
وأما الأحاديث : فالأول : عن أَبي رُقَيَّةَ تَمِيم بن أوس الداريِّ – رضي الله عنه – : أنَّ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – ، قَالَ : (( الدِّينُ النَّصِيحةُ )) قلنا : لِمَنْ ؟ قَالَ : (( لِلهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأئِمَّةِ المُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ رواه مسلم .
الثاني : عن جرير بن عبد الله – رضي الله عنه – ، قَالَ : بَايَعْتُ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – عَلَى إقَامِ الصَّلاةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، والنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ . مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .
الثالث : عن أنس – رضي الله عنه – ، عن النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – ، قَالَ : ( لا يُؤمِنُ أحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحبُّ لِنَفْسِهِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .
1- Dari Abu Ruqoyyah Tamim bin Aus Ad Daari radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Beliau menjawab, “Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin serta bagi umat Islam umumnya.” (Riwayat Muslim).
2- Dari Jarir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Aku pernah berbaiat (berjanji setia) pada Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam supaya menegakkan solat, menunaikan zakat dan memberi nasihat kepada setiap muslim.” (Muttafaqun ‘alaih).
3- Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian sampai dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”  (Muttafaqun ‘alaih).
Lihat saja di awal bahasan bab, Imam Nawawi menyampaikan ayat bahawa setiap muslim itu bersaudara. Dan di akhir bab, beliau sampaikan hadis yang menunjukkan bahawa di antara bentuk cinta adalah menginginkan kebaikan pada orang lain sebagaimana kita ingin orang lain seperti kita.
Al Fudhail bin ‘Iyadh mengatakan,
المؤمن يَسْتُرُ ويَنْصَحُ ، والفاجرُ يهتك ويُعيِّرُ
Seorang mukmin itu biasa menutupi aib saudaranya dan menasihatinya. Sedangkan orang fajir (pelaku dosa) biasa membuka aib dan memburuk-burukkan saudaranya.” (Kitab Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam).

Semoga Allah memberikan kita sifat saling mencintai dengan saling menasihati dalam kebaikan dan takwa.