Penggemar Origami

Balik sekolah, ada aktiviti dalam kereta.
Mesti ada. Kalau tak, kereta ibarat rollercoaster. Dan mama ibarat Aslan.
Spare kan Origami dalam kereta. Kalau tak, lagi pening mama.
Sambil buat origami ni, ayat dia berbunyi begini,
“Mama, nanti kita jumpa Cristiano apa tu (Cristiano Ronaldo) okay. Dia hebat. Legend”
Awal Disember dulu dia sebut Cristiano Naruto.
Penat la mama fikir siapa. Bila masa pula Naruto ada nama Sepanyol.
Siap dia terangkan warna jersi putih la. Ada tulis FC la. Ada lagi dia siap lukis.
Rupanya CR7.
Okay Adam. Nanti kita pergi jumpa okay. Mama pon teringin nak naik Audi dia 😜